Catatan

Tunjukkan catatan dari November 30, 2014

Happy Anniversary Mama!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, dengan izinNya perkahwinan kami dah cecah angka lapan. Cabaran berumahtangga nih tak semudah seindah dalam novel dan drama kat tv. Ada manis ada masin ada masam ada pahit ada segala-galanya. Tapi dengan ada segala macam nih lah membuatkan kami lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dugaan berumahtangga nih.

Alhamdullillah kami dikurniakan lima orang cahaya mata selama lapan tahun perkahwinan nih, err... cara ekpress hehehehe... rezeki dari Allah. Tiba-tiba teringat bila berjumpa dengan orang yang baru kenal, bersembang dan bertanyakan jumlah anak, bila Abah jawab lima orang, muka yang bertanya tuh nampak macam terkejut tapi kontrol! hehehe Lepas tuh baru Abah beritau, ada anak kembar. Ooo jawab orang tuh.. kembar dua ya?! tanya dia lagi.. Tak!! kembar tiga! Jawab Abah! Haaa... lagi laa terlopong orang tuh! Hehehe orang tu kata bukan senang nak jumpa kembar tiga nih! Rezeki Allah bagi kata Abah pada orang tuh. Eh!! Tercerita lari tajuk pula!

Moga…