Saturday, August 13, 2011

Opah muda!

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Hari tu kami berbuka puasa rumah saudara di Kajang Prima. Lama dah tak jumpa. Sekali sekala jumpa seronok juga!

Saudara ni kira pangkat tok dan opah saudara dengan mama. Kami panggil depa ni Tok Chik laaa.. yang lelaki Tok Chik Usop dan yang perempuan Tok Chik Bitah. Depa nih ada anak perempuan yang baru lepas grad doktor. Baru jer balik Malaysia. Itu yang kami pergi tu, nak jumpa makcik kami laa... hehehe.... Kalau ikut umur, mak cik Qila ni lagi muda laa dari aku.... huhh... tua dah aku rupanya! huuhuhu.. (silalah sedar diri yer abah!!!) tapi disebabkan pangkat dalam keluarga lebih tinggi, hehehehe kami panggillah Aunt Qila.. belum kahwin lagi nih.. tapi dah ada cucu saudara iaitu Amrafahan... secara otomatiknya jadilah Opah muda!!

Hehehe..bila Aunt Qila nak main dengan Auni Auni  Auni.. dia macam kompius jer nak bahasakan diri dia apa.. heheeh maklumlah muda-muda dah jadi Opah.. selingan.. tapi kalau ikutkan sebelah keluarga aku.. aku pun dah jadi atuk dah!! huhuhu anak buah aku dah kahwin dan baru-baru ni dah ada anak... depa menggelarkan aku Atuk Kojak! kekeke... err.. Kojak tu panggilan manja kami sesama saudara mara... asal nama tu arwah tok aku bubuh nama tu sebab masa aku comel-comel dulu dulu tengah popular cerita tu.. agaknya masa tu aku hensem sangat kot?!! agaknya laa kan... hahahaha!!!! okeh tamat selingan..

Si Abang pula, bila kita suruh panggil Opah kat Aunt Qila, dia membantah... Lepas tu dia tunjuk Tok Chik Bitah, " Ni lah opah..." pastu dia tunjuk Aunt Qila " Ni Aunt laa mama" hehehehe.. mesti dia kompius... kenapa muda muda nak panggil opah?!! kekekeke.. takpelah abang!! layan jerlah... hehehe

Haa nilah Kojak! Pernah tengok cerita dia tak?
Kita tengok gambar opah muda pula! Cantik orangnya! zaassss.....


Friday, August 12, 2011

Meh ler habiskan duit korang!

Semalam aku pergi karnival Jom Beli Barang Raya kat Putrajaya..... barang memang murah-murah la... meh ler habiskan duit korang kat sini!!!

Ini antara gambar yang aku sempat snap laa.. masa ni tak ramai orang lagi... Langsir diskaun sampai 90% ko!!!

Thursday, August 11, 2011

Giler murah!

Aku baru balik dari karnival jom beli barang raya putrajaya nih.. Banyak barang yang murah..

Dari tv, tilam, baju bajan budak sampai ke dewasa, biskut raya sampailah lanskap pun ada jual...

Masa kami sampai tadi orang belum ramai lagi... Pusing pusing kami beli susu dutch lady 123, 456 harga dia RM20 sekilo.. Murahkan!!

Nanti aku buat entri bergambar lak yer... Sekarang nih tengah tunggu si abang potong rambut... Hehehe rambut raya nih...

Huhuhu rambut aku pun bakal kena tebas gak nih... Takleh laa berambut panjang raya nih... Hehehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jualan terus dari kilang di Putrajaya!

As salam... tahun lepas aku ada pergi sini.. memang murah laa.. tapi kena datang awal.. masa tu aku datang dah lewat.. banyak barang dah habis... Katanya untuk kali ni macam macam barang ada... dari makanan dan biskut raya sampai laa barang berjenama seperti Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, Tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon , Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani , The Body Shop, Tupperware, Akemi dan lain-lain..


Diadakan pada:


Karnival Jom Beli Barang Raya


Tarikh: 10 - 14 Ogos 2011 (Rabu hingga Ahad)
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Presint 2, Bersebelahan dengan KPDNKK, Putrajaya



**Ingat besok nak ajak mama pergi laa.. tadi tak sempat nak pergi... dekat jer dengan rumah aku nih!! Mai lah kita meramaikan majlis hehehe....

Nak tengok map boleh tengok kat bawah nih.. boleh Zoom out , Zoom In...


Wednesday, August 10, 2011

Pakai tudunglah abah!

Aku baru tengok gambar nih kat FB Acu Amrafahan... terus cilok.. comel sangat!!!


Err... Mama... nih AH kan? hehehe.. betul kan??!!!

Tuesday, August 9, 2011

hi 5!

As salam dan salam petang...

Hari ni abah mandikan diorang semua... mula-mula tu sejuk laa... tapi bila dah pasang kolam... wahh lagi sakan main air!! Lepas tu mama pakaikan dorang baju... Lepas abah ajak turun bawah.. Wahh!! sekarang nih kalau nak turun bawah semua minta dukum!! Kenalah abah angkat empat empat orang sekali... huhuhuhu...

Pagi tadi buka tv jer ada cerita hi 5! Haa... tu dia... kusyuk kemain AMRAFAHAN tengok hi 5 nih! hehehe... Sajer jer lah snap gambar candid dorang nih... AN macam tau abah nak ambil gambar terus tangan otomatik buat peace sign!! hehehe....

Dari kiri AF, AMR, AN dan AH

Bersyukur dikurnia anak kembar empat


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

Monday, August 8, 2011

Hancusss!!


As salam dan selamat pagi.. Hari ni konon kononnya aku nak mengetest naik komuter ke seremban dengan keluar awal dari rumah... Sebelum keluar sempat cium Amrafahan dan mama. Masa ni abang masih tidur lagi. Plannya nak keluar rumah pukul 6.30 pagi... Tapi 6.50 pagi baru keluar...

Dengan penuh semangatnya aku setat motor... Setat setat tak mau hidup... Haishh kenapa nih? Pastu teringat minyak motor kot kot habis macam dulu... Kang tak pasal pasal jadi sengal lagi.. Sekali betul daa... Cisss mada nihlah nak habis pun... Sabar jerlah... Nasib tak habis tengah jalan kan?!! Aku apa lagi.. Terus setat kereta pergi beli petrol. Lepas beli terus balik rumah, sampai rumah abang dah tunggu..  Alamak train sampai dah... Jap aaa..

Okeh, dalam train dah. Lepas isi minyak motor, aku nak gerak terus pergi laa... Tapi si abang meraung nak ikut pula!! Kena laa pujuk dia bawa seround dua kat area rumah aku tu.. Lepas hantar dia balik aku terus gerak ke Stesen Komuter UKM. Lebih kurang 20 minit laa nak sampai. Laaa.. kena tukar train pula kat stesyen Bangi nih.. Okeh sambung balik.. Sementara tunggu train ke Seremban sampai... Haishh... Kalau macam ni nak sampai Seremban pukul 8 pagi mau kena keluar rumah pukul 6 pagi nih.. Dah lah tadi train lewat 7 minit dari masa dia.. Ok ok sambung.. Bila sampai tu aku pergi laa platform yang nak ke Seremban, humang haii.. Aku sensorang jer nih... Ehh.. Ada bro sorang tu tapi duduk hujung... Dah laa yang kat platform seberang tu kebanyakkannya perempuan... Rasa macam diperhatikan jer... Kalau aku terkentut maunya dorang boleh dengar nih...

Tunggu punya tunggu sampai laa train.. Sekarang nih aku kat stesyen Bangi tengah tunggu train ke Seremban sampai.. Oklah nanti cerita cerita lagi... Ermm... Nampak gaya lepas ni aku jadi pengguna tegar pengangkutan awam laa.... Huhuhu



Location : Taman Bangi Indah, 43000 Kajang, Selangor,
Posted via Blogaway

Sunday, August 7, 2011

Mama Amrafahan seorang resakse gorgon!!

Takmo cerita banyak!!! Baca nih!! Kejadian berlaku sewaktu aku pergi niaga di Shah Alam pagi tadi!! hehehe. Ini versi hangin tapi tak boleh marah Mama...

Bukti mama aka wife aku resakse gorgon!! Patutlah si Aqil selalu jadi Otomen Fire Engine! kekeke


exabytes unlimited