Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel marah

Abah yang garang: Nak kena cakap berapa kali nih?

Imej
#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari Hujung Minggu lepas semasa dalam kereta balik dari open house, Abang, Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik buat bising dalam kereta. Bermain-main, gaduh pun yer! Lepas tu Abah pun konon-konon marah laa.. membebel kat diorang nih. Abah pun suruh senyap, rehat kejap pastu cakap laa, nak kena cakap berapa kali nih dalam nada yang garang laa konon-kononnya.Abah provok lagi.. berapa kali nak kena cakap? Masing-masing dah mula diam. Abah tak puas hati, nak juga bagi diorang jawab. Abah pun provok lagi... Masa tengah diam tu.. tiba-tiba Kak Ngah jerit menjawab Abah "Sembilan Kali Abah" Hahahahaha terus Abah terkedu, Mama kat sebelah dah tergelak senyum simpul cover line! Disebabkan taknak kalah, Abah pun layan si Kak Ngah tu, sebut laa sembilan kali ayat Abah tu.. tapi makin lama makin tenggelam suara Abah bila sampai kali ke sembilan tuh..!! Huh!! Bertuah punya budak! Nasib dia pandai sebut sembilan jer! Kalau dia sebut 9 juta k...

Tak jadi nak marah!!

Pagi tadi aku tengah tidur.. tiba tiba terasa kepala aku kena ketuk.. banyak kali pula tu.. mula mula aku biar jer... makin lama aku rasa macam makin kuat pula.. mula mula tu pelan jer.. ok lah boleh tahan lagi.. bila dah tak tahan tu.. aku toleh nak marah sapa yang ketuk aku tu... nampak macam AH sebab dia tengah pegang botol aku baru nak marah dia, dia datang cium aku... pastu buat muka comel dia.... haiiii... terus tak jadi nak marah... huhuhuhu... pandai pula dia pujuk aku... macam tau tau jer aku nak marah dia.. hehehe.. Bila dah macam tu.. tak jadi laa nak sambung tidur balik.. kena laa bangun.. huhuhu.... Macam macam perangai dorang sekarang nih... esok lusa apa pula aa perangai baru dorang nih.. Sabar jelahh..

Bila Gula Gula kena marah!!

Imej
Korang kenal kumpulan gula gula?  entah aku pun tak kenal.. tapi Hitler kenal!!?? Dan Hitler sangat  marah dengan kumpulan gula gula nih!!! apa yang diorang dah buat aaa?!!!