Catatan

Tunjukkan catatan dari April 3, 2011

Impianku HOT FM

Imej
Aku rasa impian brother ni sangat murni laa.. Bukan senang nak jumpa insan yang ikhlas macam ni. Dari apa yang aku baca, keikhlasan dia terpancar disitu... Terima kasih Ben Ashaari sebab sudi hebah-hebahkan benda baik ni.. Aku pun tak seberani dia.. setabah dia.. sehebat dia.. Kau orang boleh baca impian dia ni..

BerALAMANDA!

Imej
Saja bawa si Auni Auni Auni dan Aqil jalan-jalan di Alamanda Putrajaya. Pusing-pusing Alamanda dan pergi taman dia.. Ingatkan ada air pancut.. tapi tak de pun.. diorang tak on kan aa.. kalau tak mesti best tengok air! hehehe... Tak de 'beli tak boleh belah' sangat.. banyak beli belah tingkap jer.. hehehe.. Lepas satu test kamera pinjam dari anak buah.. hehehe.. mana tau ada rezeki lebih dapat laa beli kamera mahal kan.. hehehe Lagipun baru nak belajar pakai... tak reti nak 'ejas' apa-apa kat kamera tu.. semua main auto jer..

Alhamdullillah dapat dah!

Imej
Semalam petang aku dah wife aku pergi Bank Rakyat. Memang kena beratur laa.. sebab dia buka nombor giliran sampai 50 jer.. Aku sampai lebih kurang 2.30 petang lepas solat jumaat. Ingatkan tak sempat , sebab ramai betul yang beratur semalam, kita orang dapat nombor yang last-last juga laa.. Walaupun kena tunggu dari pukul 2.30 petang sampai kul 5 petang, tapi aku rasa berbaloi laa.. sebab aku pertama kali nak buat saham ni. Wife aku cuma nak tambah jer..

Arrgghh!! Tekanan!!

Tadi aku pergi Bank Rakyat, konon-konon nak beli saham BR laa.. sampai-sampai ramai gila orang dah beratur.. Ingatkan sempat laa... Tengah beratur tu, ada staff BR kata sebab hari ni Jumaat, dia hadkan nombor gilirin sampai 50 jer.. aargghh... awal-awal taknak cakap... dah ramai-ramai beratur tu tak dapat nombor... suruh datang petang nih... ramai laa yang kecewa.. yang tak tau.. sampai-sampai terus beratur.. tapi rupa-rupanya kena ambil no dulu.. Itu untuk yang beli baru saham.. yang tambah saham hantar borang jer dulu... nanti dah proses  baru dia panggil balik... Hermm.. tak tau petang nih dapat ke tak... kalau tak hari Isnin depan.. itupun kalau ada... ermm... InsyaAllah ada lah hendaknya.. Amin.. :)

Beli saham Bank Rakyat sekarang!!

Imej
Hari ni aku nak pergi Bank Rakyat dengan wife dan adik ipar aku. Bank rakyat ada buka saham dia untuk dibeli. Aku rasa ni satu peluang laa untuk kita buat pelaburan jangka masa panjang. Bank rakyat bagi 15% dividen. Banyak tu..

Bila sejuk dan kenyang!

Masuk opis pagi ni, sejuk lain macam... lepas breakfast kuew tiow goreng dan pegedil.. mata ni terus jadi berat... macam ada makhluk asing yang duduk kat kelopak mata ni tak bagi buka... Hadoii... cuba juga nak buat kerja ni.. tapi terkebil-kebil mata nih menahan mengantuk... nak kena tidur laa waktu rehat jap lagi nih... perut masih kenyang lagi nih... huaagghh!! menguap lagii!! tak payah makan tengahari lagi.. nanti jadi lagi mengantuk gamaknya...

Membebel!

Imej
Semalam wife aku ada beritau aku, dia dan budak horpis dia ada main badminton, kira training laa untuk tournament Jabatan diorang... Jadi malam ni laa wife aku pergi practice nya.. Petang tadi wife aku ambil aku di office sebab kat Parcel E parking belakang tu dah kena bayar.. gila ko! RM 1.00 sejam! Dah tu kalau bekerja, kurang-kurang 9 jam parking! Dah RM 9.00 kat situ! apa laa diorang nih.. terang-terang kat situ yang parking adalah staff gomen, boleh dikatakan 98%. Lagi mau bayar! Dah tau buat office besar-besar, parkingnya ciput!! hampeh!! marah nih!! Lepas tu letak kon laa apa laa tak bagi orang parking, parking kat basement dah sempit, luas lagi reban ayam tok aku.. eee... marahnya!! Habis nak suruh naik bas? Park n ride? Lepas tu nak terkejar-kejar ikut masa bas?! Habis nak hantar anak taska lagi, ingat taska tu boleh tunggu ke kalau datang ambil lambat anak??!!! Elok-elok naik kereta 10 minit boleh sampai, naik bas sejam baru nak sampai... buat sistem tahahapahapa!!! Tau nak

Cerita jom berkelah 2 di Taman Seri Empangan

Imej
Haa.. baru laa ada mood nak buat entri pasal berkelah nih... Dua hari kena migrain jadi tak boleh nak 'konsentret' sangat mengadap pc nih.. Ok secara ringkas yer.. aku cerita ke lapor ke... entah dua dua bolehlah.. Event bermula 10 pagi dengan para pengelah tiba di tempat kejadian. Aku sampai lebih kurang 10.20 pagi sekali dengan Ben Ashaari dan 1tube.my. Lepas cerita sikit-sikit pasal event, Ben dan krew 1tube.my tunggu di wakaf sebelah taman permainan. Di tempat menunggu ada 2 3 keluarga kembar dah sampai, jadi aku cakap dengan diorang kita berkumpul di wakaf sebab di bangunan tu tidak dibenarkan makan dan minum.

Gambar Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2

Imej
Ini adalah entri bergambar, sila sabar untuk gambar di download... Ada 120 keping gambar. Dinasihat korang  masak dulu ke, basuh kain dulu ke, dodoikan anak dulu ke, buat kerja dulu ke, tidur dulu ke, mandi dulu ke, pergi shopping dulu ke.. lepas siap tujuh lapan kerja baru tengok balik blog nih dah siap download ke belum... aku cadangkan guna internet berkelajuan tinggi yer untuk menengok gambar-gambar dibawah nih. Lagi satu kalau nak tengok yang besar, klik jer gambar tu, boleh tengok sebesar tv 42 inci korang. Nak baca cerita klik sini Lagi satu, kalau korang nak copy, aku benarkan, cuma minta di creditkan gambar tu ke blog ini, amrafahan.blogspot.com nih... itu jer.. boleh kan?!! Bukan malas cuma tak rajin aku nak letak watermark kat 120 keping gambar nih! huhuhuhu... Sebelum terlupa, harap kau orang boleh beritau err perkenalkan diri kau orang di gambar no berapa yer... ramai geng-geng kembar yang lain tak cam antara satu sama lain nih... terima kasih atas kerjasama korang

Kita buat beraya dengan geng kembar pula nak?

Balik dari berkelah hari tu aku ada terfikir nak buat lagi perjumpaan, sebab aku rasa seronok bila dapat kumpul ramai-ramai geng kembar. Bila aku aturkan perjumpaan kali ke 2, aku berharap yang dapat datang ramai sikit dari yang pertama, sebab yang pertama aku dapat kumpul 7 geng kembar, yang kedua ni dapat kumpul 10 geng kembar pun dah bagus walaupun aku target 15 famili kembar. Alhamdullillah, aku tak sangka dapat kumpul lebih 20 geng kembar pada hari ahad lepas. Walaupun penat, aku dan famili tetap seronok dapat jumpa yang lain. Mungkin kita tak dapat beramah mesra sangat, tapi aku harap ianya menjadi permulaan ikatan ukhwah yang kita bina supaya kita dapat kekalkan didunia maya dan dunia luar. Jadi aku bercita-cita nak buat perjumpaan geng kembar berhari-raya pula. Mana laa tau, kot-kot korang free masa bulan syawal nanti, boleh kita jumpa lagi dan ajak geng-geng kembar yang lain lagi. InsyaAllah, dengan sokongan korang semua, barulah jadi apa yang kita nak buat. Tapi toba

Video Geng Kembar Berkelah!

Imej
Assalammualaikum dan Selamat Pagi, Malam tadi aku tidur awal, migrain aku tak hilang-hilang lagi, tapi pagi ni aku bangun awal pukul 5 pagi buat susu kat Auni Auni Auni. Lepas tu saja nak belek-belek blog.. waaa.... ternampak laa cerita Mama Kembar 3 ! Huhh.. terus aku nak update! Ni lah video semasa geng kembar berkelah pada Ahad (3/4/11) lepas... rakam oleh 1tube.my dan Ben Ashaari . Terima Kasih 1tube.my dan Ben Ashaari sudi datang pada perkelahan geng kembar tu! Lepas kita orang menyanyi lagu birthday untuk 4 geng kembar, Ben datang kat aku cakap suruh aku bercakap depan kamera untuk 1tube.my lepas tu kena panggil 2 3 orang untuk bercakap sama... Aaaa... alamak... gugup den... dah lah tak pernah bercakap depan kamera, lepas tu sepet mata aku dalam video tu.. huhuhu.. dengan berpeluh-peluhnya... huhuhu... Ok, aku harap kau orang enjoy laa dengan video geng kembar berkelah nih!! Dalam video ni aku ajak Mama Kembar 3 , Izan dan Nisa untuk cakap depan

Migrain ku datang lagi!

Arghh!! Dari semalam tak baik lagi migrain nih!! Tertidur kat opis diiringi dengkur yang kuat ! huhuhuhu.. tak boleh kontrol!! Sampai kena tegur dengan member opis.. padan muka aku! huhuhu Nak rehat kat rumah laa!! Nak termuntah rasa... oklah.. harap-harap boleh bawa kereta.. daa..

Boleh share gambar berkelah tak?

Salam pagi, terima kasih pada semua yang datang pada perkelahan semalam. Seronok sangat! Sampai pengsan laa.. hehehe... Pada sesiapa yang ada gambar pasal berkelah semalam boleh tak share kan link nya kat komen ni. Tak kisah laa dalam FB ataupun blog. Kita kumpul semua dan satukan. Harap-harap dapat kumpul banyak-banyak gambar nanti kita boleh tengok sama-sama. Oklah, aku tunggu tau! Terima kasih atas kerjasama korang! Korang memang terbaiklah! Published with Blogger-droid v1.6.8

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Imej
Ben tengah kumpul 1000 blog untuk satu segmen khas yang akan dibuat nanti. Nak join klik  sini!

Terima kasih semua!

Imej
Tadi petang balik dari perkelahan dengan geng kembar aku terus pengsan.. Lepak sangat-sangat!! Tak boleh bangun dah! huhuhu... Pengsan terus sampai pukul 7 tadi.. huhuhu... Terima kasih pada semua geng kembar yang hadir, harap-harap semua orang enjoy, aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beramah mesra dengan semua orang, terkejar-kejar, kelam kabut.. sampaikan anak-anak sendiri aku tak dapat nak tengok sangat, terima kasih pada wife aku yang support aku... tolong jaga anak-anak... gambar pun aku tak ambil banyak sangat.. harapkan pada orang jer... Aku harap kau orang semua tak kecil hati dengan aku yer, sebab aku tak dapat tegur semua, aku pun tak sangka ramai yang sudi datang, event pun terabur jer... risau juga kalau ada yang kecil hati nih...

Berdebar-debar dengan apa nak jadi hari ni!

Semalam seharian aku tak dapat update blog.. letih sangat... tidur pun awal... ingat nak update pasal berkelah kejap lagi.. tapi bila aku buka laptop... tunggu dia loading aku dah tertidur dulu.. huhuhuh... Hari ni, kejap lagi pukul 10 nanti, event yang aku anjur akan berlangsung, berdebar-debar rasa... tak tau macam mana nanti... ada ke orang nak datang..? ramai ke? hadoihh... macam macam pikir... jangan laa hujan.. harap-harap tak panas sangat! huhuhu...