Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dugaan

Allahuakbar! Ujian untuk anak Abah pula!

Imej
Abah tertunggu juga Mama datang ke hospital ni, tapi tak sampai juga. Alhamdulilah jiran, kawan-kawan sekerja, kawan zaman belajar, mak dan adik beradik Abah datang melawat. Bos Abah pun datang juga! Terharu sangat! Terima kasih korang semua! Dalam pukul 2 petang tadi, Abah dapat call dari Mama, dia minta maaf sebab tak datang, sebab dia kena handle Amrafahan dan cikgu tadika beritau Mama, AH a.k.a kak ngah kena gigit tebuan kat kaki kanan dia. Allahuakbar! Terkejut Abah! Banyak betul dugaan, Abah cakap kat Mama, selesaikan urusan diorang dulu, Abah kat sini ok jer. Tak payah risau. Lega Abah bila diberitahu dia baru lepas bawa Angah ke klinik. Kesian Angah menangis kuat kat tadika tadi. Dah lah Amni tengah demam kuat. Harap harap mama kuat hadapi semua dugaan nih! Mama kena kuat yer! Jangan risaukan Abah kat hospital nih! Bak kata Mama pagi tadi, ramai doktor-doktor muda kat wad ni! Konpius Abah tak paham maksud mama tu! Huhuhuhu o_O Kawan kawan Abah! posted from Bloggeroid

Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Imej
Hari jadi arwah Abah Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah. Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. B...