Isnin, 14 Januari 2013

Tiupan Ajaib! Hembusan Misteri!

Betul! Memang terjadi betul-betul! Abah pun tak sangka! Hehehe. Tau tak korang apa dia tiupan ajaib?

Ok, Abah bagi situasi. si Adik kaki dia sakit terlanggar benda. Lepas tu dapat nangis-nangis mengadu kat Abah sakit kaki... Abah amik kaki dia tu, gosok sikit-sikit lepas tu baca bismillah lepas tu tiup! Hehehe Tiba-tiba jer si Adik boleh berenti menangis! Haaa.... dah tak sakit dah! Ajaib kan!! Hebat tak Abah?!!! Hehehe

Si Angah mengadu sakit mata, gatal-gatal. Abah pun tengok mata dia, baca bismillah sikit lepas tu tiup terus baik! Hilang gatal! Kejap jer.. lepas dia main kejap dia datang balik mengadu gatal. Tiup balik! Hembus laa pelan-pelan! Lepas tu terus ok! Hehehe kan ajaib kan!!!

Si Kakak mengadu sakit kepala terhantuk, menangis tak berenti-renti! Abah datang pujuk gosok-gosok kepala lepas tu tiup err.. hembus kuat-kuat! Lepas berapa ketika terus diam! Dah sihat dah kepala dia! Hehehe Hebat tak?! Hebat tak Abah?!

Sebenarnya anak-anak tu nak perhatian kita, kadang-kadang tak cakap orang lain laa.. Abah sendiri ter ignore anak tu... mungkin sebab penat ke apa.. tapi diorang tu masih kecil! Apa yang diorang tau kan?! Mudah-mudahan lepas nih, Abah nak jadi lebih baik dari sebelum nih! Harap-harap bolehlah berubah! Huhuhuhu... InsyaAllah... <mood sedey> bila teringat balik perbuatan Abah pada AMRAFAHAN! insaf!!! Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikan aku sebaik-baik ayah untuk anak-anakku! Amin... sob.. sob.. sob....













Nota Kaki Abah:
Jom lawat blog member Abah! Klik sini dia jual macam-macam! Dari kain pasang, telekung bawak ke pakaian sukan!!

exabytes unlimited