Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dikebumikan

Jenazah abah izz selamat dikebumikan

Imej
Selepas aku dapat tau, yang jenazah arwah akan dikebumikan di USJ, Subang, aku call member-member lain untuk pergi melawat jenazah. Selepas maghrib, kami bertolak dari Putrajaya ke Masjid Al Falah USJ, Subang. Sampai di sana, kami solat Isyak dahulu. Selepas itu kami tunggu jenazah arwah sampai. Jenazah tiba di perkarangan masjid jam 10.45 malam dari Terengganu. Sempat berjumpa dengan abang kandung arwah , bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu arwah dimandikan dan dikafankan. Selesai semuanya dalam pukul 12.00 tengah malam. Selepas itu kami sahabat-sahabat arwah bersama keluarga arwah, menyembahyangkan jenazah.