Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Perokok lelaki itu!

Imej
Orang laki nih jangan dilarang.. lagi nak buat... lain kali suruh jer.. "abang, silalah rokok lagi banyak2 yer.. saya dan anak2 seronok hidu asap rokok abang nih! boleh dapat penyakit! best tau abang! lagi best kitorang mati sebab rokok abang nih! nah amik duit ni beli rokok banyak2 tau! lepas tu hisap hembus depan kitorang! seronoknya!!! buat tau buat tau! janji!!!!! abang hisap kat luar rumah tau! hisap jer dalam rumah! kalau hisap kat luar rumah asap tu pergi kat orang lain.. sedih tau tak dapat bau asap rokok abang nih!!! plissssssss!!!! yer intan payung manja cik abang ku sayang!!! hehehe



**Nota kaki abah
Abah tak merokok! hehehe
** Nih komen yang abah taip kat fb sebab seorang isteri merasa tekanan dengan suami yang merokok berjanji nak berenti merokok tapi tak berenti-renti juga!


Tahniah Mama AMRAFAHAN!

Semalam pagi err.. ker pagi semalam aaa??!! arghh semalam punya pagi laa.... Mama dapat call dari pejabat dia menyatakan dia dapat naik gred dan diminta lapor diri ke Kementerian Kesihatan. Tapi disebabkan masih bercuti dan berada di kampung, baru hari ini Mama dapat lapor diri di KKM Putrajaya. Abah tumpang gembira laa.. Alhamdullillah rezeki anak anak anak anak anak... ehh... empat anak jerlah.. terlebih sudah! kekeke... tapi lapor diri kat HQ KKM kena hantar mana-mana tak?
Abah ingatkan Mama ditempatkan kat HQ jer.. tapi tadi Mama call Abah tanya abah, kalau Temerloh dekat dengan Seremban tak? Aaaaaaaaaa...... TEMERLOH!! ermm.... jauhnya!! Kena hantar sana ke? Mama kata yang ada kosong Pahang, Penang dan Perak jer.. Abah pun macam blur-blur tak boleh nak buat keputusan masa tu.. sebab HQ nak tau jawapan hari ini juga! Mama kata Abah fikir dulu nanti telefon balik..
Abah pun buka laa google map cari jalan Seremban ke Temerloh... ermm boleh tahan juga jauhnya.. tengah blur-blur tu, M…

Sebelum dan selepas laaa abah!!

Imej
Kejadian nih berlaku pada 27 Nov 2011 hari tu.. lama dah... disebabkan kerajinan abah menghapdet blog.. jadi, gambar-gambar nih hampir jadi pekasam huhuhu... Masa ni hari Ahad, mama kena kerja.. jadi abah jaga laa diorang nih.. masa nih breakfast kot.. abah pun tak ingat sangat.. tapi abah buat nasi goreng telur jer.. tu jer yang pandai.. nak masak benda lain tak reti... hehehe... Abah bagi laa diorang makan.. sebab sekarang nih masing-masing semuanya nak buat sendiri... err.. kesepahan rumah abah tu harap diabaikan yer.. meh tengok aksi AMRAFAHAN makan nasi sendiri sebelum dan selepas.. haiii lahh anak... sayang korang! :)

Penjawat awam oh penjawat awam!!

Assalammualaikum... sebagai orang baru dalam gomen nih.. aku masih blur-blur dengan SBPA nih.. pening kepala baca pekeliling hehehe... bila CUEPACS kata Penjawat Awam jangan sain dulu SBPA aku salah seorang yang mengikut laa.. tunggu rundingan dengan PM dulu.. tapi kalau kena sain pun, InsyaAllah aku sain perkhidmatan sehingga umur 60 tahun... apa-apa pun tunggu hasil perbincangan CUEPACS dengan PM dulu... Moga hasilnya memberi kebaikan kepada semua pihak...

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN
Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Om…

Apa laa Abah nih!

Imej
Minggu-minggu yang lepas tak ingat berapa minggu dah... Abah bawa AMRAFAHAN pergi klinik, kasihan dekat AH yang batuk-batuk dan muntah. Muntah pun muntah lendir jer.. kasihan dia, kadang-kadang tengah tidur terjaga sebab batuk, sampai merah muka. Kalau tak silap Abah, hari tu hari Ahad dalam pukul 6 lebih.

Malas nak bawa pergi Kecemasan kat Hospital Putrajaya, Abah bawa ke klinik dekat dengan rumah jer.. Yang nak di periksa tu cuma AH jer.. tapi yang lain semua nak mengikut... Haa.. bayangkan macam mana Abah bawa diorang sorang-sorang abah jer!! Huhuhuhu.. nyaris laa jadi tarzan kat area Presint Diplomatik tu.. Nak bawa diorang dari parking kereta ke klinik jaraknya sekangkang kera jer... tapi sangat mencabar minda... yang sorang nak ikut jalan lain.. yang sorang nak ikut jalan lain lagi.. yang sorang nak ikut tangga... hadoihh... nak tak nak kena laa dukung Auni Auni Auni.. suruh si Abang jalan kaki jer.. tak larat nak angkat semua.. tapi kat rumah selalu gak angkat empat empat orang…

Ratu kebaya abah!

Imej
Hari ini nak pergi sekolah mama siapkan Auni Auni Auni pakai kebaya dengan seluar jeans. Masa abah lepas solat subuh, datang laa seorang Auni yang mana satu tah abah tak ingat... Datang datang kat abah cakap "Cantikkk!!!" hehehe memang cantik cantik anak abah! Lepas tu datang seorang lagi Auni kat abah nak suruh buka baju dia, hermm tak tau kenapa nak suruh buka, siap nangis lagi. Abah pujuk laa tak bagi buka lepas tu ajak diorang semua masuk kereta. Barulah dia diam.Sampai sekolah diorang, abah ingat nak ambil gambar 3 3 orang pakai kebaya, tapi dapat ambil cuma dapat ambil gambar AH jer.. Lain kali kalau diorang pakai kebaya lagi abah ambil gambar diorang bertiga-tiga yer!

Jadi angkasawan pula?!!

Imej
Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap!

Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe


Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!

Happy 5th Anniversary Sayang!

Imej
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT.

Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup.

Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. nasib da…

Good Luck Abah!

Hari ini dengan besok abah ada periksa jabatan. Baru sempat study pukul 5.45 pagi tadi. Sekarang tengah tunggu nak masuk dewan!! Haii minta minta boleh jawab!
Good Luck abah!! Huhuhu wish kat diri sendiri!
Alamak dah masuk dewan! Daa
Published with Blogger-droid v2.0.1

Abang Aqil jadi artis?!!

Imej
Hari ini Abang ada rombongan taska, pagi tadi abah siapkan dia. Semalam pergi cari baju oren dengan seluar hitam sebab taska request macam tu. Nasib laa jumpa, jadi pagi tadi boleh bergaya dengan baju oren. Masa mula-mula bangun tidur pagi tadi dia taknak mandi. Siap nangis- nangis lagi. Tapi bila dah siap dia paling ceria! Lepas hantar AMRAFAHAN dan mama ke taska, abah terus pergi kursus kat PD. Tapi tak sempat nak ambil gambar Abang. Tapi mama ada send gambar Abang, bila tengok macam artis pula siap bergaya dengan spek hitamnya! Layan jerlah!! HeheheAbah doakan perjalanan Abang dan kawan-kawan selamat sampai dan selamat balik. Yerlah ini pertama kali Abang berjalan dengan taska dia, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin

Terima kasih Najeeb Edward Abdullah!

Imej
Header AMRAFAHAN yang baru nih dibuat oleh Najeeb Edward Abdullah. Ni nama kat FB dia... Dulu nama dia Najeeb jer.. tapi tetiba ada Edward pulak! Aahh!! layan jer lah!! hehehe Budak ni memang pandai buat grafik-grafik nih! Dah laa terrer hensem lak tuh!! Dah lah hensem!! Single lak tuh! hehehe.. Jib!! Up sikit diri ko yer!! kekeke Dia pun ada blog, kami kenal pun dari blog... Nama blog dia katanajeeb. Blog dia nih kategori remaja ilmiah tahap tinggi.. huhuhu... orang putih pun komen kat blog dia!! Kellassss!!! Mengikut cerita Najeeb nih, dia ada kembar dulu, tapi kembar dia dah meninggal masa kecil! Betul ke cerita kau nih Najeeb? kalau salah tolong bitau!!

Header nih dibuat secara percuma kepada blog AMRAFAHAN nih.. err.. setakat hari ni dia tak minta bayaran laa.. hehehe... Sebenarnya lama dah dia buatkan.. cuma aku baru jer tukar hari nih!!

Lagi pun blog nih dalam sedar tak sedar dah setahun dah pada 31 Oktober 2011 lepas... Tu yang tukar tu.. sepatutnya aku tukar pada 31 Okt hari…

Isteri Calon Neraka

Imej
Info untuk dikongsi bersama... silalah share jika rasa bermanfaat yer!
Isteri Calon Neraka

Tidak suka mengerjakan solatSuka bercakap bohong kpd suamiSuka berhias utk selain suaminyaTidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suamiTidak menghormati suamiSuka mencari musuhSombong Tidak takut kepada Allah sedikit punTidak mahu mengaku salah bila buat salahTidak mahu minta maaf kepada suamiTidak boleh dinasihati oleh siapa sajaDegil, keras kepala dank eras hatiMerasakan diri lebih baik dari orang lainSuka berpoya-poyaMalas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfarSuka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita “.

Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? “. 
Beliau menjawab :“ Kerana kekufuran mereka “.
Beliau di…

Gathering ke 2 geng utara!

Imej
Sempena raya Haji kali nih geng kembar utara buat gathering buat kali kedua. Terima kasih kepada Rubiha dan Mima yang sudi anjurkan gathering nih. Kali nih bertempat di Radix Fried Chicken di Sungai Petani, Kedai.
Kehadiran pun boleh tahan. Lebih kurang dalam 8 keluarga laa seingat aku. Kalau lebih mungkin aku tak perasan. Minta ampun yer!
Cerita pasal gathering nih, Hari tu masa gathering geng selatan tak dapat join sebab tak balik kampung. Insyaallah lepas nih kalau ada lagi nak join nak kenal geng selatan pula!


Ye ker?

Imej
Masa aku tengah jalan jalan mencari farmasi kat Jusco Seberang Perai aku jumpa kedai langsir nih! Dia ada buat iklan nih! Boleh caya ker?!! Err aku tak laa masuk kedai tu sebab takde kepentingan hehehe... Kalau mama yang masuk mungkin yer... Nasib aku gi cari obat sorang sorang! Hihihi

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Sempena nak raya esok, aku sekeluarga AMRAFAHAN nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! Kepada semua rakan taulan dan pembaca blog ni!
Semoga raya nih membawa keberkatan kepada semua!
Sekarang nih kami dalam perjalanan balik ke Bukit Mertajam kampung Mama. Doakan kami selamat sampai yer!
Assamualaikum!
Published with Blogger-droid v2.0

Rehatkan bloglah!

Aku sekarang nih tengah training kat Ulu Yam sejak hari Ahad semalam. Line tipon kat sini macam hampeh! Jadi oleh sebab itulah aku nak rehatkan hingga 4 Nov 11 nanti.Post ni pun aku tapi pasti baper lama nak boleh lepas...(ditaip pada 31.10.11 / 23:45)

Santai!

Imej
Hari ni abah ter over jadi kanak kanak ribena! HeheheSakan main gelongsor air banyak kali dengan abang! Abah layan jer abang nak mandi kolam nih! Hehehe. Malam tadi opah sampai. Pagi ni opah tolong jaga Auni Auni Auni. Sementara tu abah jaga abang. Kalau abah jaga empat empat orang kat kolam nih memang tak terkawal laa... Petang nih maybe baru bawa Auni Auni Auni mandi.Oklah abang dah ajak naik.. Dah minta biskut... Lapar laa tu.. Hehehe.. Maunya tak lapar.. Main air dari pukul 9 lebih sampai pukul 12 lebih.. Abang.. Abang... Hehehe

Haa ni lah Gold Coast nya!!

Imej
Haaa amacam? Ok tak Gold Coast Morib? Mama dapat bilik mengadap kolam.Gold Coast Morib terletak 5km dari Pantai Morib. Senang jer nak cari. Dari Banting boleh dari Bagan Lalang Sepang pun boleh. Tepi jalan jer dari jauh dah nampak apartment tinggi kaler coklat hijau.Nak masuk taman tema sahaja harga untuk dewasa RM25, untuk budak umur 2 hingga 12 tahun RM15. Taman ni dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 7 petang.Haa bila kita nak bergumbira kat sini pula? Err harga bilik tak pasti pula berapa lagipun tempat nih belum officialy launching. Masih murah lagi kot..Dalam bilik air ada jakuzi. Sekarang nih AMRAFAHAN tengah mandi jakuzi hehehe. Bilik pun luas. Den pueh hati laa!! Hehehe. Err abah tengok diorang mandi dari bilik jer sebab ada tingkap boleh buka terus nampak diorang dari bilik.Oklah nak tengok AMRAFAHAN main air nih! Sakan sungguh masing masing!!

AMRAFAHAN pergi Gold Coast!

Imej
Hari ni AMRAFAHAN dengan abah nak hantar mama pergi Gold Coast! Mama ada kursus kat sana.Nasib baik kejap jer! Sampai hari ahad nih! Kalau tak jenuh abah nak jaga AMRAFAHAN sorang sorang!! Dulu bolehlah kawal diorang sorang sorang! Sekarang nih sejak pandai cakap pandai membantah nih.. Abah susah nak kawal semua kalau cakap lembut lembut! Kena jadi tarzan gak baru diorang dengar cakap! HuhuhuTengok tempat nih nampak cantik laa.. Baru jer buka. Ada taman tema air. Tapi belum sempat ambil gambar lagi. Nanti dah ambil gambar abah share kat sini aaa!

Comot!!

Imej
Semua nak buat sendiri! Hehehe Comot pun comotlah! Janji makan!

Tak larat!

Hari ni selsema batuk dan kepala berdengung. Tak larat sangat! Muka dah jadi merah, itupun member bitau. Kat opis melepek jer.. Dapat laaa tidur sekejap.

Tidur dalam air con pun badan berpeluh err sebab pakai jaket kot. Agaknya 2 3 hari sebelum nih balik kerja asyik kena hujan jer.. Tapi semalam dah beli baju hujan yang siap seluar tuh.. Asyik basah seluar jer bila pakai baju hujan yang sekarang nih.. Hari ni kalau nak balik nanti hujan lagi, boleh test baju hujan baru... Hehehe.

Oklah nak sambung tidur balik.. Hee...

Kepada Boss, jika terbaca laa... Saya demam dan tak larat laa.. Boss jangan marah aaa... Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekarang nih!

Sekarang nih..

AF dah pandai memilih baju... kalau baju yang kita nak pakaikan pada dia tu, dia tak berkenan.. dia akan memberontak nak baju lain.. ini kes kalau nak pakaikan baju lain lain kaler laa nih.. AF akan pilih mana yang dia suka..

Auni Auni Auni suka mandi kolam.. lagi-lagi kalau abah yang mandikan diorang... abah layan aje...

Auni Auni Auni suka gosok gigi... abah ada belikan diorang berus gigi sorang satu. Bila mandi jer.. masing-masing nak gosok gigi.. siap kena letak ubat gigi lagi.. tapi... diorang nak buat sendiri!! Yeyeoo jer buat sendiri.. lagi lagi si AF tu... mula mula pegang berus gigi yang dah dibubuh ubat gigi tu.. Lepas tu dia letak kat gigi dia.. kena jer berus gigi tu kat gigi dia... terus dia buat aksi meludah... cehh!! gosok pun idak! nak ludah air gosok gigi tu! kekeke.. ini kes tiru abang dia laa nih.. hehehe lepas tu buat 2 3 kali macam tu... konon konon gosok gigi laa tu.. abah pun layan jer.. lepas tu suruh kumur dengan air.. air yang masuk mulut tu ba…

Rehat kejap!

Imej
Baru sampai RnR Nilai arah utara. Humang hai.. Hujan lebat betul dari opis tadi... Ingatkan nak tunggu kejap, tapi gaya macam takmo berenti jer hujan nih... Redah juga lahh... Kalau jadi apa apa macam hari tu tak laa sampai rumah pukul 10 malam... Huhuhu...Baju hujan aku jenis tutup atas jer, bolehlah asalkan beg laptop tak basah. Sepanjang jalan sampai RnR Seremban hujan lebat, masuk Nilai hujan dah reda. Belakang badan aku dah sakit menggalas beg laptop, bontot dah kebas... Huhuhu tak boleh jadi nih, kena singgah RnR Nilai untuk renggang renggang kan urat.. Tak kisahlah dengan seluar dan kasut yang basah err baju basah sikit.. Janji dapat rehat jap... Huuu... Lega wooo... Lepas tu layan pau ayam panas err dan nasi lemak dengan barli suam... Baru segar nak bawa motor... Err makin gomok laaa den camnih... Hehehe. Oklah nak sambung perjalanan balik. Hujan dah mula turun balik nih.. Doakan perjalanan aku selamat sampai dapat jumpa AMRAFAHAN dan mama diorang! Insyaallah Amin

Nasi Goreng Bawal!

Imej
Selamat pagi kakak kakak adik adik abang abang sumer!

Hari ni arghhkak nak tunjukkan resepi arghhkak yang pertama kali arghhkak masak! Ikut suka hati jer nih haaa.. Seperti yang kita sedia maklum.. bawal memang banyak gunanya yer.. boleh buat tudung dan boleh juga buat makan... kali nih arghhkak amik yang boleh makan punya iaitu ikan bawal yer..

Resipi nih tercetus semalam petang akibat kelaparan yang amat sangat kerana orang rumah bekerja yer.. Okeh! untuk tidak melengahkan masa lagi marilah kita tengok bahan-bahan dia haa..

Bahan-bahan

Ikan bawal yang dah digoreng semalam punyaNasi sejuk semalam punyaBawang besar 2 ketulBawang kecil 3 4 ketulBawang putih 3 4 ketul gak..Garam ikut sukaMinyak sayur tanpa kolestrol baik untuk kesihatan..Cara-caranya
Mula-mula potong segala jenis bawang yang ada.. bawang besor potong besar besar.. bawang kecil potong kecik kecik yer.. bawang putih potong putih err.. potong kecik kecik gak.. hehehe.. Pastikan korang memakai google berenang atau sepek mata …

Kepenatan!!

Imej
Semalam abah bawa AMRAFAHAN pergi Bekdonal. Lepas puas main agaknya, abah ajak laa diorang balik..  Masuk kereta, mula-mula sakan bergaduh bermain laa diorang nih.. Tiba tiba senyap jer.. Sekali pandang rupanya dah tidur si Auni Auni Auni.. si Abang jer yang tak tidur tidur..




Hari ni abah kena jaga AMRAFAHAN lagi, balik dari niaga tengahari tadi, lepas tu hantar mama pula pergi opis dia, kena kerja obertaim.. 
Seronok bila balik tadi sebab disambut orang Auni Auni Auni (err.. abang tidur masa nih.. ) dengan panggilan "Abah! Abah! Abah!" berulang-ulang kali dari diorang sejuk jer hati.. kurang rasa penat tu... 
Sekarang nih, AH kalau nampak abah, dia akan tarik jari abah ajak mandi.. haaaa suka mandi ko! diorang nih!! Sebab apa? Sebab kalau abah yang mandikan diorang boleh mandi kat kolam.. abah bagi diorang main air puas puas! Balik tadi pun AH tarik tangan abah lagi.. Mula mula seorang jer.. lepas tu menyusul lagi 2.. Lepas bagi mandi...err... bagi diorang main air.. abah s…

Bekdonal!!

Imej
Hari ni mama kena kerja obertaim!! Jadi abah kena laa jaga AMRAFAHAN... Err... Hari hari pun jaga apa.. Sebenarnya dah banyak hari janji dengan abang nak bawa dia ke taman permainan. Tak jauh pun, belakang rumah jer.. Tapi asyik hujan pastu basah, kalau tak hujan panas sangat laa pula..Pikir punya pikir nak bawa laa ke taman permainan kat alamanda sebelah parkson tu.. Tapi macam besar sangat, jenuh nak kawal. Pastu terfikir taman dalam bekdonal kat bangi nih! Haaa terus pergi laa dengan AMRAFAHAN. Abah pun senang nak kawal dan MAKAN! Hehehe

AMRAFAHAN comel ke abah comel?

Imej
Hak hak hak!! Hari ni abah MC sebab jumpa doktor untuk check batu karang. Kebetulan AMRAFAHAN cuti seminggu sebab taska tutup kerana ada kes jangkitan kaki tangan dan mulut. Pagi mama jaga diorang, petang abah pula jaga, mama kena pergi kerja.Sebelum mama pergi kerja, minta dia snap gambar abah dengan AMRAFAHAN. Mula mula AF jer yang baring dekat abah, pastu AH pula, bila tengok kakak kakak dia baring dekat abah, si AN pun nak baring sama. Kena laa minta tolong sama mama untuk letak AN kat tengah tengah tu.. Si Abang memang dah baring kat situ. Tu yang minta mama amik gambar tuh!Tapi bila tengok gambar, abah dia yang excited sangat! AMRAFAHAN rileks jer.. Siap mata tengok kot lain lagi huhuhu...Sekarang nih dalam cobaan nak tidurkan diorang, tapi macam takmo tidur jer nih... Siap lompat lompat lagi nih... Huhuhu

Tutti tuttttttt!!!!

Imej
Mengetest kedai baru buka kat presint diplomatik nih... Sangat dekat dengan rumah AMRAFAHAN.Sedap dan yang bestnya boleh buat sendiri ramuan yang korang suka! Pastu bayor jer! RM0.53/10 gram. Haa kira laa sendiri... Kalau korang amik seberkas penuh macam dalam gambar nih...Err... Ni pertama kali masuk kedai eskem camnih... Tu yang jakun sikit hehehe...

Close up!

Imej
Uwekkk!!!

Kesabaran aku teruji lagi!!

Minggu nih aku ada kursus 4 hari kat PD. Pagi tadi pergi opis macam biasa. Aku letak motor kat opis sebab pergi PD aku tumpang kereta budak opis.
Balik dari kursus tu hujan renyai renyai. Member aku drop aku kat opis aku pun pergi solat asar dulu sementara tunggu hujan berhenti. Lepas solat tu hujan dah reda, aku gerak balik. Harapan aku takde laa jadi apa apa selamat pergi dan balik.
Bila aku sampai nak exit tol Seremban ke KL motor aku dah melelong dah... Alahai.. Pancit lagi... Disebabkan hujan renyai aku malas nak tukar tiub sendiri, aku bawa jer motor aku ke bengkel yang dekat dekat sini... Huhuhu bengkel yang buat aku bengkak tapi takde pilihan.. Disebabkan aku panas hati dengan tayar motor nih asyik pancit jer.. Aku tukar tayar tubeless dengan bubuh ubat tayar. Mekanik tu kata boleh tahan sampai tayar botak.. Harap harap macam tulah... Lepas tukar tayar tu, aku minta budak mekanik tu adjust tapet motor sebab kuat sangat bunyinya... Bila dia dah adjust tu, jadi laa senyap balik…

Video Kelab Kembar Malaysia di TV1

Video ni direkod oleh salah seorang member kelab iaitu Pn Sharifah guna astro beyond. Tapi tak tau cara nak transfer ke external Hard Disk. Jadi dia rekod guna video cam jer.. Oleh sebab itu suara tak berapa clear sangat.



Video ni diambil ketika ahli Kelab Kembar Malaysia berkumpul disalah seorang ahli yang membuat majlis akikah dan sambutan hari jadi untuk anak anak kembar nya. Untuk pengetahuan korang, tuan rumah nih ada 2 pasang kembar. Kembar pertama lelaki dan kembar kedua lelaki dan perempuan. Pihak RTM telah sudi datang dan merakamkan aksi kembar di majlis tersebut untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari jumaat minggu lepas. (7 Okt 2011)


Berita lanjut boleh baca disini

Nasib tak maut!!

Imej
Sekarang aku kat tepi highway. Motor kena paku, berkilat lagi paku tu! Entahlah! Ada orang tabur or sejak azali ada kat jalan nih..
Kebetulan masa aku tengah repair ada moto lain pun pancit juga.. Nasib aku aku tiub lebih, itupun untuk tayar depan, tapi dah emergency belasah laa juga untuk tayar belakang...
Tadi nasib aku tak tergolek jatuh sebab angin tiub terus takde tiba tiba, menggelepor kiri kanan aku tadi...Aku hanya mampu kawal motor dari terus tergolek sambil sebut nama Allah. Kalau tergolek tadi entah mati entah hidup agaknya... Lori boleh tahan banyak dan laju...
Alhamdullillah Allah beri keizinan pada aku untuk bernafas lagi... Terima kasih Allah

Makan sendiri!

Imej
Malam ni bawa AMRAFAHAN makan kat luar. Sekarang nih diorang taknak duduk dalam stroller dah.. Jadi nak bagi diorang diam.. Kena laa bagi diorang makan suap sendiri. Mula mula tu oklah... Lama lama jadi tempat gendang pinggan tu.. Huhuhu

Keluar kat TV pula ke?

Aku diberitahu pagi ni (Jumaat 7 Okt 2011) dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia kat TV1 akan keluar cerita pasal Kelab Kembar Malaysia.

Kalau korang berkesempatan dapat tengok, tolong laa tengokkan bagi pihak aku. Aku kat opis nanti takde tv nak tengok.

Kalau dapat buka kat internet maybe baru boleh tengok.. Harap harap dapat laa huhuhu

Boleh tengok kat sini http://www.rtm.gov.my/tv/

Mana laa tau ado muka AMRAFAHAN... Hehehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kelab Kembar Malaysia di Berita Harian

Imej
Hari tu kan aku ada cerita pasal geng kembar berkumpul kan... haaa.. hari ini ada keluar cerita tu dalam berita harian.. tapi yang kertas punya laa.. yang online punya cari tak jumpa.. ker memang takde agaknya...

Kat sini aku ambil gambar jerlah yer.. hehehe.. malas nak taip balik.. macam takde kerja laa pulak kalau taip balik.. hahaha






WW: Sepek mate hitam!

Imej

Lena seorang abah

Sekarang nih pukul 3.15 pagi baru lepas buatkan AMRAFAHAN susu, susah pula nak lena balik.

Semalam dapat call dari taska dalam pukul 4 petang, cikgu beritahu abang demam panas. Dah 2 hari dia demam. Abah tak senang duduk, dah lah semalam sampai opis pukul 10 lebih... Sebab hantar AMRAFAHAN ke taska, mama kat rumah sakit mata. Bila dapat call tu terus rasa nak balik. Jumpa bos minta izin balik awal. Alhamdullillah bos paham dan bagi balik awal.

Nasib semalam bawa kereta jadi bolehlah sampai cepat sikit kat taska. Bila sampai jer, tengok abang dah lemah. Lepas ambil AMRAFAHAN dari taska, hantar Auni Auni Auni ke rumah dulu lepas tu baru keluar balik. Mama dalam keadaan tak larat kena laa jaga AFAHAN.

Kat klinik abang lemah jer, sebelum keluar dia ada muntah, kesian tengokkannya.. Doktor kata tonsil abang bengkak, jadi bila muntah akan sakit, doktor nasihatkan makan aiskrim vanilla. Abang happy jer sebab dengar dapat makan aiskrim. Lepas jumpa Doktor, abang kena masukkan ubat bontot, …

Tidur juga akhirnya!

Semalam disebabkan Mama sakit mata, abah jaga laa AMRAFAHAN, mama kena berehat laa.. Masa pergi ambil diorang ditaska rasa seronok betul!! Dah lama tak ambil dorang dari taska sejak tukar kerja kat Seremban nih! Diorang nampak abah terus jerit sambil lari "ABAHHHHH!!!! lepas tu tiba tiba abang keluar jerit "AYAHHHHH!!!" aikk... sejak bila sudah tukar jadi Ayah nih.. cikgu dia pun pelik... arghh takpe layan jer!!! Masa tu perasaan tu sungguh bahagialah!! tak tau nak kata macam mana!! mungkin sebab rindu aksi aksi diorang balik sekolah!! Yelah dulu abah yang buat semua.. sekarang tukar mama pula yang buat semua..

Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Abah masakkan bubur nasi untuk diorang sementara tu diorang tengok tv sambil sepah-sepahkan apa yang patut!! Mama dah melepek dalam bilik.. yelah.. kang jangkit kat diorang satu hal pulak... Bila dah siap suapkan dorang makan, abah ajaklah tidur... perghhh... memang mencabar laaa nak bagi diorang nih tidur... kita nih tak boleh nak…

Sakit mata

Hari ini abah kena EL sebab mama sakit mata, ingatkan tak teruk tapi bila dah jangkit dari mata kiri ke mata kanan kena laa juga pergi klinik. Kesian pula kat mama nak uruskan AMRAFAHAN kalau abah pergi kerja. Takpelah asalkan mama sihat.

Tadi jumpa Doktor dia bagi MC 2 hari kat mama. Moga cepat sembuh yer mama!Published with Blogger-droid v1.7.4

Geng Kembar berkumpul lagi!

Imej
Assamualaikum dan salam sejahtera,Hari ini dalam sejarah untuk Kelab Kembar Malaysia. Lebih kurang 45 keluarga kembar berkumpul di rumah salah seorang geng kembar di Seksyen 20 Shah Alam. Ini kerana Tuan rumah Eida buat majlis aqiqah dan sambutan hari jadi untuk anak kembarnya. Tuan rumah sendiri mempunyai 2 pasang kembar, kembar pertama lelaki kembar kedua lelaki dan perempuan. Yang menariknya majlis ni dihadiri oleh krem RTM dan pemberita dari suratkhabar Berita Harian Metro dan lain lain.Geng Kembar berkonvoi lebih kurang 30 biji kereta dari Stadium Shah Alam ke rumah majlis. Ada juga yang dah sampai dulu ke rumah majlis dan ada juga yang terlambat sampai. Walaupun keaadaan hujan lebat tapi majlis tetap meriah. Sekali tengok dah macam kenduri kahwin pun ada.. Punyalah ramai orang... Kami semua dijamu dengan lauk masakan kampung dan kambing golek!! Terbaiklah tuan rumah!!Mungkin esok atau lusa akan keluar berita pasal geng Kembar ni di dada akhbar. TV pula akan keluar di rancangan S…

Geram!!

Imej
Ini Dani, anak buah saya... Saya geram dengan dia sebab dia sangat tembam dan sedap dipeluk! Umurnya baru 6 bulan tapi beratnya sudah 12kg. Mamanya hanya memberi susu badan sahaja! Memang geram peluk Dani nih!!


Himpunan 70 geng kembar

Imej
PORT DICKSON: Buat julung kalinya, lebih 35 pasangan kembar berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan majlis Geng Kembar Berhari Raya 2011 di Casa Rachado, di sini, kelmarin, bertujuan meraikan golongan istimewa itu.

Lebih manis, pasangan kembar berusia antara tujuh bulan hingga 15 tahun itu turut memperagakan pakaian dan kasut sama memeriahkan suasana majlis bertemakan ‘Serupa Tapi Tak Sama’.

Majlis itu menjadi medan merapatkan silaturahim antara keluarga kembar di seluruh negara merangkumi pelbagai agama dan bangsa, selain membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi atau kewangan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kembar tiga yang juga anak kepada penganjur.

Bapa kepada kembar tiga itu, Huszaini Haron, 33, berkata, dia mendapat idea menganjurkan majlis itu selepas dikurniakan cahaya mata kesayangannya, Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah, kini berusia setahun.

Menurutnya, anugerah Allah itu amat memeranjatkan dia dan isterinya berikutan tiada ahli keluarga mereka memp…

Tragis!!!

tragis!!! pergi kerja naik moto. balik naik train... sekarang masih dalam train lagi menuju ke stesyen ukm....

Terpaku!!

Imej
Hari tu, mama belikan Auni Auni Auni sepek hitam! Sebelum nih asyik main abah dengan mama punya sepek jer.. pastu bila pakai londeh ke bibir.. kadang-kadang berebut dengan sepek abang.. sudahnya mama belikan laa untuk diorang sorang satu sepek princess..

Tabiat baru dorang bila pakai sepek nih.. masing masing akan terpaku lebih kurang seminit err tak sampai seminit laa.. kalau tengah berdiri, kena pakaikan sepek, terus diam tak bergerak... lama sikit lepas tu baru bergerak.. hehehe memang comel laa.. agaknya diorang nih kagum kot tetiba pandangan dorang jadi gelap...

Diorang pakai sepek ni kejap jer... lepas tu dah rimas, sibuk tarik tarik nak buka... bila ambil sepek tu lepas atas kepala baru diam... tapi kena cakap canntiikkkk!! hehehehe lagi lagi si AF dan AH memang mementingkan kecantikkan.. hehehe

Rosak lagi!

Imej
Pagi ni motorku rosak lagi! Kena kat highway lagi 5 km nak sampai RnR Seremban. Tiba tiba semput.. Aku bawa juga pelan pelan nak bagi sampai Seremban dengan kelajuan 30km/j... Jenuh gak rasa nak sampai Seremban ni..Aku ingatkan plug problem ker.. Tapi ada gak terfikir piston jem.. Untuk bagi aku tak susah hati aku pikir rosak yang ringan ringan jer... Alhamdullillah aku bawa pelan pelan sampai juga kat tol seremban ni, pastu mata melilau cari kedai motor... Nasib laa jumpa tak jauh dari tol. Aku pelanggan pertama kedai motor kat Bukit Kaya nih..Sampai kedai motor, aku minta mekanik test motor aku, bila dia cek dia, piston dah jem! Alamak! Kena overhaul laa nih... Bila barai enjin nampak lagi rosak lain.. Hermmm sabar jerlah...Atas motor tadi sebelum rosak ada gak aku terfikir nak amik motor lain.. Agaknya motor aku nih dia dengar kot kata hati aku tu.. Tu yang merajuk tu...Sekarang nih masih kat kedai tengah tunggu dia bagi anggaran...Ermm.. Macam mahal jer nih.. Takpelah janji motor …

Balik tengok nenek!

InsyaAllah jam 11 nanti aku nak balik kampung johor nak tengok mak. Hari tu dia ada buat pembedahan kat leher dia, jadi nak tengok sendiri laa dia macam mana. Berbual dalam telefon rasanya macam dah ok. Tapi bila dapat tengok sendiri baru puas hati.
Tak sabar laa nak tengok mak nih! Harap-harap dia makin pulih!

Toilet training untuk abang!

Haa... hari baru aku mulakan toilet training untuk si abang... memang terlewat tapi Alhamdullillah 90% berjaya.. Hari ini pakaikan dia spender lepas tu pesan kat dia kalau nak kencing ke berak ke kena beritau abah, kena buang kat toilet.. Sebelum-sebelum ini ada juga tapi macam ye tak yer jer.. cuma selalu pesan kat dia kalau nak  buang air kena masuk toilet. Masa pesan tu masih lagi pakai pampers jadi selalu laa terbabas.. sekali dua jer dia cakap nak kencing. Lagipun abang minta sendiri nak pakai pampers.. tu abah biarkan jer..

Tapi hari ini dalam sejarah laa.. "eh eh eh Abah! nak terkencing laa.." haaa... aku kelam kabut bawa lari masuk toilet..  tapi untuk kali kedua dan seterusnya dan ok dah.. dia cakap nak kencing.. abah pun bawa laa ke toilet.. Cuma sekali jer tengahari tadi terbabas sikit.. agaknya abang cari tak jumpa abah.. dia terkucil kat sepender dia.. Lepas-lepas tu semua ok.. nak kencing jer beritau abah..

Abah harap, abang lepas ni, bolehlah berenti pakai pam…

Alhamdullillah mak ok!

Alhamdullillah mak aku dah selamat menjalani pembedahan. Risau juga sebab buat kat bahagian leher. Semalam telefon adik dia kata mak jadi orang pertama kena bedah untuk hari tu, masa aku call tu, mak tengah tidur sebab baru lepas kena bedah.

Pagi tadi baru dapat bercakap dengan dia. Suara dia masih lemah bila aku dengar ditelefon. Tapi dia dah boleh bangun sendiri, makan bubur dan pergi tandas. Luka pembedahan tu lebih kurang 6cm panjangnya. Tak tau kena duduk wad berapa lama. Aku pun tak sembang panjang dengan dia, kesian kat dia. Biarlah dia rehat.

Moga mak cepat sembuh dan sihat yer! Sayang mak!

Mak saya kena bedah hari nih!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi,

Pagi ni InsyaAllah mak aku akan dibedah di Hospital Sultan Ismail, Johor. Dia nak dibedah sebab ada ketumbuhan sebelah kelenjar thyroid. Harap-harap takde apa-apa lah...

Minta tolong kawan-kawan doakan keselamatan dan kesihatan beliau yer! Moga Mak selamat jalani pembedahan ni dan cepat sembuh dan sihat! InsyaAllah.. Amin...

Kita sayang mak sangat-sangat!!! Kita sekeluarga doakan mak cepat sembuh dan sihat!! Amin...

Kembar 3 senior jumpa kembar 3 junior!

Imej
Masa cuti hujung minggu lepas.. kami sekeluarga pergi beraya rumah kembar 3 junior nih.. Dulu pernah melawat mama diorang kat hospital tapi tak dapat tengok baby. Hari tu baru pertama kali dapat tengok baby. Semuanya perempuan comel-comel! tak tak berani nak pegang sebab baby tu pra matang. kami paham laa sebab tu kami pun macam tu jugak.. larang orang tak bagi sentuh baby kami sebab doktor yang suruh tau! hehehe..

Bila dah jumpa dapat laa bergambar walaupun baby tengah tidur! Terima kasih pada Mus dan Zura sebab benarkan kami ambil gambar anak diorang! Keesokkan harinya Mus dan famili balas balik kunjungan kami, diorang datang beraya rumah kami.. jadi ambil gambar lagi.. hehehe

Sekarang nih aku tak berani laa nak dukung ke pegang baby baby nih.. risau! Nanti dah besar sikit baru boleh dukung-dukung! lagipun rumah diorang nih kat Putrajaya juga!! Boleh melawat bebila masa! hehehe


Merempit sama dengan jerawat!

Imej
Tahukah anda bahawa merempit boleh menyebabkan penyakit jerawat?

Ya! Sememangnya betul! Hanya dengan merempit sahaja penyakit jerawat akan timbul dimuka kita!

Buktinya, sejak dua menjak nih saya merempit dari Putrajaya ke Seremban melalui lebuhraya PLUS, saya dapati muka saya ditumbuhi dua tiga ketul jerawat! Masakan tidak boleh tumbuh jerawat! Sebab bila kita merempit muka kita terdedah dengan habuk, asap, jerebu dan lain-lain lagi partikel yang halus hinggap ke muka kita!! Jika setelah sampai ke destinasi setelah merempit, kita lupa membasuh muka, jadi muka kita dipenuhi minyak-minyak dan lain-lain partikel! Dari jauh orang boleh kenal kekilatan tapi hitam muka kita akibat berminyak!!

Moral dari kejadian nih.. aku kena bawa pencuci muka laa pula dari rumah nak cuci muka kat opis nih!! Jerawat yang timbul tak boleh dibiarkan! huhuhu... Tak pasal-pasal jadi lelaki metroseksual seperti mamat nih!


Pancit pulak!

Imej
Motor aku pancit pulak! Nasib laa jadi masa dah masuk bandar Seremban. Sekarang tengah tunggu member datang ambil kat Shell tengah tengah bandar Seremban nih.. Tak jauh dah dengan opis... Nasib laa tak jadi masa highway tadi, risau juga nak tukar tiub tepi highway tu, sebab dulu ada pengalaman macam tuh.. Dalam sehari tiga kali pancit tayar, sudahnya sampai rumah pukul 11 malam.. Oklah nak tukar tiub sendiri nih.. Hehehe sempat lagi update ye dak?!!