Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2012

AMRAFAHAN Bermain!! (Gambar)

Imej
Abah baru beli buku kat bawah ni. Hari tu masa AMRAFAHAN bermain kat taman belakang rumah, Abah saja laa test kamera kompak Abah. Huhuhu... semua gambar ni hasil budak baru belajar dari buku... masih banyak lagi nak kena praktis..  lagipun Abah bukan pengguna DSLR yang ada kamera kompak jer. Kalau nak ambil gambar cantik boleh tengok kat blog artis JPA nih.. hehehe pandai berDSLR budaknya!!




Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Imej
Hari jadi arwah Abah

Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah.

Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. Baru…

Berita sedih... kembar meninggal dunia!

Imej
Berita sedih ni di sampaikan oleh kawan Abah. Berkenaan dengar kembar.. Sama-samalah kita berdoa untuk kembar Mizs Lea Uci (ID FB), semoga baby kembarnya terus sihat InsyaAllah dan sedekahkan Al Fatihah untuk baby kembarnya yang seorang lagi telah meninggal dunia. Semoga keluarga kembar ini tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.

Ini copy paste dari komen member Abah pasal cerita kembar tu... sayu hati membacanya..

*************

+zaini, oya ni. cuma nak maklumkan, kawan oya lahirkan kembar 18 julai 12 yang lalu, lepastu baby kurang berat.. seorang 1.2kg(adik) dan seorang lagi 0.8kg (abg). semalam petang jam 2, si adik meninggal kerana bleeding. future info tak pasti lagi.. setakat yang diberitahu itu je. dah selamat dikebumikan mlm tadi jam 10mlm.

sekarang ni, ibu dan ayahnye tengah survive jaga yang 0.8kg (abg). sekarang baby ada di hospital JB NICU.

pilu bila saat oya call si ibu, si ibu tengah pangku mayat adik dari JB untuk di bawa ke MUAR.

semoga allah merahmati si adik.

p/s: fb…

Air tersedap AMRAFAHAN!!

Imej
Hahahaha.... Abah macam tak percaya jer... post resipi air Abah yang dulu Abah buat masa berkelah menjadi top post dalam tempoh seminggu yang dicari oleh mereka-mereka di alam maya ini. Apa pun Abah ucapkan terima kasih pada korang yang sudi mencuba resepi air Abah ini! errr... ada ke yang mencuba?!! kekeke...

Resepi yang Abah maksudkan tu ialah Resipi Air Cocktail AMRAFAHAN. Boleh klik sini untuk mengetahui cara-cara membuatnya!!!


Err... masa buat hari tu, ramai kawan-kawan Abah kata sedap sampaikan Abah sendiri tak sempat merasa... Err... mood perasan.. kekeke

Cuba teka mana satu logo Kemerdekaan tahun 2012?!

Imej
Kalau korang terrer! Cuba teka mana satu logo Kemerdekaan Malaysia ke 55 yakni tahun 2012?!

Sumber boleh rujuk kat sini





Jawapannya....


Puasa dan adab makan

Imej
Abah nak share sikit apa yang Abah baca. Mudah-mudahan jadi ingatan untuk diri Abah sendiri dan bermanfaat untuk orang lain. Bukan apa, kadang-kadang Abah sendiri terleka dan melakukan perbuatan yang sama macam diceritakan. Semoga Abah boleh berubah dan mengamalkan sunnah Rasullullah SAW. InsyaAllah.

Kolum Dr Asri: Puasa dan adab makan



Apabila kita menyebut Ramadan, maka tidak boleh dipisahkan dari pelbagai jemputan berbuka puasa sepanjang bulan ini. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa ter…

Ku lihat hijau!!

Imej
Sempena bulan Ramadhan ni, Abah tukar background blog Abah dari hitam ke hijau. Hehehe.. Ok ke serabut?

Harap dapat beritau Abah yer.. Maklumlah Abah nih takde bakat seni, buta seni cakap omputihnya!, seni tidur tau laaa! kekeke

Ermm.. lagi pun hijau ini sejuk mata memandang. Warna kegemaran Rasulullah SAW.

Ok cerita lain pula! Alhamdullillah hari ini hari kedua kita semua dapat bersolat terawih, Abah pun dapat buat sama-sama dengan jemaah kat kawasan rumah Abah ni. Harap-harap lepas ini, Abah dapat pergi juga ke surau walaupun penat balik kerja bila hari bekerja nanti. Kalau boleh nak berjemaah sampai laa hari terakhir bulan Ramadhan ni. Korang macam mana? Sama-samalah kita buat ibadah banyak-banyak di bulan yang mulia ini. InsyaAllah

Zakat pun jangan lupa tau!! Alhamdullillah Abah dah settle kan awal-awal lagi!
Bagi yang nak tau berapa kena bayar, boleh rujuk panduan jadual zakat fitrah seluruh Malaysia tahun 2012 / 1433H ni..