Catatan

Tunjukkan catatan dari November 27, 2011

Happy 5th Anniversary Sayang!

Imej
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT. Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup. Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. na

Good Luck Abah!

Hari ini dengan besok abah ada periksa jabatan. Baru sempat study pukul 5.45 pagi tadi. Sekarang tengah tunggu nak masuk dewan!! Haii minta minta boleh jawab! Good Lu ck abah!! Huhuhu wish kat diri sendiri! Alamak dah masuk dewan! Daa Published with Blogger-droid v2.0.1

Abang Aqil jadi artis?!!

Imej
Hari ini Abang ada rombongan taska, pagi tadi abah siapkan dia. Semalam pergi cari baju oren dengan seluar hitam sebab taska request macam tu. Nasib laa jumpa, jadi pagi tadi boleh bergaya dengan baju oren. Masa mula-mula bangun tidur pagi tadi dia taknak mandi. Siap nangis- nangis lagi. Tapi bila dah siap dia paling ceria! Lepas hantar AMRAFAHAN dan mama ke taska, abah terus pergi kursus kat PD. Tapi tak sempat nak ambil gambar Abang. Tapi mama ada send gambar Abang, bila tengok macam artis pula siap bergaya dengan spek hitamnya! Layan jerlah!! Hehehe Abah doakan perjalanan Abang dan kawan-kawan selamat sampai dan selamat balik. Yerlah ini pertama kali Abang berjalan dengan taska dia, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin