Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuti

Cuti awak dibekukan!!

Imej
Boss: Huszaini, cuti awak dibekukan! Tak boleh cuti raya. Cuti awak dah tinggal 5 hari! Abah: Ok! Saya terima! dan faham! huhuhuhu... baru tadi Boss beritau Abah masa budak-budak opis tengah sibuk nak tanda bila bercuti. Huhuhu.. Abah tengok jerlah borang tu! dengan perasaan sedih! Tapi itu laa hakikatnya.. kena laa terima. Cuti Abah dah banyak guna masa pergi umrah hari tu. Ermm... sempat laa beraya dengan AMRAFAHAN sampai raya ke 3 InsyaAllah. Lepas tu dah kena balik awal dah. AMRAFAHAN dan Mama tinggal dulu kat kampung. Bila difikirkan balik, bukan Abah seorang jer yang kena bekerja pada hari raya, ramai lagi yang terpaksa bekerja di hari raya pertama dan kedua seperti doktor, jururawat, polis, askar dan ramai golongan lagi. Masing-masing kena berkorban demi mencari rezeki buat keluarga. Itulah hakikat kehidupan yang kita kena terima. Tapi Abah percaya itu semua aturan Maha Esa. Dia lebih tahu dari hambaNya ini. Korang macam mana pula? Bagi yang tak bekerja tu, mudah si...

Korang buat apa cuti ni?

Haa. hari ni kat putrajaya cuti umum wesak day.. Aktiviti aku hari ni nak pergi main paintball dengan kengkawan masa belajar dulu.. masing-masing nak attack perut jer... hahaha.. weak point kat situ... hampeh punya member!! Lepas main, tengahari nanti ada jemputan kat area rumah aku nih, InsyaAllah aku datang... jiran woo mana bleh tak dapat... kena laa bercampur masyarakat... jangan jadi katak bawah tempurung... Petang karang InsyaAllah aku nak pergi tengok baby kawan aku... kat KL tapi aku tak tau kat mana rumah dia. hehehe.. takpelah nanti aku call dia minta alamat... Haa... itulah kot aktiviti aku bersama keluarga hari ni!! Korang pula macam mana?? Mesti best aktiviti korang!! Err.. paling best buat apa? Tidur? hehehe... Oklah nak pergi main paintball dah nih!! daa...