Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Al Fatihah

Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Imej
Hari jadi arwah Abah Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah. Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. B...

Takziah Sahabat!

Imej
Kawan Abah juga seorang blogger, baru kehilangan bapa tersayang pagi tadi. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan syurga yang paling tinggi. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Segamat selepas asar nanti. Sekarang ni jenazah dalam perjalanan ke sana dari Muadzam. Takziah Najeeb . Kuatkan semangat, tabah dan banyak-banyak sedekah AL Fatihah kepada arwah abah yer! Wakafkan sesuatu untuk arwah abah ye! Al Fatihah

Abah... kita rindu pada abah...

Imej
Semalam (27/7/11) adalah hari lahir arwah abah aku yang ke 62.. patutlah aku rasa ada sesuatu yang kena.. seperti aku lupa sesuatu... maafkan zaini, abah... walaupun sudah dua tahun lebih abah pergi tinggalkan kami, kenangan bersama abah tidak kita lupakan... Kita ingat setiap kenangan dengan abah walaupun kita tak selalu disamping abah... Abah, walaupun kita jarang berjumpa selepas kita berhijrah ke sini, abah tetap dalam ingatan kita.. kita rindu abah setiap hari... hampir setiap hari kita doakan untuk abah mak dan adik beradik yang lain... sedekahkan al fatihah untuk abah... kadang kadang lupa juga! huhuhuhu... bukan sengaja... terlupa... huhuhuhu Moga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman disana... InsyaAllah... ditempatkan disyurga yang paling tinggi! dekat disisi Nya... InsyaAllah Amin... Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Haron Bin Mohd Khalid... Al Fatihah...

Hari ni genap 2 tahun

Imej
Al-Fatihah... Hari ini genap 2 tahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. Rindu pada abah sangat-sangat... Moga bacaan Al Fatihah ni sampai kepada abah dan mengurangkan rindu aku sekeluarga pada abah...