Jumaat, 5 Oktober 2012

Solat kangkang!

Update blog sebelum pergi solat Jumaat. Bila Abah solat, biasanya ehh... selalunya si Kakak, Angah, Adik dan Abang akan turut serta sekali. Ermm.. bukan solat sekali, tapi sama-sama masuk bilik pastu main dalam bilik semasa Abah solat. Bukan selalu laa.. tapi boleh dikatakan setiap kali Abah nak solat kat rumah, mesti diorang akan turut serta sama.

Disebabkan banyak kali diorang ikut Abah, jadi akan banyak cerita laa jadi. Ada yang Abah ingat ada yang tak. Kadang-kadang macam tak kusyuk pula solat tu! huhuhu... sebenarnya susah tau nak kusyuk dalam solat.. Kita rasa macam dah kusyuk tapi Allah lebih tau kan?!! Err.. sambung balik. Nak kusyuk dalam solat kena tanya orang yang lebih arif. Abah tak arif kang salah lak info.. tak pasal-pasal berdosa... Ehh!.. sambung balik, ada sekali tu, masa Abah tengah solat ni, tengah baca surah laa. si Auni Auni Auni aka Kakak Angah Adik ini main laa berlari-lari dari satu bilik ke bilik pastu pusing-pusing keliling Abah. Entah macam mana salah seorang tu boleh merangkak masuk bawah kelangkang Abah. Dahlah  masa tu Abah pakai kain pelikat SAHAJA! huhuhu... terpaksa buka kaki sikit bagi diorang lalu, nasib laa diorang tak tengok atas masa merangkak tu! Hadoihh laaa.... Bila sorang dah buat, yang lagi 2 pun ikut sama laa! Jadi macam acara pertandingan lalu bawah kain pelikat Abah jer masa tuh! Cepat-cepat Abah rukuk dan sujud. Kang ada yang ketawa masa solat tuh! Hadoihh laaa.. hehehe

Ermm.. ada sekali tu, masa Abah tengah solat berkain pelikat sahaja!!, diorang boleh pula nak tarik kain Abah! Pehhh!! Nasib gulungan kain pelikat itu kukuh dan kemas! Kalau tidakkk?!!! Haisshhh...


Nota Kaki Abah:
Moral kejadian kenalah pakai seluar kecik kalau solat pakai kain pelikat!
Err... tapi Abah tak suka laa rimas! hak! hak! hakk!!!

Rabu, 3 Oktober 2012

Gurau lucah!

Pada suatu pagi ni, minggu lepas agaknya lupa dah Abah, baru selesaikan mandikan si Abang, biasalah bila mandikan budak-budak ni, mula lap badan pakai tuala, bila tang nak pakai baju tu kena laa londehkan tualanya, jadi togellah si Abang tu. Nak dijadikan kisahnya, si Auni Auni Auni dah siap mandi dan pakai baju, Abah tengah nak pakaikan si Abang boxer, alaa boleh jer dia pakai sendiri tapi dia minta tolong Abah yang pakaikan. 

Tiba-tiba si Adik datang dari bilik sebelah, terus pergi kat si Abang dan terus tampar bontot si Abang! sambil cakap "eeee!! bontot!!" Haaa!! Apa lagi! si Abang terus meraung laa!!! Elehh... padahal bukan sakit pun, biasalah mood pagi-pagi, manja lebey! hehehe.... Abah pun terus cepat-cepat pujuk si Abang, peluk dia, nak marah Adik pun tak boleh sebab Abah rasa kelakar masa tuh! sebab si Adik masa tampar bontot Abang tu dengan muka nakal dia! Geram jer! hehehe... Abah kata kat adik, Eee!! Adik tak malu eh main tampar-tampar bontot Abang! si Adik gelak comel jer! hehehe... terus dia lari ke bilik lain! Si Abang menangis meraung-raung mengadu Adik tampar bontot Abang! Adik tampar bontot Abang! haisshh... Pujuk-pujuk barulah dia... tapi nangis tak keluar air mata! Abang! Abang! hehehe

Errmm... tu belum bab diorang main anu si Abang beramai-ramai! hehehe tak sanggup Abah nak cerita!!
err.. jangan marah pasal tajuk post nih yer! hehehe

Selasa, 2 Oktober 2012

Terjemahan Bahasa Pelat AMRAFAHAN

Haaa... maaflah lama Abah tak update... bizi u! hehehe.. Tergelak Abah baca komen korang kat sini, ada yang sampai migrain laa! hehehe..

Ok.. Ok.. Abah terjemahkan bahasa tu yer..

1. tengkodo = telekung

Haa.. ini bahasa si Abang.. Abang tak pelat cuma mungkin susah dia nak sebut perkataan telekung laju-laju tu yang jadi tengkodo. Kalau Abang nak solat ikut Abah, dia akan tanya mana tengkodo dia, tapi dalam kes nih bukan telekung yang dimaksudkan tadi kain pelikat dia. Haa.. memang jenuh laaa Abah mula-mula nak paham masa dia minta tengkodo tu.. mana tengkodo abang.. mana tengkodo abang.. perghhh... berdarah otak pikir menda apa si abang ni nak.. Nak jadi cerita.. masa tengah cari tu, dia ternampak laa kain pelikat dia tu ada berlipat atas almari dia. Haa.. ada pun tengkodo abang! Haissh.... geleng kepala Abah! Terus Abah betulkan.. ini kain pelikat laa Abang! Pelan-pelan dia ikut pe-li-kat tapi tak leh sebut laju-laju! nanti bunyi lain! hehehe kesimpulannya tengkodo = telekung = kain pelikat !! hahaha

2. kodo = tidur
Ini Bahasa si Angah. Abah jenuh laa nak paham, bila si Angah ajak Abah tidur, Abah jom kodo, jom kodo! perghh... rentung tahi hidung bila memikirkan apa dia.. tapi bila Abah biar jer dia tarik tangan Abah, barulah Abah tau jom tido!

3. kandi = mandi
Ini pun bahasa Angah. Kalau dia cakap laju-laju bersama-sama bahasa 'K' yang lain memang buat Abah termenung kejap.. memikirkan apa dia laa yang si Angah ni cakap. Mama jer terrer translate bahasa diorang nih.. "Abah dah kandi? Kita nak kegi kana ni Abah? Kita nak kalan-kalan eh Abah? haa... ayat ni semua disebut laju-laju cer korang bayangkan? Abah ternganga ko! nak memahamkannya!

4. defar = seluar
Hehehe... jauhkan bunyinya! Yang ni memang Abah pecah kepala pikir apakebendanya! Gila susah nak terjemahkan! Ada sekali tu, si Angah menangis-nangis, nak defar! nak defar! jenuh laa Abah tanya dia apa bendanya? tensi Abah masa tuh! cari jawapan tak jumpa! kekeke. Nak dijadikan cerita lagi, masa tu Abah cakap laa dengan AMRAFAHAN ni kita nak pergi jalan-jalan. Lepas tu Abah duduk-duduk lepak-lepak depan tv. Tiba-tiba si Angah tarik Abah suruh defar! Adoihh.. apa kebenda laa defar nih! Siap ajak dia masuk dapur tanya dia nak susu ke milo ke, tunjuk laa segala benda yang ada kat dapur tu, mainan dia ke apa ke nak mencari jawapan, semua dia geleng kepala. Sudahnya si Angah bawa Abah ke bilik tunjuk seluar Abah yang tergantung tu, dia suruh pakai! Arghhh!! suruh pakai seluar rupanya!!! hadoihh!!! Bila Abah sarung jer seluar tu, terus dia diam. Hai lahhh anak... hehehe...

5. tedo = tidur
Ini bahasa si Adik. Tapi Abah boleh paham lagi laa..

6. melo = milo
Ini pun bahasa si Adik. Macam biasa.. Abah boleh paham lagi! hehehe

7. sine = sini
Pun bahasa Adik juga!

8. santik = cantik
Ini bahasa si Kakak. Si kakak datang kat Abah! Abah! Kakak santik tak?! Cantikkk!!! hehehe


Nota Kaki Abah:
Ada ke patut AMRAFAHAN puji Abah encem! 
Patuttt!! patuuttttt!!!! kekeke (kata hati abah!)

Meh baca blog mama kembar Mama Farah dan Mama Izz! Blog diorang lagi banyak perkongsian ibu-ibu dari blog Abah nih! Nak buat camner.. dah Abah yang menaip! hehehe

exabytes unlimited