Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 16, 2011

Cara mudah nak Blogwalking di List Blog Ben Ashaari

Imej
hyperlink tq Google Cara mudah nak blogwalking di senarai blog Ben Ashaari Kan kalau kau orang tengok list dia sampai 600 lebih dah kan! Lepas tu tak boleh nak link sebab takde hyperlink. Just plain text jer.. So aku nak ajar cara nak buat semua list tu jadi hyperlink dalam sekelip mata... Jenuh laa kan nak copy paste 1 1 kan.. muntah nak habis.. ni cara aku la... mungkin ada lagi mudah bolehlah ajar yer... share-share.. tak baik kedekut ilmu ni.. :) Ok mula-mula, Copy semua link yang ada kat list tu /Select All ke Control A ke.. reti tak? Lepas tu buka email korang, compose new email, aku guna Gmail senang sikit.. yang lain pun boleh agaknya,... hehehe tak sempat test.. tapi aku rasa boleh.. Lepas tu paste kan segala yang ko copy tu kat ruang kosong email tu. Lepas tu send kan kepada diri sendiri, email korang jugaklah.. TADAA!!! Dah jadi hyperlink semua! senang laa nak Blogwalking kan! Ok lagi satu nak ajar... kalau korang klik sesuatu link tu kadang-kadang dia akan buka

Gambar Kembar 3 berkelah lagi!

Imej
Sebelum ni aku ada buat entri pasal nak pergi mandi laut ni.. boleh baca kat sini.. Cerita 1 Cerita 2 Ni cerita 3... Ni gambar-gambar semasa berkelah kat PD hari Khamis lepas... gambar ni menceritakan kesemuanya!! Singgah R&R Seremban Makan Pagi! Baru sampai. Berkelah kat belakang Kayns Resort PD Konon-konon si Aqil tu nak mandi laa.. Best woo tempat ni... angin sepoi-sepoi bahasa! Penyediaan tempat bakar Makan dulu! Menu permulaan Ikan sotong udang Ikan terbakar yer! Bukan ikan bakar.. hehehe Ayam pula! Daging bakar pula! Kena duduk dalam khemah! Kalau tak habis semua dia orang punggah! Dipaksa mandi! Hahaha.. Masa ni tak pakai apa-apa! Hehehehe Baru nak pakai CD, ganti semua mandi Anak buah dan adik saya Gemuk pun boleh lompat! Aqil takut mandi laut! Paut taknak lepas! Sudahnya mandi laut macam ni! Selepas mandi laut, tanak keluar dari khemah, tempat yang selamat! Sepupu wife dan suaminy

Si Abang Aqil kena dera...

Imej
Kesian nya anak aku nih... kena dera dengan kawan-kawan abah dia... Sayu hati aku..... Hehehehe... biasanya dulu kalau marah aqil, mama dia akan letak dalam mesin basuh nih laa.. nak bagi dok diam bila mama dia buat kerja kat dapur... Cuba tengok rupanya tu?! Sedih sangat laa tuh! huhuhuhu.. anak abah.. anak abah... Lepas dok dalam mesin tu dia diam aa... pastu siap main-main lagi dalam tuh.. hehehe Sian anak abah nih! Hehehe... hingus! Tapi terrer main bowling nih! Bowling mainan aaa! masa ni kawan-kawan opis datang melawat.. aku tak ingat pasal apa.. lupa aa... lepas tu sembang-sembang keluar cerita letak dalam mesin basuh nih.. tu yang diorang angkat aqil letak dalam mesin basuh tu lepas tu ambil gambar! saje jer!! keekekek

Auni Auni Auni Pergi sekolah!

Imej
Salam sejahtera! :) hehehe... Hari tu masa nak hantar Auni Auni Auni pergi sekolah, wife aku pakaikan baju gaun kat Auni Auni Auni... comel pula aku tengok! Lepas tu letak dalam kereta memanjat-manjat dia orang... ermm... apa lagi! Aku ambil gambar laa.. Suka dia orang ni panjat-panjat! Auni Haziqah: Stim jer mata anak aku nih! Hi Abah! Memang terrer memanjat dia orang nih! Dari kiri Auni, Auni dan Auni hehehe... Tengok sini laa! Abah nak ambil gambar nih! Jenuh panggil tengok Abah tapi buat tak layan jer! Dari kiri Auni Faqihah dan Auni Naqibah