Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kembar 3 kak aisyah

Komen terakhir arwah Kak Aisyah Kembar 3

Imej
Semasa aku tengah melepak-lepak dengan kawan-kawan aku di Kedai Kopi Tepian Bangi, Seksyen 4 Tambahan, Bangi, member aku tanya aku.. Nik: siapa yang meninggal dunia dekat post kau tu.. ? Aku: Ooo... dia ada kembar 3 juga... N: Ni anak dia yang 1st ke? A: Tak lah... dia ada lagi 3... N: Ooo.. ni yang ke 4 laa.. kenapa dia meninggal? A: alaa ko nih... ko baca laa blog aku ni... Lalu si Nik pun baca kejap blog aku nih... N: Ooo comel-comel anak dia kan... sian dia kan.. jatuh bilik air... A: ehh.. ko buka kejap blog dia... Lepas buka blog... Aku entah macam mana tetiba terlintas nak buka komen dia... A: Ehh... dia ada komen laa yang last ni... cuba baca... Macam ni komen dia aishah  said... kpd semua..salam kenal..thanks sudi singgah.. jgn berkecil hati ya klu saya x follow lg ya ..bkn apa internet slowla..nk klik ke satu blog ke blog lain bkn main slownya... so jgn kecik hati ya..bkn sombong...tp mmg internet slow sgt..bla dh ok saya singgah ya..tq Novembe...

Al Fatihah untuk Arwah Puan Aishah - ibu kembar 3 perempuan

Imej
Al Fatihah untuk arwah Pn Aishah ibu kembar 3 perempuan yang telah meninggal dunia pada 22 Nov 2010 (betulkan aku kalau tersilap) kerana terjatuh didalam bilik air... Aku, wife dan kembar 3 aku pernah berjumpa dengan kak aisyah ni hospital putrajaya sewaktu kami sedang menunggu untuk ambil ubat di farmasi. Masa tu dia tengah mengandungkan kembar 3 dia ni... Dia datang jumpa dan tegur kami sebab nampak kembar 3 ni.. dia pun cakap dia tengah mengandung kembar 3... Masa tu aku rasa seronok sebab jumpa geng hehehe... rasanya masa tu dia kena tahan wad sebab ada darah tinggi semasa mengandungkan kembar.... Setelah sembang lebih kurang... kami pun berpisah... sampai laa semalam aku tak dengar berita dia... Wife aku beritau, kakak yang kembar 3 kita jumpa kat hospital tu dah meninggal... aku terkejut dengar berita tu... jodoh dan pertemuan tu ketentuan Allah, kami tak sempat jumpa dia lagi... cuma dapat berita sedih ni jer... Al Fatihah untuk arwah kak aisyah.. moga rohnya ditempatkan ...