Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kembar 3 perempuan

Macam nih lah agaknya nanti!

Imej
Macam nih lah agaknya nanti kalau si Auni Auni Auni bersekolah! hehehe takleh nak bayangkan macam mana nanti! Boleh ker duduk diam-diam, sebab sekarang nih kalau nak ambil gambar sekali memang payah lahh! tu pun kena umpan baru boleh diam! huhuhu Tarikan kembar tiga BALING: Kehadiran tiga beradik kembar perempuan yang mendaftar sebagai murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, di sini, semalam menimbulkan keceriaan kepada warga sekolah itu sekali gus mencatat sejarah. Tiga beradik iaitu Norain Nabiha, Norain Najihah dan Norain Nasuha Nasir, 7, dari Kampung Telok Pendiat, Pulau, dekat sini, ternyata mencuit perasaan rakan lain dan guru sekolah dengan aksi dan gelagat tersendiri mereka. Ibu mereka, Normah Ahmad, 40, berkata ketiga-tiga anak kembarnya bangun seawal jam 6 pagi dengan berpakaian sekolah baru kerana begitu teruja memasuki alam persekolahan. Menurutnya, mereka juga bersiap sedia dengan pakaian dan beg sekolah serta buku yang disusun sejak malam kelm...

Kembar 3 senior jumpa kembar 3 junior!

Imej
Masa cuti hujung minggu lepas.. kami sekeluarga pergi beraya rumah kembar 3 junior nih.. Dulu pernah melawat mama diorang kat hospital tapi tak dapat tengok baby. Hari tu baru pertama kali dapat tengok baby. Semuanya perempuan comel-comel! tak tak berani nak pegang sebab baby tu pra matang. kami paham laa sebab tu kami pun macam tu jugak.. larang orang tak bagi sentuh baby kami sebab doktor yang suruh tau! hehehe.. Bila dah jumpa dapat laa bergambar walaupun baby tengah tidur! Terima kasih pada Mus dan Zura sebab benarkan kami ambil gambar anak diorang! Keesokkan harinya Mus dan famili balas balik kunjungan kami, diorang datang beraya rumah kami.. jadi ambil gambar lagi.. hehehe Sekarang nih aku tak berani laa nak dukung ke pegang baby baby nih.. risau! Nanti dah besar sikit baru boleh dukung-dukung! lagipun rumah diorang nih kat Putrajaya juga!! Boleh melawat bebila masa! hehehe Auni menyelit!

Selamat Datang Kembar 3 Zura dan Mus!! Baru lahir minggu lepas tau!!

Imej
Semalam aku dan wife pergi melawat kembar 3 yang baru lagi Ahad lepas.. Tahniah pada ibu bapa kembar 3 iaitu Wan Azura dan Mustaffa! Macam mana kami boleh kenal pula kan? Haa.. macam ni laa lebih kurang kisahnya.. Lepas kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro hari tu, Zura masa tu tengah mengandungkan kembar 3, jadi disebabkan dalam berita tu ada diberitahu tempat kerja wife aku,   Zura cari juga nombor telifon untuk bercakap dengan wife aku.. yelah nak minta tips rasanya.. sebab diorang nih kira first baby selepas menunggu selama empat tahun kalau tak silap.. Bila dah dapat berhubung dengan wife aku, Zura dah jadi geng laa dengan wife aku ni walaupun tak pernah berjumpa... Selepas wife aku diberitahu yang Zura dah selamat melahirkan baby kembar 3 nya.. wife aku ajak aku pergi melawat diorang di Hospital Putrajaya... Kami disambut mesra oleh Zura dan Mus bila kami sambil di katil diorang.. Tapi baby kembar diorang masih di NICU masih dalam pemerhatian doktor.. Dalam bilik tu a...

Jumpa kembar 3 lagi laa!! Anak dara lagi!!!

Imej
Haa... jumpaa kembar 3 lagi laa... anak dara lagi!! Kira macam versi Auni Auni Auni bila dah besaar hehehe... Aku jumpa kat  blog mama hebat nih!! Terima kasih mama!!! Mai kita terjah blog dia... diorang baru buat blog nih... baru 2 orang jer follower diaa. mai kita support diaorang nih.. bior  ketagih berblog macam aku nih... huhuhu.....