Khamis, 13 November 2014

Selamat hari lahir kembar 3 Auni Auni Auni!!

Alhamdulilah hari nih masuk tahun ke 5 kelahiran anak-anak kembar Abah. Masih teringat lagi saat-saat menunggu kelahiran diorang di dewan bedah, berulang alik dari rumah ke wad NICU, menjaga diorang, berjaga malam dn banyak lagi kenangan yang tak mungkin berulang. Melainkan lepas nih dapat kembar lagi! Hehehe

Selamat Hari Lahir yang ke 5 buat Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah!

Semoga anak-anak Abah menjadi anak yang solehah, membesar menjadi orang yang berguna, beriman, murah rezeki dan diberkati Allah.

Abah, Mama, Abang Aqil dan adik Amni, sayang sangat-sangat kat Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik! Rindu sayang buat semua!

exabytes unlimited