Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bacaan ringan

Cerita Duka dari Gangnam!

Kisah ini Abah baca kat FB SIL Abah, kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini. InsyaAllah.  Jika memberi manfaat kongsi-kongsilah kisah ini. ************************************* via Zati Akhtar: KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,"Tuan, boleh ...

Baju Peliklah!!!

Imej
Tadi. Abah dengan kawan pergi bank kat Puchong Jaya, masa parking depan kedai tu terbaca laa iklan kat kedai baju nih.. Bila baca rasa pelik jer... Aku salah baca ke iklan tu yang salah.. Baca dua kali tau! Takut silap!! Siap ambil gambar lagi!! Haa tengoklah gambar tu!! Pelik kan?!! Hehehe

Dulu paderi sekarang pendakwah Islam!

Imej
Selingan sikit yer! Minggu lepas Abah solat maghrib kat surau As Syakirin Sekolah Menengah Presint 14 Putrajaya. Surau ini memang dah jadi surau untuk penduduk-penduduk area taman abah berjemaah sementara menunggu surau taman siap. Kebetulan yang datang bagi kuliah maghrib hari tu Ustaz Farhan Abdullah Al Hafiz. Abah mula-mula tak perasan nama ustaz ni, bila bila dengar dia bercerita barulah abah teringat pernah mendengar kisahnya sebelum ni cuma tak bertemu empat mata. Ya Allah Maha Besar, abah bersyukur berpeluang berjumpa dengan insan yang hebat ini. Kerdil jer rasa diri ini bila nak dibandingkan dengan ustaz ini. Kita sejak kecil memang dah Islam, tapi Ustaz ini bila dah besar baru diberi hidayah oleh Nya dan menjadi lagi hebat dalam Islam berbanding kita yang Islam sejak azali ni.. Seronok mendengar ceramah ustaz malam tu, sampai abah mengalirkan air mata apabila ustaz tu membacakan doa diakhir kuliahnya. Abah ada buat rakaman video kuliah ustaz ni, tapi suara tak berapa jelas...

Awan burung!

Imej
As salam, tadi aku belek belek fb geng kembar Sis Ida, lepas tu tertarik dengan gambar dia.. Gambar awan berbentuk burung! Macam helang kan? yang tengah lebarkan sayapnya! MasyaAllah Kuasa Allah.. Kerdil sungguh diri kita nih!.. Awan Burung Takziah pada Allahyarham Dr Lo'Lo' yang meninggal dunia kira kira jam 10:15 malam tadi. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al Fatihah

Betul ke korang nak kembar? sambungan..

Assalammualaikum dan salam petang.. aku nak sambung pasal entri aku hari tu. Klik sini untuk baca. Macam mana dari segi kewangan, bila ada anak kembar ni? Terus terang dari segi kewangan untuk orang macam aku kerja kontrak gomen ni, agak terhad. Pernah terfikir semasa wife aku mengandungkan kembar, nanti nak hantar anak ke mana? taska ke? pengasuh ke? jaga sendiri ke? Disebabkan wife aku kerja tetap gomen, sayang laa nak suruh dia berhenti untuk jaga anak empat orang.. baik aku yang berhenti kerja sebab aku kerja kontrak jer.. bila bila masa aku boleh diberhentikan. Untuk pengetahuan korang, aku dan wife kurang mempercayai orang gaji, betul duit taska yang aku bayar sekarang boleh bayar untuk dua orang gaji.. kalau amik sorang orang gaji betul ke dia boleh jaga anak kita empat orang nih? kembar lak tu.. kadang kadang kita sebagai mak bapak nih pun terlepas juga ketensenannya apa lagi orang lain yang tiada kaitan.. Jadi aku decide baik hantar ke taska tempat aqil bersekolah. setakat h...

Betul ke korang nak kembar?

Assalammualaikum.. Dari komen komen yang aku baca kat blog aku dan blog kawan kawan kembar.. ramai terutamanya wanita teringin nak anak kembar.. ada nak kembar 2, kembar 3, kembar 4 pun ada... Aku bercakap.. eer.. menulis.. err.. menaip nih berdasarkan pengalaman aku sendiri yer.. harap jangan ada yang terasa hati ke apa ker.. Tapi korang dah bersedia ke? Mental? Kewangan? Fizikal? dan lain lain?

Cerita Sebelum Mati!!!

Imej
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.