Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bantuan

Doakan Anak Kecil Ini!

Imej
Tersentuh hati Abah bila melihatkan anak kecil ini terbaring kesakitan! Umurnya sebaya dengan si Abang... jika sahabat semua berkemampuan bantulah keluarga ini. Nama anak ini Amyra Balqis Binti Jefri. Umur 4 tahun. Masalah yang dia hadapi ialah mengidap kanser darah dan kayap ular. Semua sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun ibunya IBU MYRA : HERNA BINTI SELAMAT MAYBANK : 112054047075 CIMB: 1601-0020617-52-6 FB IBU MYRA : https://www.facebook.com/missherna Ataupun sekurangnya berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan cepat sembuh dan share  kepada kawan-kawan yang lain. Sedikit maklumat dari FB **************************** SHARE !!! BISMILLAH.. CARA MUDAH MENDAPATKAN PAHALA.. INSYALLAH.. ASSALAMUALAIKUM, SAHABAT-SAHABAT YANG MASIH ONLINE, SAYA MOHON DENGAN SEPENUH HATI, BANTULAH ADIK MYRA YANG SUDAH HAMPIR SETAHUN MENGHIDAP KANSER DARAH, PERBELANJAAN YANG TINGGI SETIAP BULAN APALAGI SI IBU YANG HANYA BERKERJA SEBAGAI KERANI DAN BAPANYA PEMANDU...

Surat Kebenaran Memohon Sumbangan untuk RALK

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Di bawah ini Abah sertakan surat kebenaran memohon sumbangan dari pihak Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK). Pengurus RALK telah bersetuju untuk membenarkan Kelab Kembar Malaysia memohon sumbangan kepada mana-mana pihak yang berkenaan. Semoga usaha kecil Kelab kami ini diberkati dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah Para sahabat bolehlah merujuk post terdahulu untuk maklumat lanjut. Klik Sini Klik pada gambar untuk lebih jelas. Semoga sumbangan Tuan / Puan dapat meringankan beban pihak RALK. Di samping itu dapat menambah amal jariah Tuan / Puan dan semoga Allah Melimpah ruahkan rezeki buat anda semua. InsyaAllah. Sekian terima kasih

Sumbangan untuk Rumah Amal Limpahan Kasih sempena Majlis Iftar

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Seperti yang Abah beritau sebelum ini , Kelab Kembar Malaysia (KKM) akan mengadakan sambutan berbuka puasa dengan anak yatim, jadi kat sini Abah sertakan butirannya. ******* Sukacitanya dimaklumkan bahawa AJK KKM semua sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari RUMAH  AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), Puchong. Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Seri Aman, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor. No tel : 03-8061 8050. Tarikh : 29 Julai 2012 Masa : 4 Petang Dengan itu, saya selaku wakil dari KKM dengan rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk menghulur sedikit sumbangan dan meluangkan waktu untuk bersama-sama menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Kepada para Penaja yang tidak dapat turut serta, anda boleh menyumbangkan apa jua barangan untuk didermakan kepada RALK. Sumbangan dalam bentuk fizikal seperti biskut raya, kurma, telekong,...

Selamat Hari Jumaat!! Boleh tolong tak?!

Imej
Hari ini Abah tersibuk.. kekeke...tak sengaja sibuk.. Sempena hari baik bulan baik nih.. Abah nak kongsi dengan korang laa.. Suatu majlis yang baik.. InsyaAllah pada minggu kedua bulan Ramadhan, Kelab Kembar Malaysia akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak yatim dan Asnaf (anak fakir miskin) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, tarikh belum ditetapkan lagi sebab masih menunggu pengesahan dari Pengetua RALK tersebut. Abah dah pun berjumpa dan menghantar surat permohonan kepada Setiausaha RALK Ustaz Usamah. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan majlis ini dapat dilangsungkan. Tujuannya lebih kepada mendekatkan ahli kelab dengan masyarakat disamping itu sedikit sebanyak dapat kita membantu mereka. Dari apa yang Abah sembang dengan Ustaz, perbelanjaan yang mereka perlukan lebih kurang RM30,000 sebulan untuk menampung segala keperluan anak-anak ini dan termasuk kos pengurusan. Alhamdullillah, RALK ini menerima sukarelawan yang sudi meringankan beban Ustaz dan U...

Bantulah keluarga kembar tiga nih!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Sempena bulan yang mulia ini, besarlah harapan saya agar kita dapat memberi bantuan kepada keluarga kembar 3 ini. Bantuan boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun fizikal seperti susu dan lampin pakai buang. Moga dengan usaha yang sedikit ini dapatlah kita membantu keluarga En. Mansor ini. Bantuan boleh diberikan melalui, Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2 Atau disalurkan terus ke Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah. No HP: 013-4214573 Berita boleh baca disini Sumber:  Dibelenggu masalah kewangan Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA Nota: *Aku terpanggil untuk buat entri ini sebab aku sendiri merasa bagaimana susah senang nak membesarkan kembar 3 ni. Aku berharap den...

Jom Berkelah 2! Perlu bantuan!!

Imej
Salam pagi, Aku nak tanya pendapat kau orang semua laa, sesiapa yang nak join gathering geng kembar ni, sebelum tu nak beritau ni, ramai yang tanya, kalau tiada anak kembar boleh join ke? Ehh.. apa pula tak boleh... boleh jer! Sesiapa pun boleh datang! Jumpa ramai-ramai merapatkan ukhwah. Tujuannya saja nak kenal semasa blogger, nak jadi lagi meriah kita kumpul semua geng-geng kembar nih.. Sebelum ni  dah jumpa, >Alhamdullillah selesai sudah , siap >masuk suratkhabar lagi hehehehe..

Aku, Ben Ashaari dan Elee Mardiana

Imej
Aku terjah blog Ben Ashaari pagi tadi... huh.. usaha yang murni... Harap kita dapat memberi bantuan kepada mereka ni.. kesian... Malang tidak berbau.. dan bukan itu yang mereka pinta... Sila sokong usaha Kak Elee Mardiana .. (klik nama untuk maklumat lanjut), kerana sanggup bagi seluruh royalti buku dia kepada Adik Shah dan Hairuman. Sila klik sini  untuk baca kisah Shah dan Hairuman . Semoga rakan-rakan Facebook dan Blog dapat menyokong usaha ini. Semoga sumbangan kecil yang kita lakukan dapat memberi impact yang besar kepada usaha ini! InsyaAllah Hairuman Shah