Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jom berkelah

AMRAFAHAN Di Harian Metro

Imej
Alhamdullillah, pagi tadi masa aku hantar anak-anak aku di Taska KBS, aku dapat panggilan dari member sekolah aku, dia kata gambar anak-anak aku ada dalam metro. Oh! Baru aku teringat! Masa gathering dengan geng kembar wartawan harian metro ada datang. Lama dah rasa gathering tu! Baru hari ini keluar harian metro. Bukan anak-anak aku jer yang keluar harian metro, geng-geng kembar lain pun ada!  Hanani ,  Ummie ,  Eida ,  Nur & Rozi ,  Qis   dan  Nisa   tapi sampai lambat sikit masa gathering tu. Yat   pun ada sekali! Ben Ashaari pun datang dan juga Ida  serta  Aqien . Terima kasih yer semua pada yang datang gathering hari tu! Nanti kita buat gathering lagi yer! Kumpul lagi ramai geng-geng kembar!! InsyaAllah Kalau nak baca online boleh klik bawah ni:-  Petanda Alahan 5 Bulan Keinginan firasat akhirnya jadi kenyataan Berkat susuan ibu Gambar dari Harian Metro Online

Kembar Azhar dan Azfar dah ada blog!

Imej
Hi semua! Kejap lagi aku nak melawat adik aku, dia masih sakit dan pening-pening lagi, tapi dia kuat semangat. Tadi dia telefon aku pukul berapa aku nak datang tengok dia? Ermm.. dah boleh guna telefon dah... baguslah... moga dia cepat sembuh. Aku cakap tengahari nanti aku datang. Oklah kita tengok geng kembar baru kita ni! Asalnya dia orang tak de blog ada FB jer.. Jadi ayah dia orang dah buat blog. Waa... bleh geng dengan aku ni..  Bapak-bapak kembar menulis blog! Boleh kumpul lagi bapak-bapak yang menulis blog! hehehe... sebab rasanya tak ramai kot bapak yang bercerita pasal anak. Kalau bab bola ke kereta ke ramai laa kot.. Masa gathering geng kembar hari tu dia orang ada join tau! Ok jom terjah blog geng kembar Azhar dan Azfar yang ditaip oleh ayah dia orang!! Silalah support dia orang yer! Rasanya lepas gathering geng kembar tu terus ayah dia orang buat blog! Bestkan penangan blog nih!! Hehehehe.. Bertambah lagi senarai geng kembar aku nih! Alhamdullillah!

Alhamdullillah selesai sudah!

Imej
Alhamdullillah selesai dah event Jom Berkelah Dengan Geng Kembar. Walaupun aku terlambat sampai aku, aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang hadir.. Walaupun event kita dalam hujan yang lebat, tapi tetap meriah. Sempat lah snap 2 3 keping gambar... Terima kasih pada Harian Metro sebab sudi hadir pada event ni. InsyaAllah akan disiarkan dalam ruangan keluarga. Bila tersiar tu aku pun tak tau... nanti dia orang akan inform aku... nanti aku inform kau orang.. Aku suka dan happy sangat sebab dapat tengok kembar ramai-ramai ni... macam-macam perangai ada... ada yang diam, ada yang terrer nangis.. hehehe... ada yang memula diam lepas aktif... macam-macam laa perangai... Seronot tengokkannya!! Kat sini aku nak minta maaf pada yang hadir atas kekurangan yang ada pada majis tu, mungkin aku tak dapat tegur semua orang yang hadir... mungkin aku sempat bercakap dengan kau orang, harap jangan berkecil hati yer.. aku ni manusia biasa... Dengan keadaan hujan yang lebat tu.. semua perancangan ...

SILA BACA! Kepada yang nak join berkelah petang nih!!

Imej
Macam-macam aku rasa sekarang nih.. waa... macam mana laa petang nih nanti yer... harap-harap berjalan dengan lancar... Lepas tu apa pun tak siap lagi nih.. waaa..... tapi still curi masa sikit nak update blog! kekeke... Sebelum aku taip entri ni, jiran aku datang rumah jemput aku sekeluarga ke rumah dia petang ni, dia ada buat doa selamat sikit.. Mula pukul 3.30 petang... Errmmm.. orang dah jemput kena laa pegi kan! Mungkin aku akan terlambat sikit sampai ke Taman Canselari tu... Lepas habis kenduri tu.. aku terus cabut ke taman! Maaf yer kalau aku terlambat! Sesiapa yang dah sampai kita jumpa kat wakaf bersebelahan Taman Permainan Kanak-kanak kat situ... Kalau nak bawa bola ke raket ke.. sebelah tu ada padang besar... Kalau ada apa-apa hal boleh call aku 012 6929 150. Kepada yang sampai awal tu, berkelah laa dulu, sementara nak tunggu aku sampai... Oklah kita jumpa petang nih! Nampak tak wakaf sebelah kanan tu? Kita jumpa kat situ yer!

Peta ke tapak Jom Berkelah Dengan Geng Kembar

Haaa.. mungkin ramai tak pasti kat mana tapak berkelah geng kembar ni kan.. so boleh tengok kat sini.. Kat map ni aku tunjuk dari ALAMANDA ke Taman Canselari. Kalau dari lain-lain tempat tu boleh explore sendiri map ni... Hint dia.. dengan Mydin Bazar Putrajaya, lagi dekat dengan Proton Edar punya kedai... err... ada lagi ke? entah? tak perasan lak aku kedai proton niih.. haa.. tau Kamdar Putrajaya yang dah tutup tu? Dekat-dekat situ laa... Tengok map nih... Code GPS dia 2.945227,101.725931 View Larger Map Esok aku sponsor air kenduri yer! hehehe... Kau orang tak payah bawa air manis... Nak bawa pun aku tak larang... Nanti entah apa-apa rasa air aku nanti... kekeke.... Aku nak bawa buah sikit... minta maaf yer.. wife aku tak sihat.. dia tak larat nak masak.. kasihan pula kat dia.... harap kau orang tak kisah... Kalau kau orang nak beritau kau orang bawa apa.. bolehlah share kat komen sini.. Kot-kot boleh pakat-pakat... maaf yer lambat beritau... sorry sangat-sangat!! Hara...

Tak sabarnya nak tunggu esok!

Imej
Tak sabarnya nak tunggu esok datang! Macam mana laa sambutannyakan? Tak dapat ku bayangkan... Nak beritau awal-awal nih.. kalau ada yang terkurang tu minta maaf yer... Aku tak janjikan apa-apa yang best.. cuma esok kita dapat bersantai dan beramah mesra... Lepas tu ambil gambar ramai-ramai! Er.. siapa ada kamera mahal silalah bawa yer! Aku ada kamera telepon jer... :) Nanti tak clear ambil gambar ramai-ramai! InsyaAllah esok akan ada wartawan dari Harian Metro dan cameraman dia nak datang... Lepas tu nak ambil gambar ramai-ramai! Wartawan tu kata nak datang laa kan.. kalau dia tak datang jangan marah aku pula! Alhamdullilah.. dari respon yang aku terima... ramai laa geng-geng kembar nak datang.. antaranya.. http://mamakembar3.blogspot.com/ http://ilhamdihati.blogspot.com/ http://www.facebook.com/people/Azhar-Azfar/768849054 http://umniyyahulfa.blogspot.com/ http://adex-aieda.blogspot.com/ http://coretanuda.blogspot.com/ http://ayienjin78.blogspot.com/ http://diariummi...

Hadiah Cabutan Bertuah

Imej
Haa... ni lah gambar hadiah untuk cabutan bertuah masa Jom Berkelah dengan Geng Kembar nanti! Maklumat lanjut boleh klik sini .. Tuala-tuala nilah bakal menjadi milik kau orang! Tuala kanak-kanak Tuala Sepasang Kicthen Towel

Jangan Lupa Tau! Ada lucky draw!!

Imej
Saja nak ingatkan! Kau orang semua aku jemput ke gathering Jom Berkelah Dengan Geng Kembar tau! Sesiapa pun boleh join! Kami geng-geng kembar akan berkumpul ramai-ramai!! Tak sabar pula nak jumpa dengan yang lain-lain!! Sesiapa yang datang dan dah hantar detail kat email aku secara automatiknya layak memasuki lucky draw. Hadiahnya Sepasang towel x 1pcs (saiz dewasa dan hand towel) Kitchen Towel x 2 pcs Lightning McQueen Towel x 2 pcs (saiz kanak-kanak)  Kualiti towel ni dijamin 100% cotton!  Err... gambar dia aku tak sempat ambil lagi.. hadiah dah ada dah... hehehe Cabutan akan diadakan pada hari gathering..  So sesiapa yang datang dan ada detail dia pada aku, layak sertai.. hehehe..  Kiranya ada  5 orang yang bertuah laa dapat towel-towel tu nanti... Pada sesiapa nak masuk cabutan bertuah ni bolehlah email detail kat aku Nama:  Nama blog / facebook: Alamat blog / facebook No. tel HP: Boleh send ke email aku: aseng1@gmail.com denga...

Ramai ke nanti?

Hermm... tak lama lagi, Jom Berkelah Dengan Geng Kembar akan berlangsung... Sedikit risau... jika takde yang hadir... Dari respon yang aku terima ada lah 6 7 keluarga kembar nak datang... InsyaAllah event ini akan diteruskan walaupun dengan kehadiran keluarga aku jer.. Tak pernah lagi bawa anak-anak berkelah kat taman.. Sekarang ni dia orang dah boleh berjalan... mesti seronok tengok dia orang main kat padang rumput tu nanti... Aku buat gathering ni pun atas permintaan kawan-kawan yang baca blog aku.. Aku tak sabar nak jumpa geng blogger kembar dan blogger-blogger yang lain... harap-harap ada laa orang yer... Aku nak buat cabutan bertuah... hadiahnya ada 5. Tapi tak sempat lagi aku ambil gambar hadiah sebab aku kena balik kampung sebab adik aku sakit... Nanti aku buat entri khas untuk cabutan bertuah tu yer... Ermmm.... hujan kat kota tinggi ni masih tak berhenti... air longkang besar nak penuh... air sungai dah pasang... tadi jalan ke ulu tiram dah banjir... Harap-harap aku ...

KEHADIRAN Jom Berkelah dengan Geng Kembar

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Untuk makluman semua, yang mengesahkan kehadiran mereka (hantar details ke email aku) ke Jom Berkelah dengan geng kembar hanya beberapa keluarga dan individu sahaja. Aku bahagikan kepada 2 kumpulan. Kehadiran Geng Kembar Mama Kembar 3  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 3 .homelicious  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 2 AMRAFAHAN  (2 Dewasa, 4 kanak-kanak) Kembar 3 Aieda Saidah Hamdi  (1 Dewasa, 2 kanak-kanak) Kembar 2 Dua Hati Menjadi Satu  (2 Dewasa, 4 kanak-kanak) Kembar 2 My New World My New Life  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 2 Geng Tak Kembar Yana  ( 1 Dewasa) stillovemylife  (2 Dewasa, 1 kanak-kanak) Ben Ashaari (1 Dewasa) Elis Wanie  (1 Dewasa) Yusnizah Mohd Yusof  (1 Dewasa) Nora Aurora  (1 Dewasa) Siti Khatijah Deraman  (1 Dewasa) Aku berharap kehadiran akan lebih memberangsangkan... Kalau ikutkan, ramai nak join, tapi tak hantar details kat email aku, ...