Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 13, 2011

Anak aku pemalas?

Imej
Ermm... lama dah nak buat entri ni.. tapi terlupa letak gambar kat mana... hehehe.. Tengah belek-belek folder lama, terjumpa laa...

Masa ni Auni Naqibah tengah malas nak pegang biskut yang kita bagi kat dia.. So, dia sumbat jer kat mulut dia tu.. lepas tu makan sikit-sikit sampai habis... hehehe... comel jer aku tengokkannya...




Meh layan perangai dia orang pula! Klik Sini

Cara nak tambah visitor kat blog kita

Imej
Salam sejahtera..

Aku nak share something.. mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum... Kita boleh cuba laa mana laa tau tiba-tiba meletup blog kita dengan isu yang kau orang utarakan tu!

Antara cara nak entri kau orang di baca oleh orang seluruh dunia, kau orang boleh guna Apesal.com. Pada aku menarik laa.. boleh tengok entri-entri best kat situ...

Mai lah cuba! Senang jer register kat situ. Lepas tu ikut aturan dia.. Ni aku ada print screen dia punya webpage..


Moga info ni berguna untuk kau orang..

Sekian terima kasih!

Main game pun boleh dapat duit!

Imej
Menarikkan! Main game jer boleh dapat cash voucher! Siapa nak bagi kan!

Kat mana nak main? Main kat sini -->> Adizero Running & Football

Bila dah dapat high score boleh dapat cash voucher lepas tu boleh redeem kat Adidas store.. main game jer pun boleh dapat duit! Jom main game! hehehe

Alhamdullillah. Terima kasih pada  Nuffnang sebab sudi bagi aku BE lagi.. Bagi laa banyak-banyak lagi.. hehehehe
Terima kasihlah pengiklan sebab sudi melepak kat blog aku nih... toceii tocei.. hehehe
Nilah iklan yang sudi melepak di blog aku...



Hangin tapi tak boleh marah!! Versi Kedua!

Imej
Haiii lah.. anak-anak... nak marah tak boleh.. nak gelak pun boleh jerlah... Kali ni acara main bedak diketuai oleh En. Aqil disertai oleh Auni Auni Auni...

Kelmarin, anak-anak, aku letak dalam bilik... lepas tu senyap jer... wife aku pun pergi laa jenguk... ingatkan dah tidur.. rupa-rupanya ada aktiviti...

Wife aku buka jer pintu bilik terus panggil aku berkali-kali... aku pun ingatkan ada apa laa... sampai atas tengok... baikkkkkk punyer dia orang main bedak... Hangin jer nengokkannya... tapi pada masa yang sama tersenyum dengan keletah dia orang... hehehe... so layankan jerlah... Anak-anak abah... anak-anak abah... huhuhuh...






Cerita versi pertama klik sini

Hari ni genap 2 tahun

Imej
Al-Fatihah...



Hari ini genap 2 tahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin..

Rindu pada abah sangat-sangat... Moga bacaan Al Fatihah ni sampai kepada abah dan mengurangkan rindu aku sekeluarga pada abah...

Alhamdullillah Udo dah stabil

Imej
Alhamdulllilah pakcik aku Udo dah stabil. Semalam aku dapat lawat di kat Hospital Ipoh bersama-sama dengan sepupu aku, lega hati ni tengok dia dah boleh makan, dah boleh bersembang... walaupun nampak lemah, tapi aku nampak ada kekuatan disitu, ditemani oleh isteri dan anak beliau...

InsyaAllah hari Isnin ni, Udo akan dihantar ke IJN. Nanti bolehlah kami melawat lagi...

Sempat juga laa aku snap gambar dia.. pada saudara-mara aku yang tak dapat pulang tengok dia, harap gambar ni jadi pengubat rindu kepada pakcik kita...




No cantik Ben Ashaari.com

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi...

Tadi aku tengah belek-belek blog Ben Ashaari ni... pastu terperasan satu benda menarik... cam cantik dan lawa jer nombor tu... aku pun alagapas laaa!! terus jer.. print screen... Lepas aku print screen jer.. terus jer nombor tu bertukar... hehehe nasib sempat..

Ben, kalau kau marah aku print screen blog hang, hang kena belanja aku roti tampal kat Ali 1 Bistro! hehehe

Satu yang aku.. ehh.. bukan satu.. banyak.. tapi antaranya yang aku kagum pasal blog ben ni, tengah malam dan pagi sebelum ayam jantan bangun pun ramai orang jenguk blog dia.. tu tengoklah sendiri... tabik tuan! hehehe

Lepas tu ko tengok pageview dia tu! Perghh!! Meleleh air liur anak aku... tengok punya laa cepat naik.. tak sampai 10 saat dah bertukar dah... Kalau blog aku... huh... jangan harap... 11 saat baru jer nak bertukar nombor kat page view tu.. kekeke... aku tipu... mana dapat 11 saat... 11 jam mungkin... minta-mintak laa lepas ni lagi cepat dari 10 saat tu.. Amin.. err.. kor…

Kat Perak sekarang ni..

Kami nak pergi lawat Udo kat Hospital Ipoh.. tak sempat nak update panjang.. nanti aku update lagi... Udo semalam tak stabil lagi.. tak boleh hantar ke IJN. So kami decide datang lawat dia kat Ipoh..

Nanti aku update lagi la yer..

Kena hantar ke IJN

Imej
Tadi aku baru bercakap dengan wife aku, ingat nak halfday hari ni, nak balik Ipoh kejap nak lawat Udo, tapi tak jadi balik.

Sepupu aku baru je lepas call aku, beritau pak cik aku Udo akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ni. Mak cik aku tengah ready kat hospital Ipoh untuk ikut Udo naik ambulan di hantar ke IJN. Keadaan Udo tadi dah stabil, jadi doktor beri pelepasan...

Aku berdoa dan berharap keadaan Udo terus stabil agar tiada kesulitan semasa nak menghantar beliau ke IJN. Perjalanan ke IJN ambil masa lebih kurang 3 jam dari Ipoh. Lama juga tu..

Nanti aku dan famili nak melawat dia di IJN bila dia dah sampai sini... Last aku jumpa masa majlis pertunangan sepupu aku hari tu, sihat walafiat jer Udo... rindu gurauan dia main-main dengan anak-anak aku... :)

Moga Udo cepat sembuh yer! Kami anak-anak buah Udo, doakan Udo cepat sihat dan sembuh dari sakit Udo ni... Amin...


Cerita sebelumnya Berita sedih lagi...

Berita sedih lagi..

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita sedih lagi... Sepupu aku beritau aku pakcik aku yang aku panggil Udo, abang ke 4 kepada arwah abah aku dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas...

Dari apa yang diberitahu oleh sepupu aku tu, Udo dimasukkan di Wad CCU di Hospital Ipoh, kelmarin. Jantung di Hospital Ipoh belum beri kebenaran kepada Udo untuk dibawa ke IJN KL.

Lepas tu, aku terus call sepupu aku yang dah pergi melawat Udo kat Hospital Ipoh tu, keadaan Udo pada masa tu lemah, banyak tidur jer.. mungkin disebabkan ubat yang diberikan doktor. Dia juga memakai topeng bantuan oksigen. Sepupu aku mengajak aku melawat Udo jika aku berkesempatan.

Hati ini teringin nak balik melawat Udo, mungkin balik naik ETS KTMB sekejap jer 2 jam jer.. InsyaAllah jika tiada aral, aku nak balik melawat Udo.

Doakan pakcik aku cepat sembuh yer! Aku sentiasa berdoa agar beliau cepat sihat dan sembuh.. Amin...

Geng Kembar bertambah lagi!!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pagi ni aku nak update pasal geng kembar lagi.. Alhamdullillah kalau masuk yang terbaru ni, dah 28 keluarga kembar aku dapat kumpulkan. Boleh tengok senarai kembar kat sini.

Meh kita tengok siapa yang bertuah kali ni!

Ini gambar masa dia orang umur 5 bulan. Sekarang dah besar dah! Meh terjah blog mama dia orang!

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Junjungan Kita

Imej
Hari ini 12 Rabiulawal 1432 hijrah (bersamaan 15 Febuari 2011), adalah hari kelahiran (maulud) rasul junjungan kita Rasullullah s.a.w . Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Jom sama-sama Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w .

*Sebarkan EVENT ini supaya tahun ini, hari ini lebih diingati dan dirai berbanding hari semalamnya [14 februari].

*Siapa yang ada blog, atau suka tulis nota di FB, sebarkan juga.

Sekian, salam dan terima kasih ya. :)
Join Sini

Sepatutnya hari ini adik aku kena bedah

Imej
Assalammualaikum

Hari ni 14 Feb 2011, adik aku sepatutnya dah menjalani pembedahan buang tumor di kepalanya.. Tapi ditangguhnya ke 21 Feb 2011. Hospital call mak aku beritau tarikh bertukar kerana apa tah aku tak ingat.. tapi berkaitan dengan doktor pakar laa..

Sekarang ni, adik aku masih tak bersekolah, bukan status pelajar pun sebab dah dapat surat berenti sekolah tingkatan 3 dari sekolah putrajaya sebab nak masuk sekolah vokasional kota tinggi. Tapi hari tu mak aku cuba daftar dengan berjumpa pengetua smvkt, dia kata selesaikan pembedahan dulu, tengok kesihatan dia macam mana, baru daftar... aku pun kesian kat adik, tapi nak buat macam mana, Allah menguji kami sekeluarga.

Sekarang ni, adik aku makan ubat dari hospital dan juga jus manggis, keberkesanan dia tak taulah... cuba jelah... Allah jer yang tau macam mana.. jauh disudut hati aku ni.. aku berharap adik aku sembuh sebelum pembedahan ni, mungkin ada hikmah doktor tangguhkan pembedahan ni, setiap hari aku berdoa agar adik aku s…

New Project: Nak pergi membunuh! Nak ikut tak?

Imej
Sesiapa dah cukup umur 21 tahun, boleh mendapat kebenaran mak bapak balik lewat malam, lepas tu dapat kebenaran dari isteri-isteri masing-masing.. bolehlah join..

Bunuh apa? Join dulu baru tau... Senang jer... Err.. perlukan keberanian yer! Tak berani tak boleh..

Maklumat lanjut sila tengok sini..











Serius nih! Serius main-main tau!!

Alhamdullillah selesai sudah!

Imej
Alhamdullillah selesai dah event Jom Berkelah Dengan Geng Kembar. Walaupun aku terlambat sampai aku, aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang hadir..

Walaupun event kita dalam hujan yang lebat, tapi tetap meriah. Sempat lah snap 2 3 keping gambar... Terima kasih pada Harian Metro sebab sudi hadir pada event ni. InsyaAllah akan disiarkan dalam ruangan keluarga. Bila tersiar tu aku pun tak tau... nanti dia orang akan inform aku... nanti aku inform kau orang..

Aku suka dan happy sangat sebab dapat tengok kembar ramai-ramai ni... macam-macam perangai ada... ada yang diam, ada yang terrer nangis.. hehehe... ada yang memula diam lepas aktif... macam-macam laa perangai... Seronot tengokkannya!!

Kat sini aku nak minta maaf pada yang hadir atas kekurangan yang ada pada majis tu, mungkin aku tak dapat tegur semua orang yang hadir... mungkin aku sempat bercakap dengan kau orang, harap jangan berkecil hati yer.. aku ni manusia biasa... Dengan keadaan hujan yang lebat tu.. semua perancangan jadi …