Friday, March 4, 2011

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 4

Selamat kembali u oll!! kekeke... nak gak guna u ol u ol nih!!!

Ok kita balik ruma.. ehh. balik kepada soal dan jawab kita.... Apa?? tak paham? tertinggal lagi? Sila mula balik kat sini yerr-->>> Siri 1



Soalan Ketujuh


Apakah perbezaan yang mudah untuk mengenali mereka?

Selain berat badan, muka masing2 dah ada perbezaan.
kembar pertama (Auni Faqihah) agak tembam dan mata agak sepet.
kembar kedua (Auni Haziqah) mempunyai raut wajah manis dan paling suka senyum.(sekarang paling suka menari)
kembar ketiga (Auni Naqibah), bertubuh kecil dan ada tahi lalat di bahu kiri
Masa mula-mula kahwin dulu err... silap.. mula-mula keluar hospital.. hehehe... Saya dapat mengecam Auni Auni Auni dengan terrer sekali! Lepas tu wife pula terrer... saya asyik tersasul jer.. Masa tu muka AF nak sama dengan muka AH, kadang-kadang muka AH nak sama dengan muka AN, maunya bapak dia tak kompius... Pernah sekali laa.. ehhh silap lagi... bukan sekali.. tapi banyak kali laa... saya tersalah panggil nama Auni Auni Auni ni... mama dia orang siap gelakkan saya guling-guling dari bawah rumah ke atas rumah.. haa.. terrer tak dia.. hehehe sebab tu saya sayang kat dia... terrer guling sambil gelak.. huhuhu... 
Kalau ikutkan sekarang ni, yang kuat merajuk AH, asyik nak suruh dukung jer, kalau buat tak layan, nanti dia merajuk... AN sekarang ni menjadi paling cool!! Rileks!! Lu nangis? Nangis laa.. gua rileks jer! Haa. macam tu lah perumpamaannya.. tapi dulu dia pernah menjadi sangat kuat merajuk... dari kajian aku laa.. ceewahh.. perangai kembar ni akan rotate kot.. lepas jadi kat seorang.. seorang pula jadi... Untuk AF ni kalau bab makan dia cermat, slow and steady. Tapi kuat makan! Abah suka sayang! Makanlah banyak-banyak!


Soalan Kelapan

Kata orang kembar akan melakukan perkara serentak misalnya jika menangis serentak, buang air pun serentak adakah ketiga-tiga bayi kembar ini melakukan perkara sama dalam satu masa?

Buat masa ni tak byk ragam serentak. tapi memang byk melakukan aktiviti bersama. (main,menari, panjat tangga dll).
cuma akan menangis bila nak susu.
kerap juga buang air serentak tapi tak menangis serentak.
Antara perkara serentak yang suka saya tengok bila dia orang tengok tv, letak tu terkedek-kedek depan tv menari ikut lagu kat tv, comel jer... bukan susah pun dia orang menari, caranya macam ni, berdiri tegak lepas tu bengkokkan sedikit kaki lepas tu berdiri tegak balik, buat berulang-ulang kali sampai boring.. hehehe
Lagi satu kalau seorang naik tangga, maka pendahulu tangga tu akan menjerit memanggil yang lain supaya turut serta, setakat ni dia orang dah banyak kali naik ke atas rumah sendiri dengan ditemani oleh saya dan mama dia orang. Jangan fikir bukan-bukan yer... keselamatan dia orang keutamaan kami! 
Kalau bab demam ke sakit ker, biasanya tak serentak, sakit dia orang berturutan... tu yang ambil masa sikit tu.. Alhamdullillah jaga kembar ni lagi senang dari jaga abang dia, mungkin sebab dia orang ada geng dan pandai buat hal sendiri, yelah abang dia anak pertama, kita manjakan dia lebih... hehehe agaknya jeles dengan adik-adik dia kot..


Oklah nanti sambung lagi yer...
Wassalam...

Post a Comment

exabytes unlimited