Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Auni Auni Auni mengamuk!!

Imej
Hari ni hari aku menjaga AMRAFAHAN . Wife aku kerja. Petang tadi Auni Auni Auni mengamuk sakan... aku pun tak tau kenapa... bangun tidur jer terus mengamuk... Mula-mula AN dulu, pastu AF pastu AH... huhuhu... semua menangis beria-ia.. paling kuat menangis dan menjerit si AF, si AN ni menangis terus menerus.... AH menangis tapi paling cepat berhenti dan paling relax... Aku nak kena ada depan mata dia orang... aku masuk bilik air, mulalah si AF ni menjerit sekuat hati menangis mengamuk! Si AN pun sama menangis tapi tak sekuat AF, Si AH dah cari botol susu sendiri lepas tu minum sendiri.. dia dah berenti menangis... Si Abang tidur kat bawah.. penat layan cerita Upin Ipin agaknya... Lepas aku keluar bilik air si AF dan AN dan ada kat pintu bilik air... buka pintu terus nampak dia orang.... dua-dua menangis... Apa aku buat? Aku buat relax jerlah... cuba dukung, timang-timang... kot-kot boleh berhenti menangis... tapi tak berhenti juga... so aku mandikan dia orang tukar pampers kot-kot t

Kawan aku dah semakin pulih!

Imej
Ingat tak aku ada buat entry pasal member aku salah seorang mangsa kebakaran kat pelantar di terengganu hari tu? Hehehe... kalau tak ingat boleh baca kat sini . Alhamdullillah tadi aku baca fb dia, dia dah semakin pulih, setelah 17 hari dimasukkan wad akibat melecur di muka, dan kedua-dua belah tangan. InsyaAllah minggu depan dia dah boleh keluar.. To Jawa / Zamri, Moga kau cepat sihat dan sembuh! Kawan-kawan kat sini sentiasa mendoakan kesihatan kau! Banyakkan rehat dan ikut nasihat doktor, kesian kat keluarga kau!!

Cara-cara untuk menaikkan traffic kat blog korang!!! Mudah jer!

Imej
Assalammualaikum kawan-kawan! Waahhhh!!! Terima kasih pada   ||aleasara||   sebab bagi idea n cara nak naikkan traffic aku dan korang!! Meh ler kita buat sama-sama... semoga dapat meningkatkan iman didada... :) dan traffic korang!! Yee haa!! (Entri ni copy & paste) Haa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah. Cara nya begini: 1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. 2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda. 1.  ABCMILO 2.  matdin 3.  MSR @Blogger 4.  tengku nizam 5.  mizz shizu 6.  Myself V3 Me & 7.  Blog Hanz 8.  BeMie's WoRLd 9. 

AMRAFAHAN Melepak di kedai mamak!

Imej
Kecil-kecil lagi dia orang dah melepak kat kedai mamak! Hadoii yaii... bukan aku yang ajar, sebabnya nak jumpa  atok sedara dia orang kat sini... Yang bestnya, dia orang dah pandai duduk kat baby chair... Lepas duduk, tepuk-tepuk meja beramai-ramai!! Macam kat parlimen pula tepuk tepuk meja nih! hehehe. Kalau pergi makan kat luar kami mesti nak 3 baby chair... nasib laa setakat nih kedai yang kami pergi makan cukup baby chair nya.... hehehe Alhamdullilah Auni Auni Auni tak banyak ragam... cuma abang dialah... nak bulat-bulat lah (lukis bulat banyak-banyak)! nak turun lah... nak main sudu garfu lah huhuhu... Minta-minta bila AF, AH, AN dah besar tak banyak ragam... Amin.. huhuhu... tapi sekarang nih... bunga-bunga keragaman tu dah ada... dia orang dah pandai... dah boleh fikir... Kalau serentak meragam nye... errmm... tak boleh bayangkan lagi!!! Meh tengok gambar dia orang nih! Minum horlick anda jadi sihat dan kacak! hehehe Tocang Upin! Apa aku nak order ni ye? Ma

JUMAAT 31 DIS 2010 - CUTI UMUM

Imej
Tahniah Malaysia! Sumber Gambar oleh Berita Harian Terima kasih pasukan Malaysia!! Kerana mu kita bercuti umum hari Jumaat (31/12/2010)!! Seperti yang dijangka oleh ramai orang.... PM dah umumkan dah!!! Hahaha... seronoknya!! Sesiapa nak balik kampung, esok lepas kerja dah boleh balik dah!!! Tengok sini sumber Berita Harian Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum 2010/12/30KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Perangai Auni Auni Auni

Imej
Hari ni, nak cerita pasal perangai dia orang, serba ringkas jer... Perangai Auni Faqihah Kuat merajuk, kalau dia merajuk aku suka tengok, kacau dulu lepas tu baru pujuk... Dah boleh berdiri, imbang badan,  Selera makan yang bagus.. baik untuk perkembangan dia Pandai panjat tangga rumah Manja Pandai memuncungkan mulut Pandai panjat sofa tapi tak reti turun Senang ketawa Perangai Auni Haziqah Jarang merajuk Paling terrer panjat tangga, kalau terlepas pandang, dia dah ada kat tengah-tengah tangga Kalau makan, akan rasa dulu sikit, kalau ok baru makan, kalau tak, mulut muncung mencebek.. Kalau naik tangga, suka menjerit beritau yang lain ikut sama naik tangga, pas tu yang lain ikut jer! Sekarang paling laju merangkak Pandai panjat sofa dan terrer turun balik Senang ketawa Perangai Auni Naqibah Paling relax Tapi sekarang, dah pandai minta kena dukung, bangun tidur jer tengok orang nak, pastu minta dukung! Pandai panjat sofa dan reti turun balik Terrer juga naik tangg

Bro Ben follow AMRAFAHAN!

Imej
Waa.. pagi ni buka blog, ingat nak buat entry pasal perangai anak-anak... ermm.. sekali tertangguh daa... sebabnya ternampak Bro Ben Ashaari mengfollower AMRAFAHAN.. terharunya! Dia pengfollow yang ke 243... Blogger hebat seperti Bro Ben sudi ikut cerita-ceriti kat sini!!Terima kasih bro!! Kau orang boleh tengok website dia yang sempoi-sempoi nih!! Ben Ashaari Ben Ashaari 2 dia banyak buat segmen yang boleh membantu meningkatkan trafik korang!! Suka suka suka!!! TQ Bro! Terima kasih atas semua ilmu-ilmu blog mu itu! Cewahh!! Ni header glamer Bro Ben, korang mesti biasa tengoklah!!!

Minit ke 74! Tiga langkah pertama!

Imej
Waa... semua orang pun cerita pasal bola! aku pun nak cerita juga la! Tapi ciput jer.. lain pasal minit ke 74.. yeye je aku minit pasal minit ke 74... Sebelum tu, Tahniah kepada pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya sebab berjaya membenam pasukan Indonesia 3 berbalas 0.. cewahh bahasa pengulas laa plak! Moga dapat kekalkan rentak permainan bila bermain di Indonesia pada Rabu nanti... Semoga Malaysia berjaya memenangi Piala Suzuki AFF. Apa yang terjadi masa minit ke 74? Lebih kurang jam 9.40 malam tadi.. Ermm.. Alhamdullillah anak aku kembar no 1, Auni Faqihah dah boleh berjalan 3 langkah pertama!! Tapi selepas tu dia cuba lagi tapi tersembam... terus merajuk tak nak berjalan lagi.... huhuhuu... Ini adalah sesuatu yang aku dan isteri tunggu! Ye lah kan.. diorang kan lahir tak cukup bulan... so, perkembangan diorang sedikit lambat... Kalau ikut umur sebenar, bulan 1 2011 ni, barulah genap setahun, tapi kalau ikut umur lahir sekarang dah setahun sebulan... Ni lah budaknya yang berja

500 BLOG !

Imej
Sempat ke aku join segmen baru bro ben ni! Try jelah! Bukan susah pun... Seorang abah yang ada empat anak, 3 kembar perempuan berumur setahun dan seorang lelaki 2 setengah tahun.. Kerja di MOE tapi bukan cikgu... sebab aku buat sekolah untuk cikgu dan anak murid... errr... bukan aku buat... kontraktor yang buat sebenarnya.. aku tukang tengok jer.. kekeke... Tujuan aku wat blog ni sebab ikut member lepas tu jadi ketagih plak!! dapat ramai kawan dan ilmu baru... lepas tu dapat jumpa ramai geng kembar!! aku suka!!! Sekian terima kasih... :)