Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 18, 2011

Sebelum dan selepas laaa abah!!

Imej
Kejadian nih berlaku pada 27 Nov 2011 hari tu.. lama dah... disebabkan kerajinan abah menghapdet blog.. jadi, gambar-gambar nih hampir jadi pekasam huhuhu... Masa ni hari Ahad, mama kena kerja.. jadi abah jaga laa diorang nih.. masa nih breakfast kot.. abah pun tak ingat sangat.. tapi abah buat nasi goreng telur jer.. tu jer yang pandai.. nak masak benda lain tak reti... hehehe... Abah bagi laa diorang makan.. sebab sekarang nih masing-masing semuanya nak buat sendiri... err.. kesepahan rumah abah tu harap diabaikan yer.. meh tengok aksi AMRAFAHAN makan nasi sendiri sebelum dan selepas.. haiii lahh anak... sayang korang! :)

Penjawat awam oh penjawat awam!!

Assalammualaikum... sebagai orang baru dalam gomen nih.. aku masih blur-blur dengan SBPA nih.. pening kepala baca pekeliling hehehe... bila CUEPACS kata Penjawat Awam jangan sain dulu SBPA aku salah seorang yang mengikut laa.. tunggu rundingan dengan PM dulu.. tapi kalau kena sain pun, InsyaAllah aku sain perkhidmatan sehingga umur 60 tahun... apa-apa pun tunggu hasil perbincangan CUEPACS dengan PM dulu... Moga hasilnya memberi kebaikan kepada semua pihak... PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN Utusan Malaysia 22/12/2011 12:53pm PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini