Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2010

Malaysia VS Singapura

Imej
Malaysia VS Singapura... bukan pasal bola tapi pasal sampah! OK tak? Tadi aku tengok Channel News Asia, berita pasal pembuangan sampah selepas sambutan tahun baru di singapore. Berita tu compare kan pembuangan sampah semasa sambutan tahun baru 2010 dengan 2011. Pembuangan sampah pada 2011 kurang  dari tahun sebelumnya!! Ermm... pada pandangan peribadi aku ni, dari segi kebersihan aku kagum dengan kesedaran sivik penduduk Singapore... kalau nak dibandingkan dengan kita... ermmmmm susah mau cakap... aku harap penduduk Malaysia akan lebih peka pasal buang sampah merata-rata nih... tak kisah lah bila ada sambutan ke, tengah travel ke, buang sampah keluar dari kenderaan ke... Kesian bumi Malaysia nih... nanti anak cucu cicit korang juga yang nak dok sini... Bak kata selebriti singapore Gurmit Singh semasa sambutan tahun baru 2011 di Singapore.. "Enjoy your food! enjoy your drink! But do the right thing! with is! Bin your thrash!" Berita lanjut boleh baca kat sini .. kalau

Auni Haziqah dah boleh berjalan!!

Imej
Baru jer petang tadi aku buat entri pasal anak kembar no 2 AH aku ni boleh melangkah, klik sini untuk baca. Tadi lagi seminit sebelum masuk waktu solat Maghrib, AH dah berjalan... yelah lebih 3 langkah kira berjalan laa ye tak! Aku kira tadi lebih kurang 26 langkah dah dia berjaya buat hari ni... Lebih kurang 1 meter lebih lah dia berjalan... patutlah aku tengok dia bila panjat tangga lain macam jer terrer dari kakak dan adik dia... rupanya dia nak berjalan dulu dari dia orang... Tahniah sayang! Abah dan Mama happy sangat! Tak lama lagi abah akan berjaya menguruskan badan abah dengan mengejar korang 4 beradik.. huhuhu... Huhh! Semangat gila aku nak kurus!! kekeke Harapan aku, semoga Auni Auni Auni boleh berjalan pada bulan Jan 2011 nih... :) Jadi bolehlah dia orang berjalan bila kami bershopping nanti! Bolehlah abah berlari keliling mall kejar korang! Tu tak termasuk si Abang lagi... Yeahh!! Aku nak lebih kurus tahun ini!!! Apa tu? Waa waa bulan! Hiyah!! Dusyum! Dusyu

SAYA CADANGKAN...

Imej
Segmen tahun baru Bro Ben untuk malam ni aku nak join lah... macam simple jer... Maklumat lanjut bleh tengok sini .. Saya cadangkan nama Harimau Malaya dikekalkan...  Sebabnya ia adalah sekadar nama saje... ia sudah sinonim dengan dengan rakyat Malaysia sejak bertahun dulu lagi... Pada saya, tak kisah orang semenanjung ke borneo ker... kita mencintai negara Malaysia kita ni... tidak perlu dijadikan isu... Sekian terima kasih...

Auni Haziqah dah boleh melangkah!

Imej
Alhamdullillah pada tahun baru ni, Auni Haziqah dah boleh melangkah... bak kata orang putih first step ... kalau tak silap jam 12.30 tengahari tadi... Hari tu kakak dia Auni Faqihah dah dapat first step , sekarang ni tunggu si adik pula... bila laa agaknya yer... jeng.. jeng.. jengg... Semoga dia orang nih boleh berjalan dengan cepat... tak sabar abah nak kurus kejar korang! kekeke!! Errmm.. ni lah budak yang dah dapat first step tu... :)

Terima kasih Nuffnang!! B.E Pertama AMRAFAHAN

Imej
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah, akhirnya yang ditunggu-tungu muncul juga! Dua bulan juga laa tunggu... Sabar itu separuh dari Iman... Permulaan tahun baru 2011 yang best sekali! Errmm... entry pertama di tahun baru ni berkisahkan Nuffnang ... hehehe... I like!!! Pagi ni aku  buka Nuffnang aku, saja laa nak tengok-tengok statistik... buka kat tab earning, mataku terpandang kat tulisan ni Pendapatan Terumpuk, walaupun tak banyak tapi aku tetap  bersyukur, sikit-sikit lama-lama jadi jutawan! hehehe Amin.... Terima kasih kepada En. Penaja iaitu Celcom X-Pax . Sudilah kiranya menghadirkan dirimu di blog ini selama-lama nya! B.E pertama di blog AMRAFAHAN  membuatkan aku teramat gumbira yang amat sangat! Bertambah semangat  aku nak berblog nih... Pada sahabat-sahabat diluar sana, silalah support blog aku ini yer! Rajin-rajin lah buka dan baca lepas tu komen yer!! Hehehe... ada laa duit jajan untuk anak-anak-anak-anak aku... hehehe... Teima kasih  yang infiniti kepada semua kawa

Auni Auni Auni mengamuk!!

Imej
Hari ni hari aku menjaga AMRAFAHAN . Wife aku kerja. Petang tadi Auni Auni Auni mengamuk sakan... aku pun tak tau kenapa... bangun tidur jer terus mengamuk... Mula-mula AN dulu, pastu AF pastu AH... huhuhu... semua menangis beria-ia.. paling kuat menangis dan menjerit si AF, si AN ni menangis terus menerus.... AH menangis tapi paling cepat berhenti dan paling relax... Aku nak kena ada depan mata dia orang... aku masuk bilik air, mulalah si AF ni menjerit sekuat hati menangis mengamuk! Si AN pun sama menangis tapi tak sekuat AF, Si AH dah cari botol susu sendiri lepas tu minum sendiri.. dia dah berenti menangis... Si Abang tidur kat bawah.. penat layan cerita Upin Ipin agaknya... Lepas aku keluar bilik air si AF dan AN dan ada kat pintu bilik air... buka pintu terus nampak dia orang.... dua-dua menangis... Apa aku buat? Aku buat relax jerlah... cuba dukung, timang-timang... kot-kot boleh berhenti menangis... tapi tak berhenti juga... so aku mandikan dia orang tukar pampers kot-kot t

Kawan aku dah semakin pulih!

Imej
Ingat tak aku ada buat entry pasal member aku salah seorang mangsa kebakaran kat pelantar di terengganu hari tu? Hehehe... kalau tak ingat boleh baca kat sini . Alhamdullillah tadi aku baca fb dia, dia dah semakin pulih, setelah 17 hari dimasukkan wad akibat melecur di muka, dan kedua-dua belah tangan. InsyaAllah minggu depan dia dah boleh keluar.. To Jawa / Zamri, Moga kau cepat sihat dan sembuh! Kawan-kawan kat sini sentiasa mendoakan kesihatan kau! Banyakkan rehat dan ikut nasihat doktor, kesian kat keluarga kau!!

Cara-cara untuk menaikkan traffic kat blog korang!!! Mudah jer!

Imej
Assalammualaikum kawan-kawan! Waahhhh!!! Terima kasih pada   ||aleasara||   sebab bagi idea n cara nak naikkan traffic aku dan korang!! Meh ler kita buat sama-sama... semoga dapat meningkatkan iman didada... :) dan traffic korang!! Yee haa!! (Entri ni copy & paste) Haa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah. Cara nya begini: 1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. 2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda. 1.  ABCMILO 2.  matdin 3.  MSR @Blogger 4.  tengku nizam 5.  mizz shizu 6.  Myself V3 Me & 7.  Blog Hanz 8.  BeMie's WoRLd 9. 

AMRAFAHAN Melepak di kedai mamak!

Imej
Kecil-kecil lagi dia orang dah melepak kat kedai mamak! Hadoii yaii... bukan aku yang ajar, sebabnya nak jumpa  atok sedara dia orang kat sini... Yang bestnya, dia orang dah pandai duduk kat baby chair... Lepas duduk, tepuk-tepuk meja beramai-ramai!! Macam kat parlimen pula tepuk tepuk meja nih! hehehe. Kalau pergi makan kat luar kami mesti nak 3 baby chair... nasib laa setakat nih kedai yang kami pergi makan cukup baby chair nya.... hehehe Alhamdullilah Auni Auni Auni tak banyak ragam... cuma abang dialah... nak bulat-bulat lah (lukis bulat banyak-banyak)! nak turun lah... nak main sudu garfu lah huhuhu... Minta-minta bila AF, AH, AN dah besar tak banyak ragam... Amin.. huhuhu... tapi sekarang nih... bunga-bunga keragaman tu dah ada... dia orang dah pandai... dah boleh fikir... Kalau serentak meragam nye... errmm... tak boleh bayangkan lagi!!! Meh tengok gambar dia orang nih! Minum horlick anda jadi sihat dan kacak! hehehe Tocang Upin! Apa aku nak order ni ye? Ma

JUMAAT 31 DIS 2010 - CUTI UMUM

Imej
Tahniah Malaysia! Sumber Gambar oleh Berita Harian Terima kasih pasukan Malaysia!! Kerana mu kita bercuti umum hari Jumaat (31/12/2010)!! Seperti yang dijangka oleh ramai orang.... PM dah umumkan dah!!! Hahaha... seronoknya!! Sesiapa nak balik kampung, esok lepas kerja dah boleh balik dah!!! Tengok sini sumber Berita Harian Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum 2010/12/30KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Perangai Auni Auni Auni

Imej
Hari ni, nak cerita pasal perangai dia orang, serba ringkas jer... Perangai Auni Faqihah Kuat merajuk, kalau dia merajuk aku suka tengok, kacau dulu lepas tu baru pujuk... Dah boleh berdiri, imbang badan,  Selera makan yang bagus.. baik untuk perkembangan dia Pandai panjat tangga rumah Manja Pandai memuncungkan mulut Pandai panjat sofa tapi tak reti turun Senang ketawa Perangai Auni Haziqah Jarang merajuk Paling terrer panjat tangga, kalau terlepas pandang, dia dah ada kat tengah-tengah tangga Kalau makan, akan rasa dulu sikit, kalau ok baru makan, kalau tak, mulut muncung mencebek.. Kalau naik tangga, suka menjerit beritau yang lain ikut sama naik tangga, pas tu yang lain ikut jer! Sekarang paling laju merangkak Pandai panjat sofa dan terrer turun balik Senang ketawa Perangai Auni Naqibah Paling relax Tapi sekarang, dah pandai minta kena dukung, bangun tidur jer tengok orang nak, pastu minta dukung! Pandai panjat sofa dan reti turun balik Terrer juga naik tangg