Rabu, 28 Disember 2011

Perokok lelaki itu!

Orang laki nih jangan dilarang.. lagi nak buat... lain kali suruh jer.. "abang, silalah rokok lagi banyak2 yer.. saya dan anak2 seronok hidu asap rokok abang nih! boleh dapat penyakit! best tau abang! lagi best kitorang mati sebab rokok abang nih! nah amik duit ni beli rokok banyak2 tau! lepas tu hisap hembus depan kitorang! seronoknya!!! buat tau buat tau! janji!!!!! abang hisap kat luar rumah tau! hisap jer dalam rumah! kalau hisap kat luar rumah asap tu pergi kat orang lain.. sedih tau tak dapat bau asap rokok abang nih!!! plissssssss!!!! yer intan payung manja cik abang ku sayang!!! hehehe



**Nota kaki abah
Abah tak merokok! hehehe
** Nih komen yang abah taip kat fb sebab seorang isteri merasa tekanan dengan suami yang merokok berjanji nak berenti merokok tapi tak berenti-renti juga!

Source Google My No Smoking

Tahniah Mama AMRAFAHAN!

Semalam pagi err.. ker pagi semalam aaa??!! arghh semalam punya pagi laa.... Mama dapat call dari pejabat dia menyatakan dia dapat naik gred dan diminta lapor diri ke Kementerian Kesihatan. Tapi disebabkan masih bercuti dan berada di kampung, baru hari ini Mama dapat lapor diri di KKM Putrajaya. Abah tumpang gembira laa.. Alhamdullillah rezeki anak anak anak anak anak... ehh... empat anak jerlah.. terlebih sudah! kekeke... tapi lapor diri kat HQ KKM kena hantar mana-mana tak?

Abah ingatkan Mama ditempatkan kat HQ jer.. tapi tadi Mama call Abah tanya abah, kalau Temerloh dekat dengan Seremban tak? Aaaaaaaaaa...... TEMERLOH!! ermm.... jauhnya!! Kena hantar sana ke? Mama kata yang ada kosong Pahang, Penang dan Perak jer.. Abah pun macam blur-blur tak boleh nak buat keputusan masa tu.. sebab HQ nak tau jawapan hari ini juga! Mama kata Abah fikir dulu nanti telefon balik..

Abah pun buka laa google map cari jalan Seremban ke Temerloh... ermm boleh tahan juga jauhnya.. tengah blur-blur tu, Mama call kata Penang dah penuh, Perak kat Ulu Kinta dan ada kat Kedah dan ada juga kosong kat HQ. Sembang-sembang dengan Mama, dia kata nak duduk Perak tapi nak tanya dulu kuaters dan taska kat sana. Bila Mama dah call, kuaters tu ada tapi kena duduk apartment lepas tu taska kena cari, waa... Abah kata tak payah laa.. Mama pun setuju sebab bercinta betul kalau nak pindah ke apartment nih! cukuplah sekali dulu! kurus kejap abah masa tuh! kekeke mula-mula kahwin duduk rumah sewa teres lepas tu dapat kuaters apartment pindah pula apartment dah sedap-sedap duduk apartment dapat pula teres lepas tu pindah kuaters teres... perhhhh menangis siot!! memang kurus aaa 2 kilo!! ehh cerita pindah pula... err ada kaitankan?! lantak! kekeke ehh kata mana tadi lupa laa pulaa jap nak baca balik.. err ok sambung.. sudahnya Abah cakap dengan Mama stay jerlah Putrajaya walaupun tempat kerja tu suam-suam kuku! yang buat tempat tu suam ke suram ke kita kan! Kalau kita reda dan terima sesuatu yang baru tu dan cuba absorb suasana baru insyaAllah semuanya ok kan! Harap-harap Mama dapat macam tu lah! Buat sementara nih, AMRAFAHAN akan kekal di taska yang sama, sebab bukan senang nak cari taska yang boleh terima empat orang budak sekaligus! Lagipun cikgu-cikgu kat taska tu baik-baik dan pandai jaga diorang lagi-lagi kembar! 

Kalau pindah jauh, Abah kompom nangis punya! huhuhu jauh dengan anak-anak! lagi pun boleh ke Mama handle AMRAFAHAN seorang diri?! Boleh tu boleh laa tapi Mama akan bertukar menjadi resakse gorgon! tukar jadi otomen dan juga tarzan! kekeke.. budak mama jangan marah kalau baca yer! sayang mama! kekeke

Buat masa sekarang nih biarlah abah ulang-alik Seremban - Putrajaya.. kalau Mama pindah Perak.. jenuh nak ulang alik! huhuhu InsyaAllah ada rezeki mungkin naik gred lagi Mama boleh pindah ke Seremban atau mana-mana abah kerja nanti! sebab kerja abah pun tukar-tukar juga! paling lama 5 tahun lepas tu mesti kena tukar, paling cepat 3 tahun... entahlah! buat masa nih Abah lebih suka Mama kekal kat Putrajaya, senang nak buat apa-apa urusan sementara masih boleh nih.

Buat Mama, selamat kerja di tempat baru, moga dapat tempat kerja yang best dan rakan kerja yang mabeles, dapat tingkatkan skill dan lain-lain lah! Tahniah Mama! Sayang Mama dan AMRAFAHAN!

exabytes unlimited