Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 2, 2011

Keluar kat TV pula ke?

Aku diberitahu pagi ni (Jumaat 7 Okt 2011) dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia kat TV1 akan keluar cerita pasal Kelab Kembar Malaysia. Kalau korang berkesempatan dapat tengok, tolong laa tengokkan bagi pihak aku. Aku kat opis nanti takde tv nak tengok. Kalau dapat buka kat internet maybe baru boleh tengok.. Harap harap dapat laa huhuhu Boleh tengok kat sini http://www.rtm.gov.my/tv/ Mana laa tau ado muka AMRAFAHAN... Hehehe Published with Blogger-droid v1.7.4

Kelab Kembar Malaysia di Berita Harian

Imej
Hari tu kan aku ada cerita pasal geng kembar berkumpul kan... haaa.. hari ini ada keluar cerita tu dalam berita harian.. tapi yang kertas punya laa.. yang online punya cari tak jumpa.. ker memang takde agaknya... Kat sini aku ambil gambar jerlah yer.. hehehe.. malas nak taip balik.. macam takde kerja laa pulak kalau taip balik.. hahaha

WW: Sepek mate hitam!

Imej
AN ambil dari dashboard dan pakai sendiri! Pandai sungguh!

Lena seorang abah

Sekarang nih pukul 3.15 pagi baru lepas buatkan AMRAFAHAN susu, susah pula nak lena balik. Semalam dapat call dari taska dalam pukul 4 petang, cikgu beritahu abang demam panas. Dah 2 hari dia demam. Abah tak senang duduk, dah lah semalam sampai opis pukul 10 lebih... Sebab hantar AMRAFAHAN ke taska, mama kat rumah sakit mata. Bila dapat call tu terus rasa nak balik. Jumpa bos minta izin balik awal. Alhamdullillah bos paham dan bagi balik awal. Nasib semalam bawa kereta jadi bolehlah sampai cepat sikit kat taska. Bila sampai jer, tengok abang dah lemah. Lepas ambil AMRAFAHAN dari taska, hantar Auni Auni Auni ke rumah dulu lepas tu baru keluar balik. Mama dalam keadaan tak larat kena laa jaga AFAHAN. Kat klinik abang lemah jer, sebelum keluar dia ada muntah, kesian tengokkannya.. Doktor kata tonsil abang bengkak, jadi bila muntah akan sakit, doktor nasihatkan makan aiskrim vanilla. Abang happy jer sebab dengar dapat makan aiskrim. Lepas jumpa Doktor, abang kena masukkan ubat bon

Tidur juga akhirnya!

Semalam disebabkan Mama sakit mata, abah jaga laa AMRAFAHAN, mama kena berehat laa.. Masa pergi ambil diorang ditaska rasa seronok betul!! Dah lama tak ambil dorang dari taska sejak tukar kerja kat Seremban nih! Diorang nampak abah terus jerit sambil lari "ABAHHHHH!!!! lepas tu tiba tiba abang keluar jerit "AYAHHHHH!!!" aikk... sejak bila sudah tukar jadi Ayah nih.. cikgu dia pun pelik... arghh takpe layan jer!!! Masa tu perasaan tu sungguh bahagialah!! tak tau nak kata macam mana!! mungkin sebab rindu aksi aksi diorang balik sekolah!! Yelah dulu abah yang buat semua.. sekarang tukar mama pula yang buat semua.. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Abah masakkan bubur nasi untuk diorang sementara tu diorang tengok tv sambil sepah-sepahkan apa yang patut!! Mama dah melepek dalam bilik.. yelah.. kang jangkit kat diorang satu hal pulak... Bila dah siap suapkan dorang makan, abah ajaklah tidur... perghhh... memang mencabar laaa nak bagi diorang nih tidur... kita nih tak boleh na

Sakit mata

Hari ini abah kena EL sebab mama sakit mata, ingatkan tak teruk tapi bila dah jangkit dari mata kiri ke mata kanan kena laa juga pergi klinik. Kesian pula kat mama nak uruskan AMRAFAHAN kalau abah pergi kerja. Takpelah asalkan mama sihat. Tadi jumpa Doktor dia bagi MC 2 hari kat mama. Moga cepat sembuh yer mama! Published with Blogger-droid v1.7.4

Geng Kembar berkumpul lagi!

Imej
Assamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini dalam sejarah untuk Kelab Kembar Malaysia. Lebih kurang 45 keluarga kembar berkumpul di rumah salah seorang geng kembar di Seksyen 20 Shah Alam. Ini kerana Tuan rumah Eida buat majlis aqiqah dan sambutan hari jadi untuk anak kembarnya. Tuan rumah sendiri mempunyai 2 pasang kembar, kembar pertama lelaki kembar kedua lelaki dan perempuan. Yang menariknya majlis ni dihadiri oleh krem RTM dan pemberita dari suratkhabar Berita Harian Metro dan lain lain. Geng Kembar berkonvoi lebih kurang 30 biji kereta dari Stadium Shah Alam ke rumah majlis. Ada juga yang dah sampai dulu ke rumah majlis dan ada juga yang terlambat sampai. Walaupun keaadaan hujan lebat tapi majlis tetap meriah. Sekali tengok dah macam kenduri kahwin pun ada.. Punyalah ramai orang... Kami semua dijamu dengan lauk masakan kampung dan kambing golek!! Terbaiklah tuan rumah!! Mungkin esok atau lusa akan keluar berita pasal geng Kembar ni di dada akhbar. TV pula akan keluar di ran