Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel taska KBS

Jadi angkasawan pula?!!

Imej
Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap! Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe Abang kat belakang sekali tengah bagi burung makan - Sumber gambar dari sini Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!

Cikgu rindu dah!

Imej
Hari ni aku masih berkesempatan hantar Amrafahan ke sekolah... Cikgu cikgu dah tunggu Auni Auni Auni... sampai depan pintu cikgu cakap.. lamanya cuti... hehehe... Auni Auni Auni nampak cikgu jer terus peluk... rindu juga laa tu... alamak! gambar kabur laa pula!!

Pagilah pagi!!

Imej
Assalammualaikum dan salam pagi.. lamanya rasa tak update blog... huhuhu.... Hari ini pagi ni.. aku dapat hantar Amrafahan ke sekolah lagi.. Alhamdullillah sakit dorang tu dah susut dan beransur pulih. Setelah seminggu kena kuarantin di rumah pagi ni diorang pergi sekolah... tapi muka dorang macam pelik dan hairan sikit aku tengok.. hehehe... lama sangat duduk rumah jadi bila pergi sekolah macam kekok agaknya.. selepas salam dan cium diorang, cikgu dorang bawa masuk ke dalam bilik dorang.. tak tau kenapa sayu hati nih.. Mungkin lepas nih aku tak berpeluang nak hantar diorang pagi pagi lagi dah... tak bestnya.. hampir dua tahun aku hantar dorang, ambil dorang dari taska.. nanti tugas tu dibuat oleh supermama... walaupun kadang kadang pagi pagi macam kelam kabut, lambat, hangin, suka dan macam macam perasaan ada bila nak hantar dorang ke sekolah tapi semua tulah yang buat aku rindu... rasa rugi tak dapat pimpin tangan diorang pergi sekolah.. hantar dorang ke sekolah... ambil dorang da...

Muka kelat sungguh!

Imej
Tadi lepas solat jumaat aku dan wife hantar goodies dan kek untuk sambut birthday si Abang kat taska. Kebetulan pula pada hari ni ada lagi satu birthday kawan taska abang.. Kalau ikutkan tarikh birthday Abang dah lepas lama dah.. cuma tak bekesempatan buat sambutan untuk dia.. Kebetulan masa birthday AMR kami di Bukit Fraser.. Alhamdullillah hari ni dapatlah sambut birthday dia.. Tapi aku tak tau kenapa biasanya kalau nyanyi lagu birthday nih muka abang happy jer.. tapi hari ni kelat sungguh! Agaknya baru bangun tidur kot.. Takperlah janji sambut birthday dia.. masa nak tiup lilin kek tadi pun muka kelat jer... Aku dah rekod video baikkk punya tapi tak boleh save!! tekanan perasaan betul laa.. abis memori indah tu!! jadi dapat ambil gambar jer.. Auni Auni Auni pun ada.. depa semua tolong colek kek dengan jari.. hehehe Muka kelat!

Pergi Sekolah!!

Video Auni Auni Auni pergi sekolah!! Sekarang nih suruh diorang jalan sendiri jer.. tak payah naik stroller dah!! Bila turun kereta jer diorang tau dah nak hala ke mana... hehehe... Dah besar dah anak-anak abah nih!!!

Alhamdullillah kena saman!

Imej
AF jalan nak ke taska Pagi tadi aku hantar Auni Auni Auni ke taska seperti biasa laa... Hari ini AMRAFAHAN cantik sangat sebab Mama pakaikan baju raya tahun lepas, dulu masa pakai macam besar sangat, tapi hari ni nampak ok dah! Comel jer... Lepas hantar diorang ke taska, Abang Aqil dan Mama pun sampai, sebab tadi masa hantar Mama, Aqil ikut sekali, tapi tak sempat ambil gambar dia. Si abang lagi best, bangun tidur, lepas tu salin pampers lepas tu terus  nak pakai baju melayu, siap sampin lagi... apa daa... jadi mama layan  jerlah... hehehe

Aqil yang rajin tolong abah!

Imej
Hari ini macam biasa, selepas hantar mama pergi kerja, aku hantar anak-anak aku pergi taska. Aku hantar dekat Taska KBS, Putrajaya. Hari ini saje nak cerita pasal si Abang Aqil.. yelah kan blog ini pun dia punya nama juga! Sampai aje kat parking taska tu, aku dengan aqil turun kereta. Sementara aku keluarkan stroller dari bonet kereta si abang main pusing-pusing pokok.. sambil pusing dia cakap.. pusingg!! pusinggg!! hehehe lawak lah anak aku ni.. Lepas semua siap aku pun ajak si abang bergambar dulu dengan adik dia.. hehehe saja seronok-seronok! Nak suruh abang buat peace sign sebab dia baru dapat buat setelah sekian lama mencuba... adalah dekat 3 bulan baru nak jadi peace sign dia tu! hahaha... sekarang kalau suruh bergambar semua nak buat peace! Mama dia lah yang mengajar ni! hehehe... Takpe peace tu tanda keamanan kan! Lepas ambil gambar dengan adik-adik dia, aku minta si abang tolong tolak stroller adik dia... ermm... pandai dia tolak tapi jenuh lah! Dah lah pendek tak nampak...

Mama dan Aqil balik kampung...

Imej
Pada 27 Oktober 2010.. Opah, tok wan dan mak ngah nak pergi haji, jadi kami sepatutnya balik kampung kat Kubang Semang , Bukit Mertajam Pulau Pinang... tetapi disebabkan bos bagi cuti 25 hari jerr pastu dah habis pula tu... (err.. cuba bagi 360 hari kan best! tentu saya boleh balik kampung juga!) jadi, tak dapatlah aku balik sekali dengan wife aku... baliklah dia bersama Aqil menaiki bas ekpress transnasional ke Butterworth pastu ke KS... Jadi kesimpulannya, aku tertinggal bersama-sama Auni, Auni dan Auni... Duduk lah kami kat rumah berempat melakukan aktiviti panjat gunung dan sebagainya... hehehe... Lepas hantar mama dan Aqil kat Stesen Bas Bukit Jalil, aku dan auni dan auni serta auni pun balik rumah. Sampai rumah diorang dah tidur... aku angkat diorang dengan baby car seat sekali bawa naik ke bilik... konon-kononnya tak nak bagi diorang terjaga dari tidur laa.. Pastu aku pun baik punya landing... sedar-sedar dah pagi, hehehe... diorang tak menangis pun tidur dalam car seat tu...