Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 23, 2012

Sakit!

Hari ni Abah tak update cerita Amrafahan. Otak blur! Huhuhu. Pagi tadi tadi lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, Abah bangun laa dari duduk kerusi kecil kat toilet tu. Tiba-tiba masa nak bangun terasa sakit kat pinggang sebelah kiri. Ingatkan tak de apa-apa jadi Abah terus laa bersiap nak pergi kerja. Masa angkat beg letak kat motor tu macam dah rasa sakit lagi. Tapi buat tak tau jer sebab nak pergi kerja dah lambat. Masa dalam perjalanan ke opis tak de laa rasa sakit sebab menunduk sikit bawa motor tu. Bila dah sampai parking motor, lepas tu tongkatkan motor, sakit makin kuat, tapi lawan juga laa cuba tak berdiri tegak. Bila angkat jer beg dari box motor terus sakit kuat sangat sampai kena duduk mencangkung sebab nak bagi lega. Adoihh masa tu tak boleh tahan dah sakit tu, ada laa makcik cleaner tu nak tulun call ambulans, ehhh Abah kata tak payah, buka tak boleh bangun pun, cuma kena jalan tunduk sikit, tapi tak boleh bawa beg sekali sebab beg laptop Abah tu berat. Abah call m

Abah yang garang!

Semalam Abah bawa AMRAFAHAN jalan-jalan. Masa dalam kereta tu biasalah diorang akan main-main. Bila dah macam tu diorang leka main, kejap ke depan kejap ke belakang, sampai simpang Abah brek sebab nak belok, tiba-tiba Angah marah sebab dia tergolek dalam kereta, "Abah ni! Jangan laa buat Angah jatuh!" Tak pasal-pasal Abah kena marah! Hehehe Bila dah macam tak terkawal masing-masing berebut mainan, konon-konon Abah nak marah laa! Abah cakap dengan AMRAFAHAN, Abah: "Abah kira sampai 3, sapa tak duduk elok-elok, Abah gigit kaki dia!" Abah: "Satuuu!! Duaaaaaaaaa!!!" Saja laaa sebut panjang nak bagi depa duduk. Seorang pun tak duduk.  Tapi ada orang sambung lak kiraan Abah. Kakak: "3, 4, 5 dah habis dah!!!" Dengan muka selamba sambil main mainan! Adoihh!!! Tak jadi Abah marah! Terus Abah senyum sorang-sorang! Lantak laa korang! Mainlah! Abah tak marah! Hehehe

Aktiviti AMRAFAHAN pada hari cuti!

Hari Sabtu lepas, Abah bawa AMRAFAHAN naik ERL, ini bukan kali pertama diorang naik tapi kali kedua kalau tak silap bezanya dulu naik masa kecil lagi agaknya tak faham apa-apa, tapi bila bawa masa sekarang nih diorang dah boleh ingat dan enjoy laa. Pagi Sabtu tu dah keluar bersarapan ramai-ramai. Semua orang tak mandi lagi kecuali Abah! hahaha bocor rahsia Mama!! Pergi makan kat Medan Selera Seri Teja atau orang panggil Medan Payung sebab bentuk macam payung kat Presint 9, Putrajaya tu! Ada satu gerai roti canai Brother nih.. sedap dan garing roti dia! Tapi nak order kena ambil nombor giliran dulu! Masa Abah sampai tu dalam pukul 8 pagi giliran Abah yang ke 18, budak tu siap beritau kena tunggu dekat sejam baru dapat! Nak taknak kena juga laaa sebab dah sampai. Masa makan tu macam biasa laa, segala jenis kekecohan akan berlaku! hehehehe. Tapi sebab Mama garang, Abah garang sikit! kekeke dapat laa kawal AMRAFAHAN! Lepas tu balik rumah, bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin member

Sambutan Ambang 2013 bersama UAI!

Abah menyampaikan pesan.. Salam Nazir/ Ajk yg dirahmati Allah , mohon dipanjangkan jemputan ini kepada para jemaah di kuliah kuliah maghrib & mimbar Jumaat nanti. Sambutan Ambang 2013 pd 31 Dec 12 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Syed Norhisyam dan ramai tetamu jemputan khas spt Pierre Andre, pelakon Adam Hawa saudara Kamal Adli , Wan Zack Haikal pemain bola Harimau Malaya, Malek Noor dan ramai lagi. Program bersama dgn kempen Anti Zina yg mana setiap tahun bulan 9 adalah bulan yg paling ramai bayi lahir hasil 'Kerja' para remaja pada malam tahun baru setiap tahun. Sama sama kita berusaha utk membawa para remaja ini ke majlis yg berfaedah dan terkawal, Insyaallah. Saya mohon agar disampaikan pesanan / jemputan ini kepada semua. Semoga dgn usaha kecil ini dpt membantu bangsa yg kita kasihi.. Jazakallah. Jalani, PA Ustaz Azhar Idrus Sumber FB Nota Kaki Abah: Silalah hebahkan! Moga usaha kecil ini