Minit ke 74! Tiga langkah pertama!
Waa... semua orang pun cerita pasal bola! aku pun nak cerita juga la! Tapi ciput jer.. lain pasal minit ke 74.. yeye je aku minit pasal minit ke 74... Sebelum tu, Tahniah kepada pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya sebab berjaya membenam pasukan Indonesia 3 berbalas 0.. cewahh bahasa pengulas laa plak! Moga dapat kekalkan rentak permainan bila bermain di Indonesia pada Rabu nanti... Semoga Malaysia berjaya memenangi Piala Suzuki AFF. Apa yang terjadi masa minit ke 74? Lebih kurang jam 9.40 malam tadi.. Ermm.. Alhamdullillah anak aku kembar no 1, Auni Faqihah dah boleh berjalan 3 langkah pertama!! Tapi selepas tu dia cuba lagi tapi tersembam... terus merajuk tak nak berjalan lagi.... huhuhuu... Ini adalah sesuatu yang aku dan isteri tunggu! Ye lah kan.. diorang kan lahir tak cukup bulan... so, perkembangan diorang sedikit lambat... Kalau ikut umur sebenar, bulan 1 2011 ni, barulah genap setahun, tapi kalau ikut umur lahir sekarang dah setahun sebulan... Ni lah budaknya yang berja...