Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gambar berkelah

Gambar Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2

Imej
Ini adalah entri bergambar, sila sabar untuk gambar di download... Ada 120 keping gambar. Dinasihat korang  masak dulu ke, basuh kain dulu ke, dodoikan anak dulu ke, buat kerja dulu ke, tidur dulu ke, mandi dulu ke, pergi shopping dulu ke.. lepas siap tujuh lapan kerja baru tengok balik blog nih dah siap download ke belum... aku cadangkan guna internet berkelajuan tinggi yer untuk menengok gambar-gambar dibawah nih. Lagi satu kalau nak tengok yang besar, klik jer gambar tu, boleh tengok sebesar tv 42 inci korang. Nak baca cerita klik sini Lagi satu, kalau korang nak copy, aku benarkan, cuma minta di creditkan gambar tu ke blog ini, amrafahan.blogspot.com nih... itu jer.. boleh kan?!! Bukan malas cuma tak rajin aku nak letak watermark kat 120 keping gambar nih! huhuhuhu... Sebelum terlupa, harap kau orang boleh beritau err perkenalkan diri kau orang di gambar no berapa yer... ramai geng-geng kembar yang lain tak cam antara satu sama lain nih... terima kasih atas kerjasama ko...

Boleh share gambar berkelah tak?

Salam pagi, terima kasih pada semua yang datang pada perkelahan semalam. Seronok sangat! Sampai pengsan laa.. hehehe... Pada sesiapa yang ada gambar pasal berkelah semalam boleh tak share kan link nya kat komen ni. Tak kisah laa dalam FB ataupun blog. Kita kumpul semua dan satukan. Harap-harap dapat kumpul banyak-banyak gambar nanti kita boleh tengok sama-sama. Oklah, aku tunggu tau! Terima kasih atas kerjasama korang! Korang memang terbaiklah! Published with Blogger-droid v1.6.8