Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar karat

Aqil dan Pak Teh

Imej
Semalam Aqil ikut aku pergi niaga di pasar karat Shah Alam. Aku ingat memang tak nak bawa dia laa... risau kan dia nanti tah mana-mana dia merayap... Aqil nih berani sangat... selamba jer dia nak pergi mana pun... Tapi semalam aku tak dapat nak elak sebab dia dah nampak aku pakai baju dan seluar... Masa tu si Aqil tengah pakai towel jer... Nampak aku terus tanya abah dia ni ha... "Kita nak pergi mana ni?" haaa... amik... aku tak dapat nak elak dah... Aku cakap nak pergi work... tapi dia pun kata "Abang nak pergi work..." huhuhu... aku cakap tak boleh jer... dia dah menangis-nangis dah... aahhh... tewas... tewass.... Nak taknak kena laa bawa juga... aku siapkan dia lepas tu bawa laa dia..Sampai jer area parking kat pasar karat tu.. dia dah ingat... "Mak Teh mana? Mak Teh?" aku jawab "Pak Teh lahh" Oooo... panjang ooo dia... hehehe

Jom pergi pasar karat!!

Imej
Jom shopping pagi-pagi ni kat pasar karat stadium shah alam!! macam-macam ada!!! Sesiapa ada kat sana meh lerr jalan-jalan kat sana!! Ada makanan sedap macam sup gear box! roti jala! murtabak! roti bom!! semua sedap!! Aku dah selalu makan dan pueh hati!!! cendol pun ada!!! Murah plak tuh!!!! Kalau sesiapa nak beli towel cotton 100%, kualiti terbaik punya, mai laa ke gerai tapak 301! aku ada kat sana pagi nih!!! Murah murah jer!!! Jumpa di sana!!! hehehehe

Auni dan Auni bila ikut abah bekerja....

Imej
Lama dah cerita ni.. 2 3 minggu dah... lupa nak cerita kat blog.. hari ni belek-belek tipon jumpa gambar diorang nih.. boleh lah nak cerita disebalik gambar nih... Hari Ahad duluuuu... heee... lama laa sangat kununn!! Aku dan wife kena kerja... Jadi kami bahagi anak-anak sorang 2... cehh.. macam matematik nak bahagi bahagi nih... hehehe... Mama bawa AMR dan AH, aku bawa AF dan AN.

Penat gilos!!

Imej
Hai! kekeke macam citer P.Ramlee lak!! Tadi baru balik dari Pasar Karat Stadium Shah Alam... Best dan penat! Auni Auni Auni dan Abang Aqil sumer flat! Baru bangun tidur! Dari Shah Alam ke Putrajaya tidur jer! Penat! AN jer yang celik biji mata dia! Sebab dia dah tidur dulu Sampai rumah rehat jap kat sofa... lepas tu terlelap... Tapi seronok tolong orang berniaga ni! Macam-macam orang kita jumpa! Lepas tu kena pandai la untuk tawar menawar! Kalau pergi pasar karat ni, aku suka makanan dia.. banyak pilihan! Aku suka roti jala! ada satu kedai tu buat roti jala jer! Kuah kari ayam dan kuah durian! Mabeles! Lepak tu makan roti bom dan murtabak! Pueh hati! Lagi.. sup gear box makan dengan mee hoon sup! perghh!! Superb!! Tapi hari ni tak sempat makan apa-apa..  sempat minum air ambra (amra- mana satu tah betul?) jer! Tau tak air ambra tu apa? air buah kedondong lepas tu campur dengan asam boi! pergghh!! sedap gilo! tapi tak boleh lawan kat kampung aku kat Tanjung Tualang, P...

Pergi Pasar Karat!

Imej
Pagi-pagi lagi aku dah bangun... nak pergi pasar karat kat Stadium Shah Alam.. Best woo.. macam-macam ada... Si Aqil pagi-pagi dah bangun kejut aku minta susu dengan nak tengok TV. Lepas aku cakap nak ikut abah tak pergi tempat Pak Teh (sepupu aku berniaga kat situ) terus bangun, suruh mandi laju jer masuk bilik air... tapi bila mandi nangis... tak nak mandi... kekeke... sejuk kot air... elok-elok mandi kat bilik air bawah ke angkat dia ke bilik air atas pula! Nak mandikan air panas.. sebab kat bilik air atas ada water heater. Tapi pun nangis juga! Hohoho... apa lagi! Mandi secara paksaan aa.. kekeke... lepas mandi pun nangis lagi... nak pakai pampers kat bawah pula! Aku layan jer lah.. lepas aku siap-siapkan dia.. Ni lah hasilnya... hehehe... Happy jer dapat ikut abah! Aku pergi pasar karat ni pagi-pagi sebab tolong sepupu aku berniaga... seronok woo.. jumpa macam-macam customer... sempat update sebelum keluar rumah! Siapa-siapa nak beli towel 100% cotton meh ler datang ke...