Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 3, 2012

Happy Birthday Abang!!

Imej
Hari ini hari lahir anak Abah yang pertama iaitu Aqil Muhammad Rayyan aka AMR aka Abang. Masih abah teringat lagi saat-saat Abang nak keluar dari Mama, macam mana kuatnya jeritan Mama (hehehe Mama jangan marah aa..) nak keluarkan Abang dari perut Mama tuh.. Sedar tak sedar dah 4 tahun berlalu.. Sekejapnya masa berlalu.. Abang pun semakin bijak berkata-kata, nakal-nakal manja dah pandai mengaji dan menyanyi... sampai Abah terikut laa lagu nyanyian Abang tu.. Abah doakan Abang membesar jadi anak yang soleh, beriman, berakhlak mulia, hormati orang tua, membaca dan menghafal Al-Quran dan segala-gala yang baiklah.. InsyaAllah. Abah dan Mama sayang Abang dan Adik-adik sangat-sangat!!! Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Abang! Happy birthday to you!! Sayang Abang sangat-sangat!!

Kaki Kakak luka terbelah!

Imej
Sekarang ini Abah dekat Hospital Kota Tinggi kat unit kecemasan. Bawa Kakak aka AF sebab luka terbelah macam separuh duit syiling 10 sen. Kejadian ini terjadi tadi sebelum nak keluar rumah pergi makan. Sebelum keluar tu Abah bagi makan arnab dulu. Lepas tu ajak kakak. Tiba-tiba dia datang kat Abah dia cakap sakit kaki. Bila tengok kaki dia dah keluar darah banyak, cepat-cepat Abah basuh dan tekan tempat luka tu tak bagi darah keluar lagi. Masa basuh tu darah menjijis-jijis keluar! Kakak dah nangis-nangis... "Darah! Darah!" Cakap Kakak. Abah cepat-cepat suruh anak buah Abah ambil 1st aid kits dalam kereta. Haii... Nasib laa Abah memang standby 1 set kat bonnet kereta. Abah cepat-cepat letak ubat kuning pada kain jarang-jarang tu.. ala yang orang buat balut luka tuh! Apa nama dia.. goose ke hapa tah.. macam bunyi angsa jer.. huhuhu.. Lepas bubuh ubat terus balut ketat-ketat tak bagi darah keluar. Cancel terus nak pergi makan.. Ehh... Nama Kakak dah dipanggil! Nanti sambung.