Tidur juga akhirnya!

Semalam disebabkan Mama sakit mata, abah jaga laa AMRAFAHAN, mama kena berehat laa.. Masa pergi ambil diorang ditaska rasa seronok betul!! Dah lama tak ambil dorang dari taska sejak tukar kerja kat Seremban nih! Diorang nampak abah terus jerit sambil lari "ABAHHHHH!!!! lepas tu tiba tiba abang keluar jerit "AYAHHHHH!!!" aikk... sejak bila sudah tukar jadi Ayah nih.. cikgu dia pun pelik... arghh takpe layan jer!!! Masa tu perasaan tu sungguh bahagialah!! tak tau nak kata macam mana!! mungkin sebab rindu aksi aksi diorang balik sekolah!! Yelah dulu abah yang buat semua.. sekarang tukar mama pula yang buat semua..

Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Abah masakkan bubur nasi untuk diorang sementara tu diorang tengok tv sambil sepah-sepahkan apa yang patut!! Mama dah melepek dalam bilik.. yelah.. kang jangkit kat diorang satu hal pulak... Bila dah siap suapkan dorang makan, abah ajaklah tidur... perghhh... memang mencabar laaa nak bagi diorang nih tidur... kita nih tak boleh nak bangun tinggalkan diorang tidur sendiri... mesti nak bunyi punya!! Disebabkan nak solat maghrib jadi kena laa tinggalkan sekejap tapi diorang mencari laa.. masuk kejap bilik air diorang dah mencari.. masa ni abang layan tv kat bawah. Auni Auni Auni jer yang dipaksa tidur.. Sebab nak bagi diorang tidur, lampu bilik kena tutup jadi bergelaplah diorang mencari abah.. abah solat pun dalam keadaan samar samar diterangi sikit dari lampu bilik air. Si AH dah pandai buka pintu jadi bila dia nampak lampu bilik air terbuka dia pun buka laa pintu bilik air tu.. haa.. jadi teranglah sikit depan pintu bilik air tu.. diorang pun beramai-ramai kompol depan pintu bilik air tu.. sebelah pintu bilik air tu tempat abah solat, jadi diorang main laa kat sejadah tu.. ikut sukati dorang laa nak baring ke main tolak tolak depan abah solat... huhuhu...

Lepas solat tu ajak laa diorang tidur.. mula-mula suruh diorang baring sebelah abah jer.. sambil sambil minum susu tu abah ingatkan diorang dah lena.. baru keluar sekejap dari bilik tu.. dah dengar si AN menangis mencari orang.. bila sorang dah nangis yang dua lagi join laa.. Abah kena laa lari balik naik atas nak pujuk diorang.. Disebabkan diorang nangis depan pintu bilik sambil sebut nama mama, abah kena takut-takutkan diorang jerit "ada Cat!!" haa... semua lari kat abah sebab takut cat.. kekeke... Nak pujuk diorang abah ajak laa diorang tidur dengan abah sambil abah cerita arnab dan kura kura versi abah amrafahan! hahaha kalau ingat balik semalam tu.. rasa tahapahapa jer abah nih.. tapi Auni Auni Auni dengar kusyuk jer.. hehehe...AH baring kat lengan kanan abah, AF baring kat lengan kiri abah dan AN baring atas dada abah.. memang empuk laa.. cerita cerita cerita... sampai laa si kura-kura menang perlumbaaan tu.. bila abah check diorang dah lena sebab boring dengar cerita abah kot.. hahahaha...

Akhirnya berjaya juga abah tidurkan diorang... yeyy!!!! Boleh abah sambung tengok tv! hehehe

Ulasan

Rai berkata…
share lah cerita arnab dengan kekura tu..kot boleh buat aqil dengan damia tido jugak..

semoga mama cepat sembuh..
Huszaini berkata…
Rai: hahaha tak boleh! bahaya! nanti kena gelak... err.. lagipun dah lupa.. takde skrip.. hehehe

Terima kasih yer!!
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
ingatkan abahnya yang lena..
nk je gelak..
hahaha
twins mom berkata…
hahaha... nak bg tdo anak pun satu adventure kan? saya pun camtu la, kena gempaq mcm2, baru la diaorg tdo..
Mamaleesya berkata…
bkn sng nak bagi anak tido kan :)
akuzle berkata…
Fuh! sungguh mencabar nk titokan 'adik2' perempuan abah tuh yea? hehehe...
anis berkata…
bace senyum aje...tengah bayang sorang kanan,sorang kiri,sorang kat dada..hadoiii...Allah bagi kembar 3 sebab tahu daddy diorang seorang yang sungguh penyabar..

dulu saya citer pasal cinderella pon dah tah kemana-mana,anak buah mata dah kuyu tapi still tanye itu ini,last2 cinderella dah gabung ngan snow white..suke-suke ati aje

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!