Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 31, 2015

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang.

Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh!

Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer!

Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna.

Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!!

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah se…

AMRAFAHAN berpisah sementara!

Rindu Abang dan Kak Chik! Abah dengan Mama dah rindu kat depa. Tapi depa dok menyeronok sakan bermain dengan sepupu diorang kat Johor tuh sehingga berjaya menukarkan nenek dari menjadi tarzan ke ultraman! Hehehehe

Macam mana laa nenek menjaga depa berempat tuh! (Abang, Kak Chik dan 2 sepupu). Kak Ngah selalu cakap bila bangun pagi dia mimpi Kak Chik dan Abang. Ada sekali tuh, dia mimpi Abang dan Kak Chik duduk rumah Putrajaya, dia dan Kakak pula duduk rumah nenek! hehehe

Terima kasih nenek sudi jaga cucu nenek 4 orang tuh! Hehehe mesti riuh rumah tuh!!

Ermmm... baru teringat esok hari jadi Abang yang ke 7 tahun! huhuhuhu rindunya!!!



Posted by Hany Ishak on Friday, 5 June 2015