Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 30, 2011

Hati girang jumpa anak-anak!

Imej
Waa.... lamanya tak update... huhuhu... penat aa...

Semalam aku sampai dari JB. Turun kat R n R Serdang, wife aku dan Aqil datang ambil aku... masa aku sampai kat kereta, Aqil dan mama tertidur... Lepas tu aku ketuk cermin kereta, mama bangun... lepas mama kejut Aqil! Aqil terus bangun dan panggil aku "Abah! Abah!" berulang-ulang kali!! Bahagianya rasa!!! Aku masuk kereta terus terus Aqil! Nampak muka Aqil happy jumpa abah dia! Ya Allah!! Rindu! Sayang! Bahagia! Girang! Semua-semua lah!!! perasaan aku masa tu! Peluk lama-lama! waaa.... bestnya rasa!! Lepas tu peluk mama pula... adegan tu tak boleh cerita... hehehe...

Lepas tu bertubi-tubi soalan si Aqil tanya kat Abah dia nih.. hehehe... aku tak kisah... aku jawab jer... hati gumbira! Gila kau! 9 hari tak jumpa anak... hermm... macam-macam laa kawan-kawan aku yang terpaksa kerja jauh dari keluarga... mesti rindu gila!

Jangan kau orang muak la pula dengan cerita aku ni! Cuma luahan rasa sayang rindu aku pada anak-anak aku... N…

Makan malam yang best!

Imej
Semalam aku dan adik-adik aku pergi makan kat Restoran Hassan Ong Kota Tinggi. Sedap giler! Giler pun tak sedap macam ni! hehehe...

Apa istimewanya hassan ong ni?
hehehe... tukang masaknya adalah cina muslim. Masakan dia Chinese Style! Memang sedap aa... Lepas tiap-tiap malam orang ramai! semua kaum ada aa...

Yang bestnya lagi, makanan ni ditaja oleh mak kita orang... kekekeke... terima kasih mak! Walaupun mak tak ikut tapi duit mak ikut... kekeke bertuah punya anak!! Ala... nak manja-manja dengan mak.. hehehe.. Terima kasih mak! Sayang mak!

Kita orang order air kelapa laut campur laici dan longan.. sedappppp!!! Pastu makanan pula adik aku order Shark Fin sup, puyuh lada hitam, cap cai, rojak baby squid dan ikan siakap masak stim thai. Ketam masak pedas habis... tak sempat order... huhuhuhu...

Cerita banyak takde.. kita layan gambar jerlah... Err.. jangan nilai pada rupa... bak kata omputih don't judge book by its cover! Sedap sehingga menjilat pinggan... ehh tak aa.. jilat jari s…

Migrain la pula!

Hari ni aku bangun pagi solat subuh lepas tu tidur balik... Lepas tu bangun balik lebih kurang kul 9 hehehe... bukan sengaja bangun lambat tapi aku sakit sebelah mata kanan... migrain rasanya... macam mual pun ada... aku pun tak tau sebab apa...

Harap-harap boleh baik laa... kejap lagi nak pergi solat jumaat lepas tu petang nak balik KL dah... waa... tak sabarnya nak jumpa anak-anak...

Betullah kata orang.. anak ni cinta hati pengarang jantung mak bapak... aku pun hairan dengan orang yang buang anak sendiri tu... tak paham aku...

Aku minta maaf sebab minggu ni kurang bercerita pasal anak-anak aku, sebab aku jauh dari dia orang... so aku tak reti nak bercerita kalau dia orang takde depan mata ni... Lagipun adik aku sakit, sebab tu aku banyak bercerita pasal adik aku jer...

Ermm... jangan lupa yer gathering geng kembar!

Harap-harap tak hujan masa tu... Tak sabar nak jumpa geng-geng kembar lain... Kau orang yang takde kembar pun datang juga tau! Kau orang lah yang banyak tolong support a…

Kritikal dah nih!!

Imej
Aku sebenarnya sekarang nih dah kritikal!! Teruk tahap gaban dibelasah resakse gorgon!

Asyik teringat-ingat jer... jiwa memberontak... tak sabar!!!

Sebenarnya....
Aku rindukan AMRAFAHAN!! dan ofkos aa mama AMRAFAHAN.... sian aku... nilah 1st time aku berjauhan dengan diorang lebih 2 hari...

Pagi tadi dapat cakap dengan si Abang... aku dah rindu sangat--sangat!!! Nak jumpa peluk cium dia!! Auni Auni Auni pun!! Apa laa perangai baru dia orang sekarang nih yer!! huhuhuh.... Tadi cakap dalam fon, Abang buat flying kiss kat abah dia... siap bunyi muah-muah!! hadoii!!!! rindu rindu rindu...

Tadi petang bandar Kota Tinggi dah tak banjir... lepas laa nak ke seberang sungai pergi Sanggar Kota tempat jual tiket dan stesen bas ekspres... Nasib baik ada tiket lagi ke KL...

Esok petang aku akan balik ke KL, bas jalan pukul  6 petang, aku bajet sampai pukul 10.30 malam kat R & R Serdang... turun situ nanti wife aku ambil...

Yes!!! Akhirnya dapat juga balik jumpa anak-anak-anak-anak dan mama set…

Jangan Lupa Tau! Ada lucky draw!!

Imej
Saja nak ingatkan!

Kau orang semua aku jemput ke gathering Jom Berkelah Dengan Geng Kembar tau!

Sesiapa pun boleh join!

Kami geng-geng kembar akan berkumpul ramai-ramai!! Tak sabar pula nak jumpa dengan yang lain-lain!!

Sesiapa yang datang dan dah hantar detail kat email aku secara automatiknya layak memasuki lucky draw.

Hadiahnya


Sepasang towel x 1pcs (saiz dewasa dan hand towel)Kitchen Towel x 2 pcsLightning McQueen Towel x 2 pcs (saiz kanak-kanak) Kualiti towel ni dijamin 100% cotton!  Err... gambar dia aku tak sempat ambil lagi.. hadiah dah ada dah... hehehe
Cabutan akan diadakan pada hari gathering.. 
So sesiapa yang datang dan ada detail dia pada aku, layak sertai.. hehehe..  Kiranya ada  5 orang yang bertuah laa dapat towel-towel tu nanti...
Pada sesiapa nak masuk cabutan bertuah ni bolehlah email detail kat aku
Nama: Nama blog / facebook:Alamat blog / facebookNo. tel HP:Boleh send ke email aku: aseng1@gmail.com dengan tajuk JOM BERKELAH LUCKY DRAW
Send email sebelum atau pada 10 Feb …

Air makin naik laa!!

Imej
Tadi aku dapat berita.. Banjir di Kota Tinggi makin naik dari semalam... Harap-harap tak terus naik... semua orang fobia jadi macam tahun 2006 dulu...

Kalau jadi lagi macam tu, mungkin bekalan elektrik akan terputus, air takde.. makanan habis... nak keluar pun tak boleh... terputus hubungan...

Ya Allah... Kau jauhkanlah segala bencana di daerah ku ini.. Amin...

Semalam aku tengok air naik paras tangga jer... tapi tadi aku dapat tau dari jiran aku, air nak naik kat lantai kedai dia...

Dengar berita tadi, hujan akan turun lagi untuk beberapa hari ni...

Mudah-mudahan tiadalah kejadian buruk yang berlaku...

Gambar ni aku ambil masa hujan dah berhenti... Rumah aku kena renovate, mana boleh tahan takde astro... walaupun menyampah juga dengan astro ni bila hujan takde signal... bayar mahal-mahal tapi takde signal... hampeh... Err.... sebab tu aku buat sendiri.. nak juga tengok astro... Alhamdullilah dapat... senang jer...

Rindu kat anak anak anak anak dan mama!

Imej
**Tajuk asal: AMRAFAHAN pergi kenduri!
tapi selepas menerima pendapat kawan-kawan! Maka aku dengan rela hati tukar tajuk macam kat atas tu!!
Tq pada Izan dan Lin


Anak-anak aku pergi kenduri.. tapi abah dia tak dapat pergi... sob... sob.. sob... sedih... tapi kena sabar kerana adik aku masuk hospital sebab ada tumor di kepala dia... lepas tu Kota Tinggi banjir pula! dah terperangkap dalam banjir kita orang kat sini! hari ni hujan tak turun dah... langit nampak cerah.. tapi bandar Kota Tinggi masih ditenggelami air lagi...

Rindunya kat anak-anak aku ni... rindu sangat-sangat!! terima kasih pada wife aku sebab letak gambar ni kat fb dia.. dapatlah kurangkan rindu sikit pada diorang...










Patut aku tukar tajuk rindu kat anak kot.. huhuhu...



JOM BERKELAH DENGAN GENG KEMBAR!!

Imej
Ini adalah post melekat! Ia akan melekat kat sini sehingga 31 Jan 2011. Untuk entri terkini sila scroll ke bawah. Terima kasih :)

MAKLUMAT LANJUT BOLEH BACA DI SINI atau KLIK TAB JOM BERKELAH DI ATAS

**Nota kaki Abah
Jom lah kita meramaikan majlis! hehehehe

Tenggelamnya Kota Tinggi!!

Imej
Hari ini Kota Tinggi naik air lagi... harap-harap tak macam tahun 2006 dulu... Semua orang fobia...
Hujan tak berhenti-henti dari hari tu.. Tadi tengahari tolong kawan mak aku pindahkan barang rumah dia... Dulu masa banjir besar air naik sampai tingkat 1... habis barang-barang dia... Sekarang Cik Lin fobia... InsyaAllah tahun ni banjir tak besar macam dulu... Kasihan pada mangsa banjir... Tapi rumah-rumah kat sebelah Sungai Kota Tinggi dah tenggelam sikit...

Tadi aku sempat pergi bandar Kota Tinggi ambil gambar banjir.. Tapi parking kereta jauh... mana laa tau tiba-tiba air pasang besar... jenuh nak alihkan kereta..

Sempat laa aku meredah banjir... Lepas tu beli KFC sebelum KFC tenggelam.. huhuhuhu...

Aku ada ambil banyak gambar tapi file besar-besar.. so aku upload sekeping dua jer... kat sini guna berukben lambat giler!! Nanti aku dah balik Putrajaya aku nak upload banyak-banyak! guna unifi cepat sikit!

Dah macam wartawan tak rasmi lak aku nih! Hehehe


Bandar Kota Tinggi dah naik air!

Imej
Selamat pukul 11 pagi! hehehe.. tah hapa hapa tah....

Hari ni 31 Jan 2011. Jam 11.15am

Nak update nih!!! Baru tengok kat FB member aku... Bandar Kota Tinggi dah naik air!!

Waaa... macam nak banjir besar macam dulu jer!! Hujan tak berhenti lagi nih!!! Makin lebat adalah...

Ramai ke nanti?

Hermm... tak lama lagi, Jom Berkelah Dengan Geng Kembar akan berlangsung... Sedikit risau... jika takde yang hadir... Dari respon yang aku terima ada lah 6 7 keluarga kembar nak datang... InsyaAllah event ini akan diteruskan walaupun dengan kehadiran keluarga aku jer.. Tak pernah lagi bawa anak-anak berkelah kat taman.. Sekarang ni dia orang dah boleh berjalan... mesti seronok tengok dia orang main kat padang rumput tu nanti...

Aku buat gathering ni pun atas permintaan kawan-kawan yang baca blog aku.. Aku tak sabar nak jumpa geng blogger kembar dan blogger-blogger yang lain... harap-harap ada laa orang yer...

Aku nak buat cabutan bertuah... hadiahnya ada 5. Tapi tak sempat lagi aku ambil gambar hadiah sebab aku kena balik kampung sebab adik aku sakit...

Nanti aku buat entri khas untuk cabutan bertuah tu yer...


Ermmm.... hujan kat kota tinggi ni masih tak berhenti... air longkang besar nak penuh... air sungai dah pasang... tadi jalan ke ulu tiram dah banjir... Harap-harap aku dapat bal…

Kerlipan kecil bintang!

Imej
Pagi tadi aku buka Nuffnang aku, waa… aku rasa macam pelik jer… nampak cam lain jer… Ooo… Rupa-rupanya aku punya bintang dah naik dari 3 bintang ke 4 bintang… Aku tak paham sangat bintang-bintang ni, tapi masa sekolah dulu-dulu lagi banyak dapat bintang lagi bagus kerja sekolah kita… Err… kau orang ada tak? Rasanya budak sekolah sekarang tak main bintang-bintang dah kot.. heheheLantaklah… yang aku tau, walaupun tak paham bintang-bintang nih… aku tetap gembira dapat bintang! Macam hotel 4 bintang pun ada… kekeke… Lama aa… tak dapat bintang…. dulu kena lempang dengan cikgu pun nampak bintang gak! heheheTerima kasih yer En. Nuffnang, lain kali bagi kat semua-semua tu bintang! Sebab anak kembar tiga saya suka lagu Kerlipan kerlipan kecil bintang!Lagu dia macam ni…. bila aku nyanyi Auni Auni Auni akan angkat tangan dia orang letak tu buat gerakan kelip-kelip bintang! Faham tak? Alaa.. yang genggam tangan pas tu buka, pas tu genggam balik! Ulang-ulang kali! Sampai aku habis menyanyi… Comel …

Amaran hujan peringkat merah di Johor hingga esok

Imej
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah bala dan bencana di Daerahku, Negeriku dan Negaraku... AMIN...


2011/01/30
KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.
Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Neg…

Janganlah banjir!

Imej
Sejak aku balik Kota Tinggi ni... hujan tak berhenti-henti.. sekejap lebat sekejap gerimis... lepas tu lebat balik...

Janganlah banjir lagi macam tahun Dis 2006 dan Jan 2007 dulu...

Dulu sepatutnya kenduri perkahwinan sebelah aku di buat pada bulan 23 Dis 2006. Sepatutnya pada hari tu majlis untuk aku dan adik perempuan aku. Tapi masa tu Kota Tinggi dah banjir besar.. aku telefon keluarga aku dia orang cakap Kota Tinggi jadi pulau.. Bekalan elektrik dah takde, makanan tak habis... semua jalan keluar masuk dah terputus.. Dewan tempat aku sepatutnya berkenduri dah jadi tempat mangsa penempatan banjir. Sehari sebelum tarikh yang sepatutnya aku bersanding, aku dan sepupu aku konvoi tapi tidur kat Port Dickson sebab tak boleh masuk Kota Tinggi. Kiranya honeymoon beramai-ramai kat PD... hehehe...

Pada 24 Dis 2006 tu aku dapat sampai ke Johor tapi terus ke kenduri sebelah suami adik aku kat senai. Lepas dari kenduri tu baru kami dapat masuk Kota Tinggi. Masa tu dah surut sikit... Lepas dapat…

Buah rasberry Kota Tinggi

Imej
Assalammualaikum

Semalam balik dari kubur abah, aku mak dan Deedam pergi melawat kawan mak, anak dia baru bersalin dapat baby girl. Punya laa lama aku tak jumpa si Farah ni... dulu jumpa kecil jer... lepas tu jumpa dah jadi mak orang dah... tua nya aku.. hehehehe... Syukur pada Allah kerana beri kesempatan pada aku untuk beribadat padaNya... Amin...


Lepas sembang-sembang  banyak bercerita pasal Deedam dengan kawan mak aku yang aku panggil dia Mak Lang, kami pun balik laa... hujan lebat masa tu... macam nak banjir lagi jer Kota Tinggi ni... huhuhu.. jangan laa...

Masa kat luar rumah dia tu tunjuk pokok rasberry yang dia tanam, benih dia dapat dari oversea. Rupanya pokok ni tumbuh dari batang dia... Lepas tu dia petik laa.. bagi kami rasa... ermmm... sedap juga... dia kata kalau masak buah dia colour hitam. Masa dia bagi tu buah colour merah hitam, rasanya masam manis.. First time makan buah rasberry terus dipetik dari pokok.

Nanti nak ambil benih dia laa nak tanam... tak sangka pula, …