Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 23, 2014

Lepak ED lagi!

Imej
Hehehe tau tak ED apa? Best woo tempat nih! Ramai orang!! Happening giler!! Tu laa.. asal boring menunggu jer.. mesti update blog! Dah macam blog Abah jer! Padahal blog untuk anak-anak. Huhuhu. Pagi tadi macam biasa laa pergi cuci luka kat jari nih. Alhamdulilah dah makin kering. Minggu depan nak buka jahit dah. Lepas tu, abah cakap laa dengan Nurse tu nak jumpa doktor sebab bengkak kat kaki kiri nih tak susut pula lepas keluar hospital hari tu. Ahad lepas dah pergi klinik minta ubat susut bengkak tapi macam takde apa-apa jadi masih bengkak lagi. Bila jumpa doktor klinik, dia suspek ada urat tersumbat atau apa tah lupa! Hehehe. Harap harap takde apa yang teruk, risau gak! Kaki nih tak boleh bengkok sangat, nak solat pun kena duduk. Lepas tu doktor buat surat refer terus ke ED Hospital Putrajaya. Sampai sini seperti biasa menunggu laa giliran kad hijau. Sebab doktor kat triage kata kat Nurse tu masuk G1, lepas tu Nurse bagi laa Abah kat hijau. Masa tu berharap buka sesuatu yang t

Bacaan Doa Minta Hujan

Bacaan Doa Minta Hujan اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ “Ya Allah! Turunkan kami hujan kepada kami, yang menyegarkan dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” (HR. Abu Dawud, lihat Shahih Abu Dawud 1/216) اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا “Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami.” (Sepakat Riwayat) اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ “Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, binatang ternakanMu, sebarkanlah rahmatMu, dan suburkan tanahMu yang tandus.” (HR. Abu Dawud, lihat Shahih Abu Dawud 1/218) posted from Bloggeroid

Hari ke 5 cuci luka

Imej
Sedar tak sedar dah hari ke lima pergi cuci luka. Abah kena buat sampai 2 minggu. Lepas tu jumpa doktor untuk buka jahit. Sakit kat jari tu ada masa berdenyut denyut. Kaki kiri nih lepas accident nampak macam makin naik bengkak. Semalam dah jumpa doktor ambil ubat susut bengkak. Harap-harap makin kurang laa sakitnya. Tadi baru lepas minta bank hantar salinan geran kereta ke bengkel tempat Abah hantar kereta. Harap-harap boleh siap cepat. Mati kutu nih takde transport. Cuma motor jer belum hantar ke bengkel lagi untuk repair. Tak larat pula nak tolak motor sorang-sorang, kang tak pasal kurus hehehe. Jauh gak laa bengkel motor tu, ada laa dalam 1.8km+-. Nasib repot polis dah buat. Nantilah bila kaki dah ok sikit baru hantar motor claim insuran. Ni gambar cuci hari ni. Tapi bahagian tak ngeri laa. Bahagian ngeri takmo tunjuk lagi... Huhuhu posted from Bloggeroid

Doktor menyatakan akan dapat kembar 5....

Imej
Doktor laa yang cakap... Meh baca keratan Metro Ahad hari nih... Masa interview tu macam banyak maklumat, bergambar bagai. Siap panggil family kembar 3 yang lain, mula-mula ingat tak keluar dah cerita nih sebab dari tahun lepas interview. Lepas buat tak tau laa. Tup tup dapat mesej kata keluar hari nih. Oklah tu, Tapi Abah rasa diorang patut siarkan gambar beramai-ramai tu, sebab semua famili kembar ada, kembar 3 ada 3 famili, kembar 4 dan kembar 2 pasang. Apapun terima kasih buat wartawan harian metro yang sudi interview kami semua. posted from Bloggeroid