Khamis, 20 Februari 2014

Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya.

Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe).

Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat.

Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer!

Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semua sahabat saudara mara mendoakan kesembuhan dan kesihatan Abah samada melalui blog, FB, twitter, instagram , call dan secara live. Terharu sangat sangat! Sayang korang ketat ketat hehehe!!





posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Februari 2014

Allahuakbar! Ujian untuk anak Abah pula!

Abah tertunggu juga Mama datang ke hospital ni, tapi tak sampai juga. Alhamdulilah jiran, kawan-kawan sekerja, kawan zaman belajar, mak dan adik beradik Abah datang melawat. Bos Abah pun datang juga! Terharu sangat! Terima kasih korang semua!

Dalam pukul 2 petang tadi, Abah dapat call dari Mama, dia minta maaf sebab tak datang, sebab dia kena handle Amrafahan dan cikgu tadika beritau Mama, AH a.k.a kak ngah kena gigit tebuan kat kaki kanan dia. Allahuakbar! Terkejut Abah! Banyak betul dugaan, Abah cakap kat Mama, selesaikan urusan diorang dulu, Abah kat sini ok jer. Tak payah risau.

Lega Abah bila diberitahu dia baru lepas bawa Angah ke klinik. Kesian Angah menangis kuat kat tadika tadi. Dah lah Amni tengah demam kuat. Harap harap mama kuat hadapi semua dugaan nih! Mama kena kuat yer! Jangan risaukan Abah kat hospital nih! Bak kata Mama pagi tadi, ramai doktor-doktor muda kat wad ni!

Konpius Abah tak paham maksud mama tu! Huhuhuhu o_O

Kawan kawan Abah!

posted from Bloggeroid

Abah accident motor pulak!

Ringkasnya, mesej Mama pada kawan kawan abah,

Assalamulaikum, sori ganggu,
Jari manis kiri Zaini dah dioperate pkl 12 td
Skrg dah selesai n dah sampai wad
Dia mamai n tgh tdo
Nanti kalau dpt further info dr doctor sy kabokan
Tq atas doa dan perhatian semua
Hanya ucapan terima kasih dpt kami sekeluarga berikan

Assalamulaikum semua, ni wife dier, sori,
Zaini eksiden masa dah sampai putrajaya, depan inspen
Dia naik moto
Td doc oto tgh tgk dia, sy blom jumpa dia lg
Ada jari yg patah,
Rasanya dia ngantuk, terbabas n langgar keta yg park tepi jln, tak sure kepala kena tak, tp dia tak ingat apa yg berlaku. Sy tya pada doc in charge td.


Ni mesej Abah reply pada kawan kawan pagi tadi...

Alhamdulilah saya dah ok sikit. Dah segar sikit. Sakit sakit badan. Tengah tahan sakit kat jari tangan kiri. Kaki kiri bengkak kat tulang keting n lutut. Dah operate jari, doc jahit sambung. Nak monitor jari yang jahit tu hidup ke tak.








Harap anak anak Abah ok duduk dengan mama. Sian kat Amni yang tengah demam tu.

posted from Bloggeroid

exabytes unlimited