Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Angah

Ada bom?!!

Imej
Ada bom?!! Hari ini Abah kena bawa Si Abang dan Kak Ngah ke pejabat. Seperti korang semua sedia maklum, bacaan IPU jerebu kat Putrajaya nih tinggi sama macam tempat-tempat lain dekat Malaysia nih. Lepas Abah ajak diorang pergi sarapan. Tanya Abang dia nak makan, dia beritahu nak makan roti canai. Sampai kedai, Si Abang pesan roti bom, Abah pun pesan roti bom juga untuk Kak Ngah. Masa tengah tunggu roti tuh, Kak Ngah tanya Abah, roti nih dia letak bom ke Abah? Kalau letak matilah kita... Hahaha tergelak Abah. Boleh pula dia terfikir macam tuh! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah makan roti bom sebenarnya adalah roti canai yang dalamnya diletakkan planta (majerin) dan gula. Budak-budak suka sebab manis, mak bapak budak pun suka jugak!!  Sekian cerita bom!! Hehehe

Abah yang garang: Nak kena cakap berapa kali nih?

Imej
#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari Hujung Minggu lepas semasa dalam kereta balik dari open house, Abang, Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik buat bising dalam kereta. Bermain-main, gaduh pun yer! Lepas tu Abah pun konon-konon marah laa.. membebel kat diorang nih. Abah pun suruh senyap, rehat kejap pastu cakap laa, nak kena cakap berapa kali nih dalam nada yang garang laa konon-kononnya.Abah provok lagi.. berapa kali nak kena cakap? Masing-masing dah mula diam. Abah tak puas hati, nak juga bagi diorang jawab. Abah pun provok lagi... Masa tengah diam tu.. tiba-tiba Kak Ngah jerit menjawab Abah "Sembilan Kali Abah" Hahahahaha terus Abah terkedu, Mama kat sebelah dah tergelak senyum simpul cover line! Disebabkan taknak kalah, Abah pun layan si Kak Ngah tu, sebut laa sembilan kali ayat Abah tu.. tapi makin lama makin tenggelam suara Abah bila sampai kali ke sembilan tuh..!! Huh!! Bertuah punya budak! Nasib dia pandai sebut sembilan jer! Kalau dia sebut 9 juta k...

Allahuakbar! Ujian untuk anak Abah pula!

Imej
Abah tertunggu juga Mama datang ke hospital ni, tapi tak sampai juga. Alhamdulilah jiran, kawan-kawan sekerja, kawan zaman belajar, mak dan adik beradik Abah datang melawat. Bos Abah pun datang juga! Terharu sangat! Terima kasih korang semua! Dalam pukul 2 petang tadi, Abah dapat call dari Mama, dia minta maaf sebab tak datang, sebab dia kena handle Amrafahan dan cikgu tadika beritau Mama, AH a.k.a kak ngah kena gigit tebuan kat kaki kanan dia. Allahuakbar! Terkejut Abah! Banyak betul dugaan, Abah cakap kat Mama, selesaikan urusan diorang dulu, Abah kat sini ok jer. Tak payah risau. Lega Abah bila diberitahu dia baru lepas bawa Angah ke klinik. Kesian Angah menangis kuat kat tadika tadi. Dah lah Amni tengah demam kuat. Harap harap mama kuat hadapi semua dugaan nih! Mama kena kuat yer! Jangan risaukan Abah kat hospital nih! Bak kata Mama pagi tadi, ramai doktor-doktor muda kat wad ni! Konpius Abah tak paham maksud mama tu! Huhuhuhu o_O Kawan kawan Abah! posted from Bloggeroid

Tunjuk Bon!!

Imej
Ceritanya terjadi pagi tadi. Si Kakak, Angah dan Adik tengah bersiap nak ke taska. Baru nak pakai baju masing-masing. Lebih detail lagi baru nak pakai spender masing-masing! hehehe. Kebetulan pula Abah tengah buka pintu almari dan menunduk nak ambil baju. Kena pula masa tu menonggeng ke arah diorang yang ada atas tilam tengah sibuk nak pakai spender tu. Bila seorang Auni (hahaha abah tak ingat siapa!!) nampak Abah tengah menonggeng dia pun jerit "Eeee!! nampak bontot Abah!! Tak malu!!" Dah sudah yang lagi 2 orang Auni tu menjerit sama!! "Abah tak malu nampak bontot!!!" Ishh.. diorang nih.. mana ada Abah tunjuk bontot! Abah masa tu bukannya berbogel pun! Pakai kain pelikat lagi! Haisshhh laaa anak-anak!! Lepas tu Abah balas laaa... "Kakak, Angah, Adik tak de bontot sendiri ke?!" Boleh pula masa tu serentak diorang pusing tunjuk bontot diorang kat Abah! Si Kakak siap selak turunkan spender nak tunjuk bontot dia kat Abah! Si Adik memang tak pakai spend...

Angah buat rumah kat Mama!

Angah memang suka main blok kayu nih! dia pandai susun-susun blok kayu nih. Selalu dia main susun tinggi-tinggi lepas tu panggil Mama ke Abah tunjuk hasil dia. Video ni Angah buat rumah untuk Mama. Ada bakat anak Abah nak jadi Arkitek nih! In sya Allah!

Happy Birthday Auni Auni Auni!

Imej
Hari ini hari istimewa untuk Abah sekeluarga. Hari ini Birthday AFAHAN yang ketiga. Moga anak anak anak Abah jadi anak yang solehah dan insan berguna pada masyarakat. Tiada sambutan istimewa kerana kami sekarang nih nak balik ke Putrajaya dari rumah nenek di Kota Tinggi. Oklah nanti cerita lagi. Nak gerak dah dari JPO nih! Published with Blogger-droid v2.0.9

Angah pula tercedera!

Imej
Pagi ini Angah aka AH pula tercedera. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 pagi tadi. Masa tu Abah tengah solat subuh. Tiba-tiba terdengar Angah menangis. Lepas solat tuh, Abah tengok Mama tengah bersihkan darah kat mulut Angah. Rupa-rupanya, Angah tersadung lepas tu terjatuh kena bucu katil. Abah terus bagi Angah minum air zam zam, sapu sikit kat bibir dia, lepas tu Mama bagi minum madu sikit, mudah mudahan tak teruk lukanya. Lepas tu terus bawa pergi Hospital Putrajaya kat unit emergency, Alhamdullillah tak ramai orang, lepas pergi triage dan daftar, tunggu sekejap doktor dah panggil. Agaknya Auni Auni Auni ni fobia tengok katil putih kot! Angah pun sama macam Kakak menangis bila suruh baring kat katil hospital. Lepas doktor tengok tu, doktor kata kena suruh Angah kumur dengan air sejuk atau kulum ais atau bagi ais krim nak bagi salur darah mengecut dan darah berenti mengalir. Doktor kata luka kat gusi gigi depan tu sikit, lagipun takde gigi goyang, doktor bagi Ubat dyna Orapast...