Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempat perlancongan

My AirAsia Free Seats!

Imej
Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Kota Kinabalu dan saya akan bawa bersama isteri tersayang, anak sulung saya si Abang, anak perempuan kembar tiga saya si Kakak, Kak Ngah, Kak Chik, anak bongsu perempuan saya Amni, emak saya dan dua orang adik beradik saya. Kenapa Abah nak bawa diorang semua sebab memang dah lama niat dalam hati nak bawa keluarga Abah berjalan ke sana. Sekitar tahun 2008 dan 2009, Abah kerap ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Jadi secara tak langsung Abah terpikat dengan keindahan negeri Sabah, keramahan orang-orang Sabah, makanan lautnya yang segar dan murah dan tempat-tempat pelancongan yang banyak di Sabah ini. Untuk anak-anak Abah, ini kali pertama mereka berpeluang naik kapal terbang. Bila lagi kan nak rebut peluang macam nih! Masa nihlah nak bawa mereka berjalan jauh sikit. Lagipun dah lama sangat tak bawa diorang berjalan-jalan nih. Kalau impian ini jadi kenyataan, insyaAllah nak bawa mereka semua ke Kundasang tempat tinggi y...

Farm in The City tempat yang menyeronokkan!!

Imej
Pada hari Ahad yang lepas 13 April 2014, Abah sekeluarga berpeluang pergi ke Farm In The City (FITC) . Sebenarnya memang dah lama teringin nak bawa AMRAFAHAN ke sini. Abah dapat tahu kewujudan tempat nih selepas keluar kat tv tahun sudah. Rupa-rupanya tempat ini dah dibuka pada umum sejak 2 Jun 2012 lagi! Ketinggalan sungguh Abah nih! Hehehe. Ingatkan jauh tempat ni, rupanya dekat jer dengan Putrajaya nih, lebih kurang 20 minit perjalanan. Abah dapat pergi ke sini pun atas jemputan Virtual Malaysia.com bersama blogger-blogger lain seperti Ben Ashaari , Marqis Careno , Mawardi Yunus dan lain-lain yang Abah tak berapa kenal! huhuhu. Haaaa!! Itu yang best nya jadi blogger nih! Free ko! Dapat masuk sini! Hehehe. Terima kasih Virtual Malaysia.com sebab sudi jemput kitorang semua!! Pada pendapat Abah, FITC satu tempat yang sesuai untuk keluarga dan juga bujang beriadah dan untuk mengenali haiwan-haiwan yang kebanyakkannya ada di kampung-kampung. Macam-macam haiwan ternakan ada, siap bol...