Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2012

AMRAFAHAN di NONA hujung minggu nih!

Assamualaikum, maaf yer lama tak update blog! Bz a.k.a malas! Hehehe
InsyaAllah AMRAFAHAN akan keluar di rancangan NONA pada 25 Mac 2012 jam 2 petang untuk cover cerita pasal kembar. Abah difahamkan, pada hari tu ada kembar pemain bola sepak negara Aidil Zakuan tu, kembar siam Ahmad Muhammad, kawan saya keluarga 2 kali dapat anak kembar En. Din dan Pn. Ayu dan kami sekeluarga.
Kawan kami tu di interview oleh Fara Fauzana, kami oleh wartawan NONA. Masa rakaman berlangsung tu, mula-mula wartawan tu minta kami duduk sekeluarga dekat-dekat. Buat kat taman permainan belakang rumah jer. Mula-mula tu bolehlah si AMRAFAHAN nih dok diam, lepas tu masing-masing nak turun main kat taman. Memang tak boleh kawal la.. Yang kelakarnya masa tengah rakam tu, tiba-tiba si Abang jerit "Abah!! Nak berak" hahaha banyak kali pula tu dia ulang cakap! Terus stop record! Potong betullah abang nih!! Kami tahan gelak jer!!! Hadoihh!!! Lepas tu suruh si Abang main kat taman, baru ok sikit. Tapi sebelum t…