Jumaat, 3 Februari 2012

Tahu Takper!!!

Hari tu si Abang nak ikut sangat abah pergi surau solat maghrib. Mula-mula tu abah malas nak bawa nanti dia main-main lari-lari dalam surau tu. Atas motor abah dah pesan dah, jangan main-main, duduk belakang abah, solat tau! Si Abang pun angguk yer patuh laa tuh konon-kononnya!

Sampai-sampai surau orang dah mula solat. Abah pun cepat-cepat laa masuk saf. Kunci motor dan kunci rumah Abah letak atas lantai. Tengah solat tu tiba-tiba ada tangan tarik kunci tu... Lepas tu bunyi laa kunci tu kena baling-baling. Abah tak kusyuk nak solat, tiba-tiba kunci tu jatuh depan imam. Abang boleh agak laa dari bunyi jatuh tu sebab saf sebaris jer.. Lepas tu si Abang berlari depan abah amik kunci tu.. Nasib laa tak kena kepala imam... hadoi hai...

Bila lepas solat tu Abah ajak laa si Abang balik. Naik motor tu konon-konon marah laa dia..

Abah: Kenapa abang main kunci? Kan Abah dah cakap jangan main kunci..
Abang: (Diam jer sambil angguk angguk kepala)
Abah: Lain kali abah tak mau bawa abang pergi surau laa.. abang tak dengar cakap abah nih..
Abang: Alaaa abang nak ikut laa..
Abah: (Abah pun sambung membebel lagi tak ingat dah.. lepas tu keluar laa ayat) Haa.. Abang tau tak?!!
Abang: Haa.. tau takper!! kan abah kan!
Abah: (Mati kutu! Tak tau nak jawab apa! Erm... geleng kepala lepas tu terus diam)

Haa... nih kes Mama ajar cakap ayat nih laa... tahu takpe tahu takpe... Sudahnya abah lak yang terkena.. huhuhu... jawapan abang tak relevan langsung dengan bebelan abah masa tuh!! huhuhu


Khamis, 2 Februari 2012

Taska Baru!

Hari ini Abah dan Mama hantar AMRAFAHAN ke taska baru. Taska baru nih satu bangunan dengan tempat kerja Mama. Tadi hantar barang barang diorang banyak betul rasanya! hehehe Yelahh pindah sekolah baru kan! Walaupun duduk taska nih status tumpang sementara nak tunggu taska yang besar sikit buka, Abah dan Mama hargai pertolongan cikgu taska tu.

Alhamdullillah mula-mula hantar tu diorang tak menangis laa. Sebelum tu abah ada beritahu si abang kat taska baru nih banyak mainan! Hehehehe yelah tak nak bagi diorang kekok. Si Abang nampak malu-malu laa tapi si Adik dah sibuk ajak abah masuk dalam. Bila abah masuk jer, semua orang serbu masuk, budak-budak lain semua dah masuk bilik, tinggal diorang berempat jer kat ruang depan. Ermm... lepas tu nampak pula bakul bakul mainan... haaa terus diorang buat macam rumah sendiri. Punggah mainan ikut suka. Lepas tu ada laa seorang budak lelaki join diorang. Jadi terus geng si Abang.

Masa abah nak keluar pergi kerja tu, salam dan cium diorang, diorang macam tak kisah abah nak pergi kerja dah... mata semua kat mainan yang ada.. Abah pula sedih! kekeke emo laa pula!

Harap-harap AMRAFAHAN gembira laa dekat taska baru tu. Boleh terima suasana baru, cikgu baru, kawan-kawan baru dan lain-lain. Adik baru lain tahun kan Mama kan?! kekekeke

AMRAFAHAN kat taska baru

Rabu, 1 Februari 2012

AMRAFAHAN BerTUKARRR!!!!

BERTUKARRRR!!!! Bak kata cerita hero kartun species gaban, kesatria baja hitam dan power ranger tu!! Abah tak ingat laaa tajuk sebenar dia! Tiap kali nak bertukar dari manusia jadi superhero, mesti jerit "Bertukar"

Hehehe... Sebenarnya esok AMRAFAHAN akan bertaska di tempat baru. Dekat sikit dengan tempat Mama bekerja. Jadi takdelah ulang-alik macam sebelum nih.

Bak kata Mama Kembar 3 yang bertaraf artis sekarang nih... macam kat bawah nih...

"Rasa risau skit pun ada gak. Ye laa, moving from a good place, to somewhere that's kind of 'unknown' to us. Abah harap sangat sangat agar tempat baru nanti pun is just as good as this one. Moga moga si kembar akan dijaga dengan baik, moga si kembar dapat menumpang kasih sayang sementara Mama & Abah pi kerja. Ya Allah, jadikanlah pilihan yang kami buat ini sebagai yang terbaik untuk AF, AH, AN, Amin." - Di copy dari Mama Kembar 3 dan diedit oleh Abah! hehehe jangan marah aaa MK3!!

InsyaAllah lepas ni mudah bagi Mama menguruskan masa dan AMRAFAHAN. Senang nak jenguk AMRAFAHAN kalau ada apa-apa hal.

Abah harap anak-anak Abah dapat terima laa suasana baru, tempat baru, cikgu baru dan segala-galanya baru!!







Kenapa takde Hari Negeri Sembilan?

Waaa!!! Tensi nya!!! Mama dan AMRAFAHAN seronok-seronok melepak kat rumah! Abah kena pergi kerja!!! Semuanya pasal hari ini Hari Wilayah, jadi Putrajaya cuti umum!

Jalan nak keluar rumah lengang jer.. ada orang berjogging lagi... Berchenta gila nak pergi kerja pagi tadi!! Haisshh.. sabar jerlah!!

Kenapa takde Hari Negeri Sembilan? Kalau ada kan best! tapi kena buat 1 Feb juga! huhuhu.. takpun sesiapa yang menetap di wilayah tapi kerja diluar wilayah pun layak dapat cuti! Haaa kan best!!! Barulah boleh membantu kerajaan dalam mencapai matlamat "keluarga bahagia, anak ramai" ehh.. ada ke? hehehe

Selamat Hari Wilayah yer kepada sesiapa yang berkenaan tuh!!



**Huh!! Tetap tak puas hati sebab takleh cuti!



Isnin, 30 Januari 2012

Appointment with doctor!

Gila ahh tajuk omputih! hehehe... Hari ini abah ada appointment dengan doktor kat hospital serdang untuk checking pasal batu karang abah. Harap harap dah takde laa sebab lama dah tak sakit nih..

Mama nak hantar abah tadi sebab abah masih demam dan batuk-batuk. Tapi takpelah abah masih berdaya nak  pergi sendiri. Belum tahap tak boleh bangun lagi laa.. InsyaAllah dah makan ubat badan dah berpeluh dah ok dah.

Pagi tadi abah pula babai AMRAFAHAN, sebab abah keluar lewat. Kalau tak diorang yang babai abah. Sempat laa cium dorang semua! Si Adik siap muncung bibir nak cium abah! hehehe abah suka!!!

Haa baru teringat.. pagi tadi.. bukan pagi tadi jer.. tetiap pagi si adik akan kejut abah... "abah bangun laa!!" ulang-ulang kali dia cakap sampai abah bangun! hehehe bila dah bangun tu.. semua orang nak abah dukung ke bawah! waa... mamai mamai tu abah dukung laa diorang ke bawah tengok tv sementara mama bersiap. Lepas tu abah pula bersiap.

Oklah ringkas jer nih.. Minta minta sakit abah dah takde.. amin..




***Nak tiru macam mamat gebu nih cakap omputih dalam blog dia!!

exabytes unlimited