Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Taman Canselari Putrajaya

Kakak terjatuh!

Imej
Semalam petang, lepas ambil AMRAFAHAN balik dari sekolah, Abah bawa diorang ke Taman Permainan kat Taman Canselari, Presint Diplomatik. Hehehe taman bersejarah tempat pertama kali geng kembar bertemu dan Auni Auni Auni masuk berita Harian Metro bersama kawan-kawan kembar yang lain. Dulu datang sini kecil jer, nak berjalan pun terkedik-kedik.. Sekarang dah boleh berlari memanjat semua! Tapi tulah bila dah boleh berlari nih, si Kakak pula tergolek tergelincir sebab terpijak tanah lumpur yang ada kat taman tu... Masa tu baru jer sampai taman. Abah tak sempat nak berangan si kakak dah datang mengadu menangis-nangis... nak ajak Abah balik sebab dia jatuh lepas tu baju seluar kaki tangan habis terpalit lumpur! Abah kata kat dia.. takpe sikit jer.. main lagi.. hehehe dia taknak... ajak juga balik nak bersihkan badan dan salin baju dia. Lepas tu Abah pancing laa dia, tunjuk tempat dia jatuh.. masa nih dah ok sikit. Lepas tu mama pun sampai, pujuk kakak lagi.. bila dah pujuk dia dah ok sikit...

Sepetang dengan Abah

Imej
Entri ni.. entri bergambar... Petang tadi abah bawa diorang jalan-jalan ke muzium putrajaya dan ke taman permainan... Muzium Alam Presint 15, Putrajaya.  Masuk RM2 jer.. dekat jer dengan rumah aku! Tulang belakang tu, ikan paus yang punya!! Besar giler!!

SILA BACA! Kepada yang nak join berkelah petang nih!!

Imej
Macam-macam aku rasa sekarang nih.. waa... macam mana laa petang nih nanti yer... harap-harap berjalan dengan lancar... Lepas tu apa pun tak siap lagi nih.. waaa..... tapi still curi masa sikit nak update blog! kekeke... Sebelum aku taip entri ni, jiran aku datang rumah jemput aku sekeluarga ke rumah dia petang ni, dia ada buat doa selamat sikit.. Mula pukul 3.30 petang... Errmmm.. orang dah jemput kena laa pegi kan! Mungkin aku akan terlambat sikit sampai ke Taman Canselari tu... Lepas habis kenduri tu.. aku terus cabut ke taman! Maaf yer kalau aku terlambat! Sesiapa yang dah sampai kita jumpa kat wakaf bersebelahan Taman Permainan Kanak-kanak kat situ... Kalau nak bawa bola ke raket ke.. sebelah tu ada padang besar... Kalau ada apa-apa hal boleh call aku 012 6929 150. Kepada yang sampai awal tu, berkelah laa dulu, sementara nak tunggu aku sampai... Oklah kita jumpa petang nih! Nampak tak wakaf sebelah kanan tu? Kita jumpa kat situ yer!

Peta ke tapak Jom Berkelah Dengan Geng Kembar

Haaa.. mungkin ramai tak pasti kat mana tapak berkelah geng kembar ni kan.. so boleh tengok kat sini.. Kat map ni aku tunjuk dari ALAMANDA ke Taman Canselari. Kalau dari lain-lain tempat tu boleh explore sendiri map ni... Hint dia.. dengan Mydin Bazar Putrajaya, lagi dekat dengan Proton Edar punya kedai... err... ada lagi ke? entah? tak perasan lak aku kedai proton niih.. haa.. tau Kamdar Putrajaya yang dah tutup tu? Dekat-dekat situ laa... Tengok map nih... Code GPS dia 2.945227,101.725931 View Larger Map Esok aku sponsor air kenduri yer! hehehe... Kau orang tak payah bawa air manis... Nak bawa pun aku tak larang... Nanti entah apa-apa rasa air aku nanti... kekeke.... Aku nak bawa buah sikit... minta maaf yer.. wife aku tak sihat.. dia tak larat nak masak.. kasihan pula kat dia.... harap kau orang tak kisah... Kalau kau orang nak beritau kau orang bawa apa.. bolehlah share kat komen sini.. Kot-kot boleh pakat-pakat... maaf yer lambat beritau... sorry sangat-sangat!! Hara...

AMRAFAHAN di Taman Canselari

Imej
Semalam balik kerja, ambil AMRAFAHAN kat taska, pastu terus kita orang pergi taman permainan kat Taman Canselari ni.. luas pastu tak ramai orang.. jadi takde lah berebut-rebut sangat... Ermm... Si Abang keluar kereta jer terus meluru ke taman seorang-seorang dia.. laju tul.. dengan lari terkedek-kedek tu... hehehe terus main gelungsur... Auni Auni Auni Mama ajar main gelungsor... semua pun takut... hahaha menangis teruss... masing-masing berpaut pada tepi gelungsur tu.. tak mau turun bawah... eermmm abah dia apa lagi... menyakat terus aaa... hahaha... biar dia rasa. kekeke.... Lepas tu main jongkang jongkit.. ok sket laa sebab Mama dia pegang.. takde le menangis dia orang tu.. :) Meh layan gambar diorang.. Kelam kabut Mama nak jaga diorang... Abang tak mau dok lama-lama... Jenuh panggil tengok kamera! Hapah idak!! Sayang adik!

Tapak Perkelahan Gathering Geng Kembar

Imej
Cadangan dulu!! Tengok respon macam mana... Sejak aku buat entry pasal geng kembar  ramai yang minta buat gathering... Idea yang menarik!! Macam nak buat!! Tapi kalau kena buat sorang-sorang tak best woo!!! Petang semalam  aku jalan-jalan dengan Aqil bawa dia pergi taman... Nama taman ni Taman Canselari di Presint Diplomatik Putrajaya. Hermm... terfikir pula aku masa tu... kalau buat gathering kat sini menarik gak! Santai-santai jer... Aku ada laa ambil gambar 7 8 keping untuk tatapan kau orang.. Nanti bila dah ok.. aku umumkan  bila kita nak buat gathering nih... Nanti tau!! Bukan sekarang!! Kita tengok berapa ramai yang boleh join... Kalau ramai mungkin aku perlukan sukarelawan untuk bantu aku apa yang patut... Nantii kita susun aktiviti kita... Orait!!! Kita tengok tempat nih.. parking free, masuk pun free.. Aqil di Taman Canselari, Presint Diplomatik, Putrajaya Sebelah taman permainan tu ada wakaf... Ada padang boleh main bola ke badmin...