Sabtu, 5 Mac 2011

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 5

Maaf yer terlambat update, hari ni bz sikit sebab jaga AMRAFAHAN, mama dia orang kena kerja hari ni. Lepas masak bubur, bagi dia orang makan, lepas dia orang main lepas tu bagi susu, sekali dengan abah dia orang tertidur... huhuhuhu...

Oklah kita sambung lagi yer.. Pada yang baru baca boleh mula kat sini, Siri 1

Soalan Ke Sembilan

Apakah cabaran yang perlu dihadapi bg ibu bapa yang ada anak kembar?

Cabaran awal yang ketara
i. nak dapatkan rentak perangai anak2 kembar
ii. tak tido malam (kurang) sebab masa menyusu yang lama. (kena bergilir2 kalau nak tido)
iii. kalau dapat kembar seiras, cabaran besar ialah proses PENGECAMAN wajah ler..
iv. bersedia menjawab soalan bertubi2 dari semua pihak termasuk ahli keluarga.
v. menyediakan perbelanjaan yang mencukupi bagi membeli barang keperluan asas bayi seperti susu dan lampin pakai buang.
--- orang beranggapan susah nak jaga kembar sebab pengalaman menjaga seorang anak kadang kala agak mencabar. Tapi Allah Maha Adil, semuanya dipermudahkan olehNya.
Untuk bayi pra matang, penjagaan kena lebih teliti, terutamanya bab-bab kebersihan, silap sikit anak akan cirit-birit atau mudah dapat sakit. Berat badan akan cepat turun.
Lepas tu kena bersedia berulang-alik ke hospital atau klinik. Seminggu mungkin sampai 4 kali pergi hospital dan klinik. (Pengalaman sendiri ni! Bila masa aku nak kerja?) hehehe.. Dan tiap-tiap bulan kena pergi ke hospital dan klinik untuk pantau pembesaran bayi. Untuk anak kembar kami, tiap-tiap bulan kena ambil darah ditangan semasa awal-awal kelahiran dulu, sehinggakan menjadi parut tangan dia orang bekas kena cucuk dengan jarum nak ambil darah. Kasihan juga, tapi kami reda, janji yang terbaik untuk kembar. Biasanya bayi pra-matang ni, si ibu akan kurang susu, sebab belum cukup masa sepenuhnya, jadi perlu susu formula untuk bayi pra-matang, harganya pun boleh tahan juga. Lagi la kena cukupkan untuk 3 orang. Alhamdullillah kami dapat lalui fasa tersebut. Anak-anak dah sihat dan sekarang ni kena naikkan berat badan dia orang dengan lebih dari sebelumnya. Berat badan tiap-tiap bulan memang naik, tapi sangat sedikit. Kami dinasihatkan oleh doktor untuk bagi berat dia orang naik lagi... InsyaAllah kami usahakan.

Soalan Ke Sepuluh

Nasihat kepada ibu bapa yang bakal melahirkan anak kembar?

Bersedia dari segi mental dan fizikal. dan juga kewangan. Keperluan tu boleh diagak tidak perlu berlebihan kerana bayi cepat besar, contohnya pakaian, mungkin hanya sekali dua jer bayi pakai lepas tu tak muat dah.
jgn terlalu risau atau fikir yang bukan-bukan. Banyakkan membaca. Utamakan penyusuan bayi, lagi bagus kalau dapat susu badan. Kalau terpaksa campur, lebihkan susu badan, sebab susu ibu adalah yang terbaik untuk anaknya! 
Mental- jangan cepat tertekan dan kejung-kejung... tak baik untuk diri sendiri dan bayi. Kawal emosi, memang diakui kadang-kadang stress juga, tapi cuba kawal.

Fizikal- kena sihat dan tak lemau, sebab nak bangun malam-malam nak bagi susu or buat susu, kadang-kadang 1 malam kena bangun 3 4 kali. kadang-kadang dapat tidur sekejap jer, Bila anak dah besar sedikit, tangan dan kaki kena kuat sebab nak dukung dia orang... hehehe pengalaman sendiri ni... 

Kewangan- kena sediakan keperluan asas mencukupi seperti susu, diapers dan barang mandian dia orang. Sebab sekarang macam kami susu 1 kg hanya bertahan 2 hari sahaja. Kena pandai-pandai bajet dan kena cari kedai yang murah serta beli borong..


Oklah... rasanya sampai sini kot.. nanti aku buka segmen soal jawab dengan Amrafahan yer!

3 ulasan:

Jamiel berkata...

saya respect awk...
saya yang satu ni pun dah susah..

Citarasa Rinduan berkata...

insyallah..satu hari nanti en jamiel sure dapat lagi...

baru married, mmg agak sukar bila dah muncul orang baru kan??

yaya_flanella berkata...

terharunya baca.. :')
dah besar ni mungkin diorang tak banyak kerenah. cuma nak melalui fasa masa diorang baby tu mesti kena banyak bersabar kan.. respect..

exabytes unlimited