Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 4, 2014

Sedapnya pizza kambing!!

Imej
Petang semalam, Abah ajak Mama makan kat luar saje jer lah, kebetulan pula kawan-kawan blogger yang lain pun ajak jumpa sesaja dan nak teman Ben yang tengah tunggu wife dia nak bersalin.

Diorang plan nak ke Mr Kabab & Briyani, Presint Diplomatik, Putrajaya tu, Abah pun memang nak bawa AMRAFAHAN kat sana sebab teringatkan pizza kambing dia yang sedap tu!! Sebelum nih pernah try kat situ terus terpikat! Haishhh! Abah nih apa yang tak terpikat?!! Semua terpikat asalkan makanan tu sedap! hehehe

Menu malam tu untuk AMRAFAHAN, Abah order Lamb Pizza atau cakap melayunya Pizza Kambing! Buruk bunyinya kan! hahaha, Fish Finger, Lamb Mendee Rice. Err... nasi nih untuk Abah aaa... Mama dia order burger pastu cancel, dia share dengan AMRAFAHAN jer, dia tak makan malam sekarang nih... diet katanya... huhuhu... dia dah kurus, Abah tak kurus-kurus lagi!

Mula-mula sampai Fish Finger dan Nasi Mendee Kambing, Fish finger dia, Abah try memang sedap! besar lak tuh! AMRAFAHAN suka! Yey!! Nasi dia pun s…