Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2011

Hangin tapi tak boleh marah!! Versi Kelima!

Imej
As salam.. pagi tadi aku jumpa member aku kejap amik barang kat puchong... disebabkan mama sibuk bersukan jadi aku bawa laa AMRAFAHAN ikut aku.. lagipun takde orang jaga.. akulah yang kena jaga..  Bila sampai kat rumah member aku, aku bersembang kejap dengan member aku kat luar kereta.. Bila habis bersembang jer aku nak masuk kereta.. Bila tengok haihh... tuang susu atas rambut pulak!!! adoii... nasib laa tak mandi lagi... yang kena tuang tu si AN... yang menuang tu aku tak pasti sapa.. huhuhu...

Hangin tapi tak boleh marah Versi Keempat!

Imej
Hari tu abang baik punya main susu dalam kereta.. habis dia tuang kat seat depan, dashboard, pintu, cermin depan bumbung semua kena susu! Hangin jer aku!!! Masa tu balik dari taska so aku dah letak semua dalam kereta, tapi tertinggal 1 botol susu Auni, cikgu dorang terlupa nak bagi.. bila aku pergi ambil botol tu lepas balik ke kereta.. aku tengok dashboard tu dah bertakung dengan susu.. perghh!! geramnya aku!!! Bila aku belek lagi.. kat rambut adik dia pun ada! haisshhh!!! Penuh susu bertakung!

Mood di pagi Jumaat!

Imej
Pagi tadi nak pergi sekolah semua muka suram jer... si Abang kaki tercalar luka.. Auni Auni Auni meraung dalam kereta masa tunggu aku masuk kereta.. huhuhu AH: tempat duduk kegemaran dia kat tengah tengah kerusi pemandu dengan penumpang depan.. selalunya dialah tukang tukar gear auto kereta abah dia tanpa suruh! Ikut suka hati dia jer! Lepas kereta mengaum laa!! huhuhu

Video Auni Auni Auni berebut barang!

Imej
Pagi tadi Auni Auni Auni dah bergaduh berebut barang... perebutan terjadi antara AN dan AH. AN sebagai tukang nangis, AH tukang rebut, AF pemerhati, Abah ukang cameraman, Mama tukang bagi barang a.k.a referee, AMR tukang tidur! Kejadian berlaku subuh subuh tadi!! tak sempat buka lampu pun!! Saksikan video hangat nih! Hehehe...

Mengajuk cakap!

Sekarang ni auni auni auni dah pandai mengajuk cakap, dah paham kalau kita kata tak boleh atau tak payah... Siap buat muka ketat lagi kalau kita kata tak boleh... Lagi lagi si AF. Lepas tu bila dengar lagu dengar laa suara suara halus ikut bunyi lagu tu.. Biasa bunyi yang belakang jer lah... Hehehe..... Bila kita suruh apa apa dorang dah paham, contoh suruh ambil kain, baju, remote dll. Antara tiga orang tu sifat kekakakkan terserlah pada AN iaitu yang paling bongsu.. Ada satu hari tu aku suruh kakak kakak AN ni amik remote, masa tu AN tengah baring kat sofa minum susu, bila aku minta kat kakak dia, sorang pun tak layan aku, jadi si AN ni turun pelan pelan dari sofa pergi kat remote tu, amik dan bagi pada aku... Hehehe pandai sungguh dia... Lepas tu ada sekali tu, aku bagi dorang makan coklat. Semua dapat laa.. Tapi coklat tu cair sikit.. Masa tengah makan tu, coklat si AN ni terjatuh kat lantai.. Jadi lantai tu comot laa dengan coklat, aku biarkan aje sambung layan tengok tv

Sorry!

Maaf yer... Aku tak boleh nak update blog cerita pasal amrafahan... Sekarang ni tengah jumpa pakar mata kat hospital... Doktor bagi ubat, dah kabur kabur mata nih... Sorii... Location : Exit Lebuh Ehsan, Presint 3, 62100 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway

Kabur!!!

Aku baru lepas cek mata kat klinik guna fundus kamera, sebelum tu kena titis ubat kat dua dua belah mata nak bagi anak mata membesar.. Bila dah titik ubat mata akan jadi kabur untuk tiga ke empat jam. Tadi lepas cek, nurse tu kata mata aku nampak elok jer.. Tapi tak tau lah kejap lagi nak jumpa doktor nih... Tengah tunggu turn.. Risau gak nih.. Sebab sekarang nih mata kiri aku lebih kabur dari mata kanan.. Ni taip blog pun kabur kabur jer... Tapi aku nak taip gak! Huhuhu... Semalam doktor ada kata, kalau test ni tak nampak apa apa, dia nak rujuk pakar mata... Waaa.... Lagi laa risau... Harap harap kejap lagi jumpa doktor, beritau benda yang baik laa... Huhuhu.. Published with Blogger-droid v1.7.2

Anak sahabat aku meninggal...

Dua tiga hari ni aku banyak terima khabar sedih dari orang yang aku kenali.. Hari ni aku terima berita anak sahabat baik aku berumur 4 bulan yang aku kenal sejak dari sekolah lagi meninggal dunia.. Aku kenal kedua dua ibu dan ayah bayi ni...  rupa rupa nya aku ketinggalan sebab sahabat aku ni ada cuba sms aku, tapi aku tak terima dan kisahnya ada keluar di dada akbar.. Bila aku bersembang dengan dia tadi... seperti ada yang tidak kena dengan kejadian ni.. tapi tak perlulah aku ulas kerana sahabat aku tak nak timbulkan isu tu.. cuma dia sekarang nih mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap taska tersebut yang menjalankan perniagaan secara haram dan tidak berdaftar dengan JKM. Jika korang ada kenal peguam yang bagus disekitar Johor Bahru, harap dapat memberitahu aku supaya aku dapat sampaikan kepada sahabat aku itu.. Farid dan Zura, moga kalian tabah dan redha menghadapi dugaan ini, salam takziah dari aku sekeluarga, janganlah terlalu kecewa kerana kalian bertuah kerana ada p

Jumpa Kembar lagi la!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi.. Semalam semasa aku nak ambil ubat kat farmasi klinik , aku terjumpa laa dengan kembar 2 perempuan nih.. Comel dan putih budaknya.. tapi kesian dorang.. dua dua sakit mata... baru jer berumur tujuh bulan.. Sempat laa sembang dengan ayah dia lepas tu tukar tukar no telefon. Aku ada ajak dia join group Dianugerahkan Kembar di FB, boleh share pendapat dan pandangan.. Bila sembang lagi bro Hisyam ni datang sendiri bawa anak anak dia sendiri untuk pemeriksaan doktor ditemani anak pertama dan kedua dia.. dah besar anak pertama dan kedua dia ni..dah boleh diharap.. sebab tu rileks jer dia... dia beritau aku isteri dia kena kerja jadi kena bergilir cuti.. Sempat laa ambil gambar dorang... hehehe.. Bertambah lagi geng kembar... seronoknya! **hari ni kena pergi klinik lagi laa doktor nak masukkan ubat dalam mata aku nih hah! huhuhu

Apa kena dengan mata ni?

Dari minggu lepas aku perasan mata kiri aku ni macam susah fokus lepas tu rasa macam ada bayang kat mata ni, bila berkelip dia keluar lepas tu hilang.. Bila tengok kaler dengan mata kiri, kaler tu akan jadi gelap sedikit.. Kenapa aa? Oklah doktor dah panggil nih... Harap harap takde yang kritikal... Risau laa pulak!! Location : Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway

Takziah untuk Ibu Kembar 3 Nad Nadzim

Sedih sangat! Baru dapat tahu berita sedih nih... kawan sekementerian dengan wife aku baru baru ni dapat kembar 3 nama FB ibu bertuah Nad Nadzim. Kami semua gembira bila dapat tahu ada lagi kembar 3 yang dilahirkan di Putrajaya nih.. kalau tak silap aku lebih kurang pertengahan bulan Jun hari tu.. Tapi Allah lebih sayangkan kembar no 2 nih.. Takziah buat Nad Nadzim dan keluarga... marilah kita sama sama doakan untuk keluarga ini supaya tabah menghadapi ujian ini dan sedekahkan Al Fatihah buat anak beliau yang tercinta.. Arwah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2011. Aku tak tau nak cerita macam mana.. korang baca laa ayat Nad kepada wife aku... Aku pun tak sekuat dia... Allahuakbar! " Hani, antara 3 bradik arwah sara yg plg fragile, mula2 jaundice tp x serius bwh 200, pastu blood infectn 2 jenis kuman until attack usus dia, feeding tube klua discaj muntah hijau, pastu ada improvement lps doktor bg antibiotik, baru nk gembira ank da ok pas 2hri, paru2 dia plak kena attack pnu

Demam laa pula!

Imej
Dua tiga hari yang lepas ni Auni Auni Auni demam.. termasuk laa si Abang.. yang paling tinggi demamnya si AN, lembik jer.. tapi bila lepas dimandikan dan dibagi ubat baru nampak ceria! Pagi tadi semua dah makan ubat.. harap harap semasa kat taska nanti dorang tak demam lagi laa.. kesian tengok dorang lembik.. Mungkin ini punca dorang demam kot...

Gambar AMRAFAHAN di Floria Putrajaya 2011

Imej
Entri bergambar! Sila layan.. hehehe terima kasih!! Gambar tak secantik dan setajam DSLR hanya menggunakan camera tipon jer! Ada lebih kurang 96 keping gambar! Semua ni untuk kenangan kami sekeluarga! Maaf kalau lambat loading yer!! Bukan senang nak dapat bergambar sekeluarga nih! Terima kasih pada bro yang tulun ambil gambar kami!!

Gambar AMRAFAHAN main bowling!

Imej
Assalammualaikum dan selamat petang! Hari tu aku ada bitau nak bawa AMRAFAHAN main bowling kan, so hari ni baru berkesempatan nak cerita dan masukkan gambar dalam blog nih.. Abang laa paling excited sebab dah banyak kali janji dengan dia nak bawa main bowling, akhirnya tertunai gak.. Mula mula taknak join budak opis aku laa sebab risaukan AMRAFAHAN macam mana nak bawa nak jaga... Nasib laa diorang tolong jaga.. hehehe ramai nak jadi babysittter.. Alhamdullillah.. Si Abang sampai jer tempat bowling terus nak main... hehehe... Nasib laa Auntie auntie sporting.. hehehe terima kasih yer tolong layan AMRAFAHAN... Orang kedua excited ialah AF sampai merajuk rajuk laa.. comel jerrr!! hahahaha... Aku tak main pun bowling, cuma jadi pemerhati jerlah.. kalau main pun rasanya tak khusyuk kot.. mata melilau cari abang.. huhuhu... InsyaAllah lain kali nak pergi dengan mama pula! Tapi tak tau laa boleh control AMRAFAHAN ke tak! huhuhu... Abah dan Aqil

Mama balik yey!!

Haa.. Semalam petang mama sampai... Huhh... Lega... Setelah hampir 4 hari menjaga Amrafahan sorang sorang dengan macam macam kejadian yang menguji kesabaran semalam petang bila tengok muka mama sampai depan pintu rumah aku rasa lega sekali.. Amrafahan bila nampak mama dorang kat muka pintu semua berlari nak peluk mama... Err.. Abah pun nak peluk.. Tapi control kacak kekeke.. Bagi anak anak peluk dulu pastu baru turn abah... Hek hek hek... Mama ada bawa balik sata, otak otak, keropok kering dan basah, tapi aku suka makan sata sedap sungguh... Lama dah tak makan sata original from kemaman! Susah nak cari sata area sini.. Malam tadi Amrafahan tidur dengan mama, yelah lepaskan rindu dorang kat mama dorang, tiga malam tidur dengan abah.. Takpelah abah bagi chance! Huk huk huk... InsyaAllah kalau tak hujan petang ni kami nak pergi Floria Putrajaya, dah dekat dah dengan rumah rugi lak kalau tak pergi... Oklah nanti membebel lagi.. Nak layan customer nak beli towel nih.. Daa... Location : Jala