Friday, February 17, 2012

Untuk isteri tersayang ........


Abah dapat info ini dari Facebook, peringatan yang bagus untuk Abah menghargai Mama..

Untuk isteri tersayang ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


Thursday, February 16, 2012

Rindu yang dulu-dulu!


Tiba-tiba rindu saat diorang besar nih! Hehehe.. sekarang nih dah banyak celoteh dah!! hehehe. Kalau tanya abah mana satu AF AH AN memang abah tak ingat!! Mama ingat ke haa?? Dulu kalau angkat diorang dari tilam, kena ingat ambil kat tilam warna apa! Lepas tu letak balik kat warna tu tukar! takut tertukar! hehehe... Bila ingat-ingat balik, kelakar pun ada! Bila tiga tiga Auni kena angkat... yang tukang angkat tu kena ingat kat mana tilam diorang, lagi pun Abah dan Mama tak pakaikan diorang tag ke gelang ke apa-apa tanda laa!! Cuma si AN paling senang kenal sebab dia ada tahi lalat di bahu kiri. Bila dah kenal si Adik baru laa belek mana si Kakak dengan Angah. hehehe.

Tapi sampai ke hari ini.. Abah masih tersilap panggil diorang! Siap kena gelak dengan Mama... Nasib laa diorang sekarang nih dah pandai menyahut dan kenal diri kalau kita panggil nama diorang... Nanti kalau diorang dah besar pakat-pakat nak kenakan abah, habislah abah masa tuh! takkan abah nak selak baju Auni Auni Auni sebab nak tengok tahi lalat! hadoihh... macam manalah masa tu nanti yer!! Kawan-kawan abah yang ada anak kembar pun ada cerita, bila anak-anak kembar diorang dah besar, siap mengakali mak ayah diorang lagi! kekeke... ermm... masa abah nanti.. tunggu jerlah!! haaiiiiiii...........


** Abah nih rindu kat AMRAFAHAN masa kecil ke rindu nak anak kecil lagi? kekekeke...

Takziah Sahabat!

Kawan Abah juga seorang blogger, baru kehilangan bapa tersayang pagi tadi. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan syurga yang paling tinggi. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Segamat selepas asar nanti. Sekarang ni jenazah dalam perjalanan ke sana dari Muadzam. Takziah Najeeb. Kuatkan semangat, tabah dan banyak-banyak sedekah AL Fatihah kepada arwah abah yer! Wakafkan sesuatu untuk arwah abah ye!

Al Fatihah


Dulu paderi sekarang pendakwah Islam!

Selingan sikit yer! Minggu lepas Abah solat maghrib kat surau As Syakirin Sekolah Menengah Presint 14 Putrajaya. Surau ini memang dah jadi surau untuk penduduk-penduduk area taman abah berjemaah sementara menunggu surau taman siap. Kebetulan yang datang bagi kuliah maghrib hari tu Ustaz Farhan Abdullah Al Hafiz. Abah mula-mula tak perasan nama ustaz ni, bila bila dengar dia bercerita barulah abah teringat pernah mendengar kisahnya sebelum ni cuma tak bertemu empat mata.

Ya Allah Maha Besar, abah bersyukur berpeluang berjumpa dengan insan yang hebat ini. Kerdil jer rasa diri ini bila nak dibandingkan dengan ustaz ini. Kita sejak kecil memang dah Islam, tapi Ustaz ini bila dah besar baru diberi hidayah oleh Nya dan menjadi lagi hebat dalam Islam berbanding kita yang Islam sejak azali ni..

Seronok mendengar ceramah ustaz malam tu, sampai abah mengalirkan air mata apabila ustaz tu membacakan doa diakhir kuliahnya. Abah ada buat rakaman video kuliah ustaz ni, tapi suara tak berapa jelas sangat sebab guna tipon jer! InsyaAllah nanti Abah upload untuk kita kongsi bersama, file dia besar juga laa dalam 300mb tapi InsyaAllah akan diupload juga!.

Kenangan abah dengan ustaz! Hehehe



Kisah Hidup Ustaz Farhan Abdullah

Wednesday, February 15, 2012

Tukar lagi!!

Hari ini AMRAFAHAN pergi ke taska baru yang lain pula. Taska yang baru pindah hari tu, ada masalah sikit. Tak perlulah cerita.. pesan Mama tadi.

Kali ini berpindah taska, si Abang, Kakak dan Angah menangis meraung. Takpelah sayang, tukar taska lain, dapat kawan-kawan baru, mainan baru. Si Adik jer rilek! Turun-turun kereta, dia nampak ada budak sebaya dia berjalan masuk ke taska, terus cakap dekat abah "Fren abah! fren!" hehehe.. dalam bilik taska baru tadi si Adik cepat sesuaikan diri tak menangis pun. Alhamdullillah. harap-harap Abang, Kakak dan Angah boleh serasi dengan tempat baru nih.

Bukan senang kan hantar anak 4 orang sekaligus masuk ke taska. Tak semua taska boleh terima, terima kasih Abah dan keluarga pada Datin Pengetua taska yang AMRAFAHAN sempat duduk 14 hari, jasa Datin memang tak dapat kami balas...

Setiap kejadian ada hikmahnya. Allah lebih tahu, perancangan Allah lebih sempurna! Abah percaya tu! Manusia ni hanyalah hambanya... Abah sedar tu..

Abah berharap lepas ni takde masalah lagi di taska baru nih. InsyaAllah. Kalau ada juga, lepas nih abah pergi opis bawa AMRAFAHAN, kengkawan opis dah setuju dah! hehehe.. silap-silap abah berenti kerja buka taska! Amin.. 




**Mama jangan sedih tau! Tak mau nangis-nangis lagi tau!! Sayang Mama dan AMRAFAHAN sangat-sangat!!!

Monday, February 13, 2012

Kerepek Pisang Sumbat!

Haa.. ini resipi terbaru ciptaan anak anak Abah iaitu Auni Auni Auni. Senang jer buatnya... lebih kurang macam buat tahu sumbat tu!!

Mula-mula nak buat resipi ni kena pastikan Abah tidur nyenyak.. lagi elok masa tu abah tengah demam.. Pastikan juga Abah tidur sambil mulut ternganga.. Hehehe.. takdelah... nak cerita pasal benda lain... Ceritanya macam ni, masa tu abah tengah demam dan tidur sepanjang hari, lepas tu datang laa tentera-tentera kecil nih nak kejutkan abah bangun. Agaknya masa abah tidur tu mulut ternganga.. diorang nih tengah makan kerepek pisang masa tu.. Mula-mula tu abah tak tau siapa yang mulakan dulu sumbat kerepek dalam mulut abah tu.. Lepas tu Abah terjaga laa.. tapi pejamkan mata, saja layan diorang.. kerepek yang disumbat tu Abah kunyah dan telan laa.. Haa.. lepas tu empat-empat orang budak kecil tu sumbat kerepek dalam mulut abah.. huhuhu penuh terus mulut abah.. hadoihh... terus abah  buka mata... mau mati tercekik kang nih!!! Si Abang, Kakak dengan Angah terus lari laa.. tinggal si Adik jer.. si Adik dengan rasa tak bersalah terus sumbatkan lagi kerepek pisang dalam mulut abah. Si Adik ni memang suka suapkan abah makan.. biasanya kalau dia makan biskut ke baki biskut yang tak habis tu disumbat dalam mulut abah.. paksa makan! Selagi abah tak makan selagi tu dia paksa.. huhuhu sian abah.. hehehe. Bila adik dah paksa abah makan kerepek tu.. abah layan jerlah dalam mamai mamai tu.. lepas tu terus dia suapkan kerepek tu sampai laa kerepek tu habis... Adik.. adik... Abah layan jerlah hehehe.. boleh baik demam terus kalau cam nih! hehehe

exabytes unlimited