Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tidur

Cerita menakutkan AMRAFAHAN oleh Incik Abah!

Pada hari Ahad lepas, petang tu Abah nak tidurkan AMRAFAHAN sebab abah suruh diorang tidur, diorang ajak Abah tidurkan diorang .. err paham ker? paham-paham jerlah yer! Kena peluk diorang tu macam biasa laa.. Disebabkan diorang masih main-main, abah buat laa cerita nak takutkan diorang, suruh diorang tidur!  Ceritanya cam gini, Abah beritau laa nanti ada cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) masuk ikut tingkap gigit kaki Kakak, Angah dan Adik sebab tak mau tidur, lepas tu si Adik menyampuk haa.. "Abah pun" (maksudnya cat tu gigit sekali Abah laa sebab Abah pun tak tidur!) haishhh budak-budak ni pandai sangat! Terpaksalah Abah buat garang sambil pegang rotan nak suruh diorang tidur, Abah cerita laa nanti cat makan kaki makan bontot cerita-cerita yang menakutkan diorang! si kakak jawab macam cerita jepun tu! "Hermmm!" Sambil hangguk kepala! pastu sambung.. "Nanti cat makan kaki kan Abah, makan tangan makan mulut kalau tak tidur kan Abah!" Ehhh budak ni! K...

Tidur berpeluk! Cat makan Bird Abang!

Imej
Sekarang nih, AMRAFAHAN suka tidur berpeluk, peluk macam mana, kena peluk dengan Mama atau Abah. Ada satu malam tu, Abah tidurkan diorang, jenuhlah nak bagi diorang tidur, siap cerita pasal cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) cat tunggu depan pintu bilik laa, kalau keluar bilik cat gigi kaki laa... bila diorang dah takut ala-ala tikus tu... masing-masing menyelit laa bawah ketiak Abah. Lepas tu semua minta Abah peluk dia... Haa... acaner tu?? Nak tak nak, Abah kena tidur terlungkup.. sambil mendepangkan tangan kiri dan kanan.. tangan kiri peluk Angah yang bawah ketiak Abah lepas tu melintang ke badan Adik sampai laa hujung jari peluk badan Kakak. Sebelah tangan kanan pula peluk si Abang.. Muka Abah paling ke kanan sebab Abang ajak bersembang. Dah macam kuak lentang pun ada.. huhuhu... bila dah macam tu,  Abah tak boleh angkat tangan pula tu selagi diorang tak betul-betul tidur. Kalau si Angah dah tidur bila Abah angkat jer tangan si Adik tarik pula tangan Abah, macam tu dengan K...

Ngantuk sangat!

> Panas! Panas! Gambar dari oven! Hehehe. AF AH AN ikut Abah ambil barang kat Puchong, on the way balik rumah, masing-masing dah lali, sampai rumah terus Abah snap gambar diorang. Agaknya sebab kembar kot, tu yang tak kisah hempap satu sama lain. Hehehe Nota kaki Abah: Sekarang Kami on the way balik Penang. Doakan Kami selamat sampai dah selamat balik, InsyaAllah. Amin

Tidur juga akhirnya!

Semalam disebabkan Mama sakit mata, abah jaga laa AMRAFAHAN, mama kena berehat laa.. Masa pergi ambil diorang ditaska rasa seronok betul!! Dah lama tak ambil dorang dari taska sejak tukar kerja kat Seremban nih! Diorang nampak abah terus jerit sambil lari "ABAHHHHH!!!! lepas tu tiba tiba abang keluar jerit "AYAHHHHH!!!" aikk... sejak bila sudah tukar jadi Ayah nih.. cikgu dia pun pelik... arghh takpe layan jer!!! Masa tu perasaan tu sungguh bahagialah!! tak tau nak kata macam mana!! mungkin sebab rindu aksi aksi diorang balik sekolah!! Yelah dulu abah yang buat semua.. sekarang tukar mama pula yang buat semua.. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Abah masakkan bubur nasi untuk diorang sementara tu diorang tengok tv sambil sepah-sepahkan apa yang patut!! Mama dah melepek dalam bilik.. yelah.. kang jangkit kat diorang satu hal pulak... Bila dah siap suapkan dorang makan, abah ajaklah tidur... perghhh... memang mencabar laaa nak bagi diorang nih tidur... kita nih tak boleh na...

Sedapnya bantal nih!!

Selamat pagi! Pagi aku tersedar AF menangis nangis, aku ingatkan kenapa? Rupanya tak bagi aku bergerak sebab masa tu AF dan AH tengah baring kat belakang badan aku.. Masa tu aku tidur meniarap tak sedar pun diorang baring belakang aku.. Huhuhu tidur mati aku nih... Yang buat aku tersedar sebab dengar AF menangis dan AN tuang susu kat pipi aku sambil ketuk muka aku dengan botol susu dia tu... Bila dah macam tu nak taknak kena laa bangun juga, yelahhh anak anak... Abah bangun subuh nih... Pastu aku terpikir? Kenapa AF marah bila aku bangun tadi? Empuk sangat ke bantal abah nih? Ke aku dah gemuk? Cehh!! Bila masa aku kurus entah!!! Huhuhuhu Published with Blogger-droid v1.7.2

Keletihan sangat anak abah nih!

Imej
Suka tengok gambar ni.. sebab tidur berbantalkan lengan sendiri.. err... ni Auni... apa ekk.. haa.. ni Auni laa... hehehe Gambar nih diambil semasa dalam perjalanan ke kenduri aqiqah Danii si tembam . Auni duduk dengan maksu dia.. hadoii.. seriuss aku tak ingat Auni apa nih..Auni Haziqah kot? Betul ke Mama? huhuhuhu

Nak berhimpit himpit!

Selamat pagi!! Aku baru perasan yang Amrafahan ni suka tidur berhimpit himpit sesama diorang antara aku dengan wife. Biasanya Auni Auni Auni akan tidur selepas maghrib, dapat minum susu diorang tidur sendiri bertiga tiga... Abang join lambat sikit sebab nak tengok kartun dulu baru tidur.. Jadi biasanya dorang tidur dalam 1 tilam queen yang aku letak sebelah tilam aku. Bila aku, wife dan abang tidur kat tilam satu lagi, auni auni auni akan bangun dan menyelit antara aku dan wife.. Semuanya nak tidur sebelah abah dengan mama jadi ada laa yang kena hempap sesama sendiri.. Yang kena hempap tu meraung raung yang menghempap tu buat tak tau jer.. Janji boleh tidur menyelit... Huhuhu... Nak tak nak kena gak aku bangun pujuk... Letak auni atas badan aku, tepuk tepuk bontot pujuk dulu.. Baru diam... Dah tiga empat malam macam nih... Sian abah.. Nak peluk mama pun tak boleh.. Huhuhuhu... Aku dan wife tengah plan nak asingkan tempat tidur diorang... Tapi masih gagal... Huhuhu... Macam man...

Cobaannn...

Imej
Cobaan untuk menidurkan Auni Auni Auni sekarang ni masih belum berjaya... Mama sibuk masak.. Jadi untuk tidak menukarkan mama menjadi resakse gorgon, ada baiknya aku bertukar menjadi ultraman si penjaga kanak kanak... Huhuhu... Biji mata sorang sorang nih cerah jer... Bila nak tidur nih... Ermm... Sementara diorang nak memain ni, baik aku curi curi masa update blog.. Hehehe.. Meh tengok gambar diorang sebelum nak tidur ni.. Masa aku ambil gambar ni AF dan AN tengah meraung... AN jer rilexs hehehe AN tak nangis pun AH nangis celah kelangkang aku.. Diorang ni mana sempat landing dorang landing jer.. Biasa perut aku tempat kegemaran AH nih.. Huhuhu AF meraung Published with Blogger-droid v1.7.1

Auni Auni Auni dah tidur!!

Barulah boleh mengadap pc nih.. tadi dah buat susu bagi Auni Auni Auni.. sekarang diorang dah tidur kat atas.. Abang ikut mama bersukan.. Abah dok rumah main tenet.. sambil pikir... eee... bersepahnya rumah.. nanti anak anak aku kutip masuk mulut benda benda nih.. tapi... malasnya nak kemas nak vakum... aarghhh!!! malasnya... Kalau diorang dah bangun nanti... APA PUN TAK BOLEY buat.. hehehehe.. oklah.. nanti mencari kekuatan mengatasi kemalasan nih... err.. ada idea tak? Yang benar, Saya yang malas.. abah amrafahan... huhuhu...

Kasihan anak abah!

Imej
Semalam kita orang (bahasa johor nih) pergi kenduri. Jadi aku susun laa anak anak dalam kereta... mama dan Auni Auni duduk belakang.. si abang dan Auni duduk depan.. (err.. Auni mana abah tak ingat! sebab tu guna nama depan jer!) kekekeke... Bila dah separuh jalan tu, Auni yang duduk depan ni terlelap.. bersandar kat abang dia... sian diaa.. si abang pun redha jer... Lepas tu minta mama baringkan kerusi tu.. bagi dia selesa sikit.. nyenyak tidurnya.. abang pun dah layu gak tu.. tak tahan jer mata dia... hehehe

Kantoi plak abah!

Semalam aku angkat AN dari kereta ke bilik lepas sampai dari rumah member aku... Masa tu AN masih tidur lagi... Jadi, lepas aku letak di tilam aku tutup pintu dan baring sebelah Auni Auni Auni... AF dan AH lena dah.. Lepas aku baring dalam 5 minit tu aku tengok AN, nampak macam dah tidur, siap peluk botol susu lagi... Ermm... Dah nyenyak kot.. Jadi aku pun bangun laa nak turun bawah nak tengok tv, aku bangun laa senyap-senyap nak turun bawah, masa tu bilik gelap, tengah elok aku berjalan senyap senyap tu, aku terlanggar mainan dorang jadi berbunyi laa bising.. Risau pula aku nanti AN jaga pula.. Bila aku tengok, elok jer dia tidur.. Ermm... Dah nyenyak nih.. Aku dengaj kompeden jer buka pintu bilik.. Berbunyi pula pintu nih... Jadi cepat cepat laa keluar dari bilik! Yes!! Dapat keluar! Tak sempat aku nak turun bawah AN dah menangis.. Hadoi... Sedar pula dia... Kantoi dah aku.. Bila aku masuk bilik jer, terus jer AN diam... Ermm... Nak taknak aku kena laa duduk sekali dalam...

Pujuk auni auni auni!

Semalam pukul berapa tah, rasanya pukul 1 pagi lebih, aku tersedar dari tidur, auni auni auni menangis agak kuat. Bila aku pusing tengok, mama takde sebab turun buat susu agaknya. Aku pun bangun pujuk diorang. Seorang aku angkat baring kat dada aku, sorang aku tepuk kaki dan sorang lagi baring bawah ketiak aku. Hehehe nasib semua nak diam. Seronok! Entah susah nak cakap dia punya feeling masa tuh! Rasa rapat jer dengan diorang. Tengah pujuk- pujuk tu, mama pun sampai dengan susu, terus diorang ambil susu dan minum, tak nangis dah. Abah diorang sambung tidur balik laa! Heeee... Dah! Dah! Dah! Nak siap pergi kerja nih! Daaa... Published with Blogger-droid v1.6.8

Gaya Auni Auni Auni tidur part 2

Imej
Suka aku tengok gaya anak-anak aku tidur... macam-macam pesen!! Kelakar pun ada! Hehehe... Ni masa cuti hari sabtu lepas. Masa aku jadi ultraman ehh.. babysitter hari tu! Sebelum mandikan dia orang aku saja je snap gambar dia orang dulu! hahaha... bila lagi kan! Nanti bila dia orang dah besar biar dia orang tengok gambar nih! Mesti hangin jer dengan aku! Ampunkan Abah! Auni Auni Auni!!! :) Gaya Tidur part 1 klik sini Dah siang pun! Cerah dah! Bangun!! Ni baru mengeliat nak bangun! Sedar aku masuk bilik! Hehehe Yang suka tidur separuh tilam separuh lantai tu Auni Naqibah, yang melintang kat tengah tu Auni Haziqah yang atas bantal tu Auni Faqihah.. Si Abang dah bangun awal dok tengok tv kat bawah.

Gaya tidur AMRAFAHAN

Imej
Haa... ni gaya tidur anak-anak aku sebelum dibangunkan untuk mandi dan di hantar ke taska... Macam-macam gaya ada... Kau orang tengok anak-anak jer.. bilik tak payah komen apa-apa... hehehe... Terlalu bersih dan tersusun... Aqil biasanya tidur lambat laa.. dalam pukul 10 ke 11 malam baru nak tidur... biasanya ikut abah dia laa... kalau ajak pergi lepak kat mamak, cerah jer biji mata dia.. huhuhuhu... Lepas tu dia akan bangun paling lambat sekali antara adik-adik dia.. lepas suruh mandi tak nak mandi... mengamuk-ngamuk tak nak mandi... kalau dengan abah dia memang kena simbah jer.. kekekeke... kalau dengan mama dia dipujuk elok-elok laa.. Auni Auni Auni pula tidur awal, biasanya lepas balik taska sampai rumah jam 6.20 petang, bagi dia orang main kejap depan tv lepas tu bagi makan, lepas tu angkat naik atas bagi susu, lepas maghrib tu biasanya dia orang dah tidur laa... Tapi bila tidur awal ni, dia orang bangun awal... pukul 5.30 pagi dah bangun kejut mama dia.. kalau dia orang ...