Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour la!



Sekarang waktu earth hour! sila tutup lampu kau orang selama sejam! laptop @ pc tak payah tutup! sebab nak blogwalking!

selamat menjimatkan tenaga elektrik semua!!


Kurus laa abah cam nih!

Pagi tadi aku hantar wife aku pergi horpis... Kena laa bawa anak anak anak anak sekali.. mana boleh tinggal..
hari ni saje nak try bagi diorang duduk kat seat belakang tanpa pakai baby seat. Semua kena pakai seat belt.

Awal-awal perjalanan semua dok diam laa.. lepas 5 minit masing-masing sibuk nak keluar.. Yang pandai melepaskan diri AF dan AH. Nasib AN dok diam jer...

Nak tanak mama kena pegang seorang.. Yang seorang lagi dok bersuka-ria kat belakang! hadoi!!
Bila dah sampai horpis mama, aku kena ikat semua, mana bleh kontrol nak biar semua camtu jer...
Sebab lepas hantar mama, aku nak pergi isi petrol. Kena handle sorang-sorang dengan abang Aqil lagi... huhuhu..

Jumaat, 25 Mac 2011

Wife aku kata...

Suatu masa dulu dikenduri member aku,

Mak cik X: Huih.. 2 kali beranak jer dah 4 orang, dah cukup laa nih..
Wife: Haah.. cukuplah..
Aku: Sapa kata?
Wife: Kilang ni dah tutup.. kalau nak cari kilang lain!
Aku: (aikk!! suruh pula)!!! huhuhhu..

Peta ke tapak Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Ke 2

Peta Ke Taman Seri Empangan tempat berkelah geng kembar
Boleh zoom yer! Ni aku tunjuk dari Alamanda ke Taman Seri Empangan.
Koordinat GPS 2.896356,101.679271

Jumpa geng kembar boboy yang comel lagi!!

Suka suka suka!!! Seronok pula jumpa mama / papa kembar berblog.. boleh kumpul ramai-ramai!!
Nama kembar ni Zafri dan Zikri. Akan ku masukkan dalam list kembar  aku! Yeah haa!!

Aku rasa ummi ni, baru buat blog jer nih... jadi marilah kita support dia yer!! Terjahh!!!

Khamis, 24 Mac 2011

Nak makan macam ni lagi laa!!


Nak makan macam ni lagi laa!! Teringat-ingat!! 3 keping tu daging burger dia!! Mabeles!!!
Kalau nak pergi kat IOI Mall Puchong ada... Wendy's SEDAPPP!!!

Gambar AMRAFAHAN di Wanita Hari Ini

Hehehe... suka suka suka.... gambar ni dibuat dalam bentuk video.
Video ini adalah dari Facebook Wanita Hari Ini. Asalnya video ini takde lagu. Jadi aku edit sikit letak lagu dan dibuat untuk Segmen Menjaga Kembar di rancangan Wanita Hari Ini Episod 57 disiarkan pada 23 Mac 2011.

Segmen ni diorang panggil Ziana Zain dan Liza Shari, seorang ada anak kembar 2 dan seorang lagi kembar 3, bestnya!! Ziana kembar laki dan perempuan, Liza kembar perempuan 2 lelaki 1. Try juga carik FB ke Blog Liza ni tapi tak jumpa pula! Kalau sesiapa jumpa harap dapat beritau yer!

Dalam video ini ada gambar Auni Auni Auni dan anak-anak Mama Kembar 3.
Macam mana boleh ada gambar pula kan?
Sebenarnya macam ni..

Rabu, 23 Mac 2011

Sabar ye hati

hari ni hari ujian untuk keluarga aku, lepas satu, satu ujian datang. tak perlulah aku cerita apa dia, cukuplah aku dapat luahkan kat blog ni. moga aku dan famili dapat lalui ujian ini dengan sabar. ini hanya ujian kecil dari Nya, mungkin ada benda yang aku ingkar perintahNya.. moga Allah ampunkan dosa-dosaku amin
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, 22 Mac 2011

Geng kembar yang join Jom Berkelah 2

Assalammualaikum,

Hari ni aku tak larat sangat nak mengadap pc lelama, badan lemau, kepala berat, hingus berguguran.. huhuhu.. dapat pakej sakit demam batuk selsema aa... Pagi tadi tak bleh nak bangun, wife aku kejut pun aku tak larat nak buka mata.. tapi lepas makan ubat dengan mandi baru segar sikit badan, berpeluh sikit... Harap-harap esok dah sihat...

Err...  cerita lari tajuk pula.. sori yer.. Ok dari feedback yang aku terima, mereka-mereka dibawah ni akan join Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2, masih lagi jauh dari sasaran tapi aku berharap ada lagi respon baik selepas hari ni...

Kembar Afiqah dan Afrina yang comel!

Salam petang, lama dah tak update blog nih... lebih 24 jam rasanya... huhuhu... hari ni aku tak berapa sihat aa.. demam batuk selsema... huhuhu...

Oklah tak mau membebel lagi..
Hari ni aku baru terperasan 1 geng kembar gegirl.. maaf yer saya terlambat blogwalking... jadi tu yang tak perasan tuh... huhuhu

Nama kembar pun korang dah tau macam kat tajuk tu.. Baru 5 bulan.. InsyaAllah keluarga kembar ni akan join Jom Berkelah dengan Geng Kembar ke 2 nanti..

Isnin, 21 Mac 2011

Nadya Suleman ibu kembar 8!

Mula-mula aku baca entri Mama The Triplets pasal zaman kembar lepas tu tengok gambar kembar 8! Wahh!! Ini betul-betul punya! Bukan main-main! Mama yang bertuah tu nama dia Nadya Suleman rakyat Amerika.

Anak-anak kembar dia, 6 lelaki 2 perempuan. Kembar 8 ni dipanggil octuplets. Dia dapat kembar menggunakan in-vitro fertilization (IVF).

Penantian itu satu kelaparan!

Pagi ni aku pergi klinik, sekarang ni kat klinik laa... biasanya laa bila dah pergi gomen, menunggu tu wajib.

Aku datang sini sebab nak ambil keputusan ujian darah yang aku buat minggu lepas. Kebetulan aku demam selsema dan batuk, alang-alang dah jumpa doktor, baik checkup sekali.

Disebabkan aku boleh agak nanti kena tunggu turn, aku ajak wife aku pergi makan dulu. Dapat laa makan bubur nasi, wife aku makan lontong.

Hari ni ramai betul orang sakit. Turn aku lagi 100 lebih jer. Huhuhu... Nasib dah makan, kalau tak pasti tersiksa kelaparan.

Moral kejadian: Sila makan dulu sebelum jumpa doktor di klinik gomen kerana penantian itu satu kelaparan!
Published with Blogger-droid v1.6.7

exabytes unlimited