Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Aturcara program di Karnival Kembar Havoc D' Melaka 11-12 Dec 2015

Imej
Karnival Kembar Havoc D' Melaka

PERHIMPUNAN YANG MENGUMPULKAN PASANGAN KEMBAR PALING RAMAI DI MALAYSIA

Bagi Pasangan kembar yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar di sini - Klik Untuk Daftar -

OBJEKTIF PROGRAM

•Memecahkan Rekod Malaysia Book of Record

•Perjumpaan dan sesi beramah mesra di antara ahli KKM & pencarum KOKEMBAR

•Pelancaran teaser DIANUGERAHKAN KEMBAR iaitu buku kompilasi tip dan soal jawab menguruskan kembar.

•Mengumpul data usahawan negeri Melaka dan kawasan sekitar

•Memeriahkan Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh, Melaka yang di usahakan oleh KOKEMBAR

•Mempromosikan keahlian dan jualan saham KOKEMBAR

•Memberi ruang niaga kepada para usahawan dari KKM & KOKEMBAR


SYARAT PENYERTAAN 
(Menyertai perhimpunan kembar paling ramai di Malaysia untuk dicatatkan di dalam rekod Malaysia Book Of Records (MBOR))

PENYERTAAN ADALAH PERCUMATERBUKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI ANAK KEMBAR, DIRI SENDIRI KEMBAR, ATAUPUN PENJAGA KEPADA ANAK KEMBARSEMUA PERINGKAT UMUR BOLEH ME…

Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia!!

Imej
Pra Pendaftaran Untuk Menyertai Karnival Kembar Havoc D' Melaka

Kelab Kembar Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia di bawah Karnival Kembar Havoc D' Melakauntuk mencipta Rekod di dalam Malaysia Book Of Records. 

Perhimpunan ini akan diadakan pada 

Tarikh: 12 Dec 2015
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka
Penyertaan: PERCUMA (Terbuka kepada semua pasangan kembar seluruh Malaysia

Karnival Ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 11 hingga 12 Dec 2015. Orang ramai dan juga mereka yang mempunyai anak kembar atau diri sendiri kembar dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan, antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, booth jualan dan lain-lain lagi.

Para peserta adalah diingatkan agar dapat membawa MyKad / MyKid / Surat Beranak Untuk Pengesahan Kembar oleh Pihak Malaysia Book Of Records pada hari pendaftaran 12 Dec 2015 di…

Ada bom?!!

Imej
Ada bom?!!Hari ini Abah kena bawa Si Abang dan Kak Ngah ke pejabat. Seperti korang semua sedia maklum, bacaan IPU jerebu kat Putrajaya nih tinggi sama macam tempat-tempat lain dekat Malaysia nih.
Lepas Abah ajak diorang pergi sarapan. Tanya Abang dia nak makan, dia beritahu nak makan roti canai.
Sampai kedai, Si Abang pesan roti bom, Abah pun pesan roti bom juga untuk Kak Ngah. Masa tengah tunggu roti tuh, Kak Ngah tanya Abah, roti nih dia letak bom ke Abah? Kalau letak matilah kita... Hahaha tergelak Abah. Boleh pula dia terfikir macam tuh!
Untuk pengetahuan korang yang tak pernah makan roti bom sebenarnya adalah roti canai yang dalamnya diletakkan planta (majerin) dan gula. Budak-budak suka sebab manis, mak bapak budak pun suka jugak!! 
Sekian cerita bom!! Hehehe


Tips untuk Ibu Ayah Kembar!

Imej
Perkongsian ibu yang mempunyai kembar 4 lelaki dan 13 orang anak... oleh Kak Jannah Amjad

Untuk semua ibu ayah Kembar.... Tahniah Barakallah.

Barakallah atas sifat prihatin para suami/ ayah pada keperluan isteri dan anak2 -Semoga jadi amal soleh.
Mohon izin akak kongsi tips & pengalaman . ALLAH anugerahkan akak kembar 4 - quadruplets lelaki. Total anak akak 13 orang dgn 10 dari nya boys.
Tip utama: SABAR & SYUKUR. Apa keadaan jua pun. Memang dunia ini Allah jadikan sbg medan ujian. Sabar dan Syukur adalah kayu aras, bukti, komitmen kita sebagai HAMBA ALLAH.

⏩⏩⏩

1. Mohon lah pertolongan Allah dengan sabar dan solat . banyak kan berselawat, berselawat dan berselawat sebelum meminta/ doa. Kerana firman ALLAH Azzawajalla: " Barangsiapa yang meminta kepada ku dengan hak Muhammad. Nescaya TIDAK AKAN Aku tolak."

2. Anak adalah anugerah paling ajaib dan terindah sekali pun single delivery. Ini rukun iman ke 6. Jadi kan mereka therapy jiwa dan minda untuk dapat hiburan - insy…

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUH!

Peringatan untuk diri Abah sendiri dan kawan-kawan lain. Moga bermanfaat.**************Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUHOleh: Dr Muhamad HKLPernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, te…

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang.

Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh!

Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer!

Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna.

Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!!

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah se…

AMRAFAHAN berpisah sementara!

Rindu Abang dan Kak Chik! Abah dengan Mama dah rindu kat depa. Tapi depa dok menyeronok sakan bermain dengan sepupu diorang kat Johor tuh sehingga berjaya menukarkan nenek dari menjadi tarzan ke ultraman! Hehehehe

Macam mana laa nenek menjaga depa berempat tuh! (Abang, Kak Chik dan 2 sepupu). Kak Ngah selalu cakap bila bangun pagi dia mimpi Kak Chik dan Abang. Ada sekali tuh, dia mimpi Abang dan Kak Chik duduk rumah Putrajaya, dia dan Kakak pula duduk rumah nenek! hehehe

Terima kasih nenek sudi jaga cucu nenek 4 orang tuh! Hehehe mesti riuh rumah tuh!!

Ermmm... baru teringat esok hari jadi Abang yang ke 7 tahun! huhuhuhu rindunya!!!



Posted by Hany Ishak on Friday, 5 June 2015

Perbualan rahsia suami isteri terbongkar!

Imej
Memang rahsia sungguh! Nasib baik dapat bongkar! Kalau tak....






Ibu rindu kamu berdua sayang!!

Imej
Abah sangat tersentuh hati dengan kisah ini. Harap perkongsian ini memberi semangat kepada ibu-ibu diluar sana.

Kisah benar ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Kelab Kembar Malaysia di dalam group rasmi Dianugerahkan Kembar di FB.

Bergenang air mata bila baca! huhuhuhu



****************************************************





Ibu rindu kamu berdua sayang!

selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu.

seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..."

ya...ayu juga dianugerahkan kembar. pernah dianugera…

MOJO & Caliph Buskers buat penonton menangis?!! (Video)

Imej
MOJO & Caliph Buskers menyanyi Roman Cinta bakal menang persembahan terbaik AJL 29?? Vokal pun mantap? Boleh tapaw penyanyi asal? Haaaa tu laa komen yang keluar kat FB abah. Tak sempat tengok pun sebab tengah makan kat D'laila Mee Udang kat Nilai MMA Santai Corner.

Tapi bila sampai rumah terus cari video MOJO & Caliph Buskers AJL29 tuh. Rupanya dah ada! Meh tengok sebelum kena delete!!!

Memang power laa suara dia!! Kagum!!

Share dari FB

Post by Tak dengar, Tak dengar~ Message, Message~~.


UPDATE: Video telah di delete.
Sebagai tanda sokongan korang boleh subscibe YouTube Caliph Buskers kat sini
https://www.youtube.com/channel/UCcM2DaNCvfOaf9r2vFiCfMw

Salah satu video Caliph Buskers - Roman Cinta




Raja dan Permaisuri!

Imej
Sembang petang adik-beradik AMRAFAHAN. Sambil makan popcorn dalam kereta. Kak Ngah cakap ke Kakak: Awak jadi tuhan (tuan).. (pelat nak cakap tuan jadi tuhan)Abah: Hepp!! Mana boleh cakap macam tuh! Tak baik! (Abah salah anggap sebab dengar nak jadi tuhan! Marah depa terus!)Kak Ngah: Jadi Raja boleh Abah?Abah: Boleh! Raja tu lelaki, Permaisuri untuk perempuan.Kak Chik: Mama jadi permaisuri, Abah jadi Raja, tapi Abah gemuk!! HeheheAbah: (dalam hati) Huhh!! Apa kaitan!! Tiba-tiba si Abang menyampuk!
Abang: Raja mestilah gemuk!!Kakak: Haah Raja mestilah gemuk! HahahahaHuhhh!!! Anak-anak Abah nih pengaruh raja adalah gemuk kat tv kuat sangat nih!!!Macam nak marah tapi kelakar!! Hai lah anak!!!

Grrrr!!! Huhh ini tak kelakar!! Grrr!!

Imej
Ok! Ini tak kelakar! Huhuhu. Masa tengah beratur nak cuci kereta, sebab lama sangat, Abah keluar kereta kemas boot kejap sambil suruh si Abang passing barang yang kat seat belakang nak letak kat boot. Pesan dengan Abang jangan kunci kereta sebab nak tunggu turn dalam kedai. Si Abang kata ok. Pastu kami pun tunggu laa kat dalam sebab depan kami ada kereta tengah tunggu turn nak cuci juga! Bila dah sampai turn, budak cuci nih cakap kereta takleh buka. Arrghh sudah! Bila pergi tengok rupanya kereta berkunci lepas tu kunci kat stereng. Ok boleh relaks lagi sebab biasa ada simpan kunci spare dalam wallet. Tapi bila cari geledah wallet bagai! Alamak!! Kunci spare takde!! Arghh sudah!! Kebetulan pula kereta depan bateri kong, takleh start engine. Sama-sama tersadai takleh nak jalan. Brother tu pergi cari kedai nak jumping bateri, Abah pula kena walking balik rumah amik kunci satu lagi! Terus ajak si Abang balik jalan kaki nak ambil kunci. Sambil jalan kaki si Abang cakap kat Abah, "Aban…